Si Pengukir Batu


Apabila telah sampai usia baligh seorang manusia,maka dia telah dibebani dengan tanggungjawab terhadap segala perbuatan yang dilakukan.Setiap atur langkah dan tutur bicara harus diteliti dengan berhati-hati agar tidak melanggari hukum.

Pepatah arab ada menyebut,mendidik anak kecil ibarat mengukir di atas batu.Hasil ukiran pada batu tersebut pasti meninggalkan kesan untuk tempoh jangka panjang.Cantik batu itu diukir,cantiklah batunya.Menjadi tanggungjawab si pengukir untuk menghasilkan batu yang bermutu dan bernilai.Hari demi hari diukir batu itu dengan penuh limpahan kesenangan dan kasih sayang dengan harapan batu itu akan membantunya kelak menjadi orang senang

Hela nafas sebentar melihat sekeliling diri kita kini...

Renjatan budaya maya menjadikan batu yang sudah cantik diukir tadi terkadang hanyut dalam tsunami globalisasi dan pusaran kesesatan.Mengakis sedikit demi sedikit kecantikan ukiran pada batu.Begitu hebat cabaran yang dilalui batu itu.Namun si pengukir batu tidak putus-putus cuba menyediakan ukiran batu yang dapat menahan hakisan itu.Tinggal lagi kekuatan dan ketahanan batu itu menahan serangan bertubi-tubi dari malapetaka tersebut.

Harapan menggunung si pengukir batu agar batu-batu yang berjaya diukirnya tidak melukakan dirinya,tetapi akan menjadi perhiasan yang menarik dalam akuarium dunia.InsyaAllah

p/s-Paatz cuba bermetafora dan personafikasi

Dari pena kimiadanaku

Semua post yang dibuat @ telah dibuat dalam laman ini hanyalah sekadar idea dan pendapat peribadi penulis. Tiada niat untuk menyinggung atau meniupkan sebarang bentuk provokasi, fitnah mahupun penipuan. Komen dan kritikan yang bernas amat dihargai.

Followers

dasdasdsadasdasdasdasdas
There was an error in this gadget

Rakan Paatz