Ibn Sina / AVICENNA (980 - 1037M)

Abu Ali al - Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina atau lebih dikenali dengan panggilan Avicenna oleh masyarakat Eropah dilahirkan pada 980M di Afshara berhampiran Bukhara (Asia Tengah) dan mendapat pendidikan awal di sana.Beliau telah dapat menghafal Al-Quran dengan baik sewaktu berusia 10 tahun lagi dan telah dilantik menjadi Doktor Di Raja pada umur 18 tahun. Beliau mula belajar mengenai falsafah dengan membaca pelbagai tulisan seperti tulisan Greek, Muslim dan buku-buku lain mengenai subjek ini serta mempelajari logik dan subjek lain daripada Abu Abdallah Natili iaitu seorang ahli falsafah terkenal pada waktu itu.

Ibn Sina merupakan seorang yang bertuah kerana mempunyai seorang ayah yang amat mementingkan pendidikan agama dan juga keduniaan walaupun beliau dilahirkan dalam keluarga seorang pemungut cukai. Ibn Sina merupakan seorang yang rajin membaca buku dan tidak mudah berputus asa. Pernah suatu ketika beliau telah membaca buku "Metafizik Aristotle" sebanyak 40 kali hanya semata-mata untuk mencari penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi.

Ketokohannya memang terserlah semenjak kecil lagi. Ini terbukti sewaktu berusia 17 tahun, beliau telah berjaya menyembuhkan Putera Raja Bukhara, Nooh Ibn Mansoor selepas semua pakar perubatan yang terkenal gagal dalam usaha tersebut. Raja Mansoor amat terhutang budi dan telah menawarkan hadiah yang lumayan kepadanya. Namun begitu, beliau menolak dan hanya meminta kebenaran untuk menggunakan perpustakaan Di Raja sahaja.

Sewaktu berumur 20 tahun iaitu selepas kematian ayahnya, beliau telah mengembara ke Juran dan bertemu dengan Abu Raihan Al-Biruni sebelum berhijrah ke Hamadan. Di Hamadan, beliau mengarang kitab al-Qanun fit Tibb untuk mengubati Raja Hamdan iaitu Shams al-Daulah. Dari Hamadan beliau menuju pula ke Ispahan (Iran) di mana beliau telah menyempurnakan penulisannya dalam pelbagai bidang. Beliau merancang untuk meneruskan pengembaraannya, namun terpaksa kembali semula ke Hamadan kerana faktor kesihatan.Ibn Sina telah menghembuskan nafas terakhirnya di sana pada tahun 1037M ketika berusia 56 tahun. Potret beliau telah digantungkan didinding Fakulti Perubatan Universiti Paris sebagai mengenang jasa beliau dalam bidang ilmu perubatan.


SUMBANGAN IBN SINA

Ibn Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam bidang perubatan dan membuat beberapa perjumpaan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatis "psychosomatic medicine". Beliau telah memperkembangkan ilmu diagnosi melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenalpasti (dalm masa beberapa detik sahaja) ketidakseimbangan humor yang berkenaan. Diagnosis melalui denyutan jantung ini masih lagi dipraktikkan oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan, Afganistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani. Seorang doktor tabii dari Amerika (1981) telah melaporkan bahawa para hakim di Afganistan, China , India dan Parsi adalah sangat berkebolehan dalam menentukan penyakit melalui denyutan jantung. Kaedahnya bukan sahaja membilang denyutan di tempat yang dirasa tetapi mutunya yang pelbagai merangkumi:

    • Kuat atau denyut yang lemah
    • Masa antara denyutan
    • Kandungannya lembap (moisture content) diparas kulit berhampiran denyutan itu dan lain-lain lagi.

Oleh yang demikian, dari ukuran denyutan jantung (pulse measurement), seseorang hakim mungkin dapat mengetahui dengan tepat penyakit yang dihidapi oleh seesorang pesakit.

Ibn Sina menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan. Ini terbukti melaui pengamatannya, apabila pesakit mengalami sakit jiwa disebabkan perpisahan dengan kekasihnya, beliau boleh mengetahui nama dan alamat kekasihnya itu melalui cara berikut:

"Untuk menyebut namanya beberapa kali dan mengulanginya, jari hendaklah diletakkan di atas denyutan (pulse) dan apabila denyutan itu terrjadi tidak teratur atau hampir-hampir berhenti, seseorang itu hendaklah mengulang proses tersebut. Dengan cara yang demikian, nama jalan, rumah dan keluarga akan disebutkan. Selepas itu, kata Ibn Sina "jika anda tidak dapat mengubat penyakitnya melainkan dengan menemukan sipesakit dengan kekasihnya, menurut peraturan syariah, maka buatlah".

Selain itu Ibn Sina juga merupakan seorang doktor perubatan pertama yang mencatatkan bahawa penyakit paru-paru adalah (pulmonary tuberculosis) suatu penyakit yang boleh berjangkit (contagious). Di samping itu beliau turut menceritakan dengan tepat tanda-tanda (symptoms) penyakit kencing manis (diabetes) dan masalah yang timbul darinya. Beliau amat berminat dalam bidang yang berkaitan dengan kesan akal ke atas jasad serta telah banyak menulis mengenai gangguan psikologi.

Daripada maklumat yang diperolehi, Ibn Sina telah menghasilkan sebanyak 250 buah karya yang masih kekal sehingga ke hari ini, termasuklah 116 buah karya dalam bidang ilmu perubatan. Hampir keseluruhan karyanya ditulis dalam bahasa Arab dan terdapat juga yang ditulis dalam bahasa Parsi. "Al-Qanun fit Tibb" merupakan karyanya yang terulung dan kerap kali dicetak di Eropah pada zaman Renaisans dan telah menjadi bahan rujukan yang utama di Universiti-universiti Eropah sehingga abad ke 17

rujukan : http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/zuraini.html



0 Atom Bergerak :

Dari pena kimiadanaku

Semua post yang dibuat @ telah dibuat dalam laman ini hanyalah sekadar idea dan pendapat peribadi penulis. Tiada niat untuk menyinggung atau meniupkan sebarang bentuk provokasi, fitnah mahupun penipuan. Komen dan kritikan yang bernas amat dihargai.

Followers

dasdasdsadasdasdasdasdas

Rakan Paatz