Minda Terkawal
Manusia diciptakan oleh Allah dengan pelbagai watak dan perasaan.Perasaan gembira,sedih,seronok,kecewa,geram kesemuanya dizahirkan oleh manusia.Ekspresi yang ditonjolkan ditafsir dengan seribu pengertian pada orang yang melihat.Otak manusia menerima bermacam-macam maklumat dan stimulasi.Akal fikiran yang waras dan minda yang terkawal mampu memberi gerak balas hasil stimulasi
Sebagai contoh,seorang lelaki melihat sesuatu yang tertulis "...TOLONG..." pada pintu depan rumahnya.Lantas menimbulkan persoalan,siapa yang menulis pada pintu rumah?kenapa minta tolong?Pertolongan apa?Siapa yang perlu ditolong?Lalu lelaki itu akan cuba merungkai persoalan-persoalan tersebut.Perasaan risau dan ingin tahu silih berganti dalam diri lelaki tersebut.
Mari kita tukar situasi.Seorang lelaki melihat jongkong emas di depan pintu rumahnya.Nah,ini siapa punya?Kenapa letak disini?Aku perlu pulangkan atau ambil?Apa aku nak beli lepas ini?Perasaan gembira pastinya terbit dihatinya.Seronok bukan kepalang.
SubhanAllah!Hebat bukan otak manusia!Organ gelap ini dapat interpretasi rangsangan lelaki itu tadi pada dua keadaan yang berbeza.Perasaan risau dan gembira antara effektor yang terhasil akibat rangsangan tersebut.
Minda atau otak manusia perlu dikawal dan diselia dengan baik.Kerana kita saban hari menerima rangsangan-rangsangan dalam hidup menjadikan ianya sebagai pengalaman manis ataupun pahit.Manusia juga tidak lari dari permasalahan.Masalah kerja,kewangan,peribadi,dan lain-lain lagi.Ada masalah yang datang sendiri,dan terkadang kita sendiri yang mencari permasalahan.Tidak kira dari mana punca permasalahan itu kita perlu menghadapinya.Disinilah perlunya minda yang terkawal.
Tanpa minda terkawal atau penimbangan yang kurang tepat akan menyebabkan kita tersasar,cepat berputus asa,kecewa yang teramat,seolah-olah tiada harapan lagi.Dapat kita perhatikan disekitar kita dewasa ini ramai yang gagal mengawal minda dengan baik.Dan langsung tanya pada diri sendiri,adakah saya mampu mengawal minda saya?
" Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman saja. Sekiranya dia mendapat kurnia dia akan bersyukur, maka jadilah karunia itu baik untukNya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah kebaikan untukNya."
(Riwayat Muslim)
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
2 Atom Bergerak :
otak kita digunakan utk berfikir macam2.. tapi sesetgh org guna utk buat benda yang bukan2.. huhuu~
@aisumiChan...benda yang bukan2 tu yang ramai orang suke nak tengok
Post a Comment