Khalifah Youth Training


Pada 19-20 July yg lepas,aku ngan sahabat aku,syafrul berpeluang dizinkan Allah pergi ke satu program nih...'khalifah youth training'..program bertempat di Ampang Selangor,di rumah seorang pengasas metod Khalifah ni sendiri,iaitu Allahyarham Prof. Dr. Muhammad al’Mahdi..




Program ini diadakan Khas untuk remaja dengan menyedari bahawa mereka adalah individu yang sangat istimewa, cuma kadang-kadang tersalah arah dalam membuat pilihan.Kita perlu meletakkan Islam dalam jiwa remaja kembali supaya mereka tahu menentukan hala tuju mereka. Allah telah mengurniakan potensi yang amat besar dalam diri mereka, dan apa yang mereka perlukan adalah peluang untuk menyedari potensi-potensi ini dan mula menggilapnya.

......aku rasa aku dapat sesuatu dari program ni..kita skrang membesar dalam keadaan yang penuh mencabar secara terus-terusan dihujani dengan pengaruh-pengaruh (tv, internet, hiburan dan sebagainya) yang perlahan-lahan mengikis keimanan dan nilai-nilai murni serta menolak mereka ke arah pengaruh sekular dan kebendaan tanpa tanggungjawab dan tujuan. Inilah yang dimaksudkan dengan cabaran alaf baru...sangat bermanfaat bile ikut serta program nih...macam program motivasi,tapi islamik ...penuh dengan pengisian yg bermakna..pendekatan KHALIFAH...

Pendekatan Kaedah Khalifah merupakan gabungan nilai-nilai ajaran Islam dengan Ilmu psikologi moden, hasil daripada kajian terperinci Allahyarham Prof. Muhammad al-Mahdi selama lebih 40 tahun..selama dua hari berada di banglo 2, bersama-sama akhi2 dari IPTA lain , watkan kami rase sangat rapat...nnt2 aku citer g apa yg dikatakan kaedah KHALIFAH ni...insyaAllah...


0 Atom Bergerak :

Dari pena kimiadanaku

Semua post yang dibuat @ telah dibuat dalam laman ini hanyalah sekadar idea dan pendapat peribadi penulis. Tiada niat untuk menyinggung atau meniupkan sebarang bentuk provokasi, fitnah mahupun penipuan. Komen dan kritikan yang bernas amat dihargai.

Followers

dasdasdsadasdasdasdasdas

Rakan Paatz