PERUTUSAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-51 MALAYSIA

Bismillah-ir Rahman-ir Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Marilah kita bersama-sama mengucapkan kesyukuran ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, kita dapat menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Negara yang ke-51 pada tahun ini.Sesungguhnya dengan kemerdekaan negara, barulah kita mempunyai peluang yang luas untuk membangunkan dan memajukan diri mengikut hasrat dan cita-cita kita sendiri. Tidak mungkin seorang yang tidak merdeka seperti seorang hamba mempunyai kebebasan untuk melakukan apa yang dikehendakinya. Tidak mungkin seorang hamba boleh menentukan masa depannya,malah kehidupan sehariannya, makan dan minum, tidur dan pakai, semua ditentukan oleh tuannya.

Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi,

Kita bersyukur dengan perjuangan nenek moyang kita dan pejuang-pejuang terhahulu membolehkan negara kita dimerdekakan. Selepas diberikan kemerdekaan tentulah perkara yang paling penting dan yang lebih susah adalah untuk mengisi kemerdekaan negara, bukan sahaja untuk memastikan pembangunan dan kemajuan bangsa dan negara tetapi juga bagi memastikan bangsa dan negara kita terus merdeka baik dari segi fizikal, budaya, ekonomi rohani, psikologikal dan intelektual.Bagaimanapun semua ini tidak dapat dipertahankan sekiranya kita tidak mempunyai ilmu pengetahuan, pegangan yang teguh dan jati diri yang kukuh. Dalam hal ini, pendidikan memainkan peranan penting untuk membangunkan warganegara dan modal insan yang diharapkan.

Dalam dunia global hari ini, maju atau mundurnya sesebuah bangsa dan negara ditentukan oleh modal insan yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dan berjati diri teguh. Inilah yang dikehendaki oleh kerajaan dan segala perancangan bagi memastikan hasrat ini dicapai telah dinyatakan dengan jelas di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

Melalui PIPP, kita ingin melahirkan modal insan yang perlu mampu berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang baru, mempunyai ketahanan diri serta berkebolehan untuk berdepan dengan persekitaran global yang bersifat dinamik dan mencabar. Saya percaya murid-murid yang cemerlang ilmunya juga cemerlang akhlak dan sahsiahnya. Oleh itu, saya berharap agar semua murid berusaha bersungguh untuk menuntut ilmu, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta memiliki sahsiah dan akhlak yang terpuji. Ingatlah bahawa anak-anak sekaranglah yang akan meneruskan kepimpinan negara dan memajukan negara di masa akan datang.


0 Atom Bergerak :

Dari pena kimiadanaku

Semua post yang dibuat @ telah dibuat dalam laman ini hanyalah sekadar idea dan pendapat peribadi penulis. Tiada niat untuk menyinggung atau meniupkan sebarang bentuk provokasi, fitnah mahupun penipuan. Komen dan kritikan yang bernas amat dihargai.

Followers

dasdasdsadasdasdasdasdas

Rakan Paatz