Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Penjara Pudu-==-Mansuh UPSR dan PMR


Sepertimana yang kita semua maklum, tembok ini akan
dirobohkan. Tembok yang memisahkan dunia 'gelap' sang penjenayah dengan
masyarakat luar. Tempat ini begitu signifikan dengan diri Paatz.
Mengimbas kehidupan 19 tahun yang lalu,di waktu ayah masih lagi bertugas
sebagai pegawai penjara.Inilah kawasan kami bermain



Manis rasanya zaman itu.Penuh dengan riang.Sarat dengan keseronokan walaupun
tanpa internet,facebook,mahupun astro.Membesar bersama Gaban,Suria Perkasa
Hitam dan Ultraman.Hehe..

UPSR dan PMR Dimansuhkan

Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin ada memaklumkan
kementeriannya (majikan Paatz) bercadang untuk memansuhkan dua peperiksaan
awam Malaysia,iaitu UPSR dan PMR sebagai langkah menyediakan pembelajaran
holistik yang lebih berkesan tanpa terlalu berpusatkan peperiksaan.

Satu langkah baik bagi memantapkan lagi kokurikulum sekolah dan menyediakan
ruang yang secukupnya bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi Jasmani Emosi Rohani dan Intelek,selaras dengan Falsafah Pendidkan
Kebangsaan.

Pendapat Paatz,mungkin UPSR masih lagi relevan untuk memberi peluang kepada
pelajar yang benar-benar cemerlang ke sekolah berasrama penuh bagi
mengembangkan lagi potensi mereka.UPSR masih lagi relevan bagi memastikan
kesemua pelajar yang berada di peringkat sekolah rendah telah menguasai
kemahiran asas( menulis - mengira - membaca) secara total.Pengalaman tak seberapa Paatz ,masih lagi terdapat pelajar menengah yang belum fasih membaca.Ini menyukarkan pelajar tersebut untuk melalui proses pembelajaran.

Moga dengan langkah ini,akan lahir lebih ramai lagi insan yang berintegriti dan bersahsiah tinggi yang sentiasa berjuang untuk agama,bangsa,dan negara =)


Berikan komen korang,tekan saja Atom Bergerak dan Paatz pasti seronok berkongsi dengan korangSmile18.com

Cikgu....lesen mana?








Lesen Guru



Jadi guru kena ada Lesen

4 tahun berkelana di Ibu Kandung Suluh Budiman

Harapan agar menjadi CIKGU

Alhamdulillah...berjaya mendapat tempat posting setelah ditemuduga

Masih menunggu pengesahan jawatan setelah selesai menjalani temuduga sekali lagi oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan

.................................................
Sedih dan kecewa bila membaca dan mendengar kisah guru mencabul anak muridnya sendiri.Pelajar itu mengharapkan ihsan dan ketulusan guru mendidik,bukan nafsu serakah untuk dijadikan hadiah Hari Guru.

Kerajaan bercadang untuk mempertimbangkan pengeluaran lesen untuk guru dek kerana masalah isu integriti guru.

Di sini timbul persoalan, adakah institusi pendidikan di Malaysia gagal melahirkan guru-guru yang berdisplin? Adakah dengan lesen guru integriti keguruan akan lebih baik dan tiada cacat celanya?

analogi mudah...

Ahmad...
usia 16 tahun...
"mama,belikan Ahmad motor.Ahmad kan dapat 9 A."
"tak boleh,Ahmad kene ade lesen dulu baru mama beli."


"Yeaaa...akhirnya lulus ujian JPJ mama!"
"terornye anak mama...jom kite g kedai motor, Ahmad pilih je motor Ahmad nak"
"nak LC la mama"

Prrrreeennnggggg......wikang, wili, wiiii

Tok3...
"Puan,anak puan berada dalam lokap sekarang atas kesalahan menunggang motorsikal secara merbahaya sehingga menyebabkan kemalangan. Sila ikut kami ke balai"
"Anak aku...!!!"

terkini
Lesen perguruan tidak akan dilaksana .sumber Utusan


Berikan komen korang,tekan saja Atom Bergerak dan Paatz pasti seronok berkongsi dengan korangSmile18.com

Hati-hati bila Berkata



Kerana mulut badan binasa


Salam semua.. Paatz ingin berkongsi pendapat dengan semua tentang kata-kata.Bila mana dirinya manusia,pasti mampu ia berkata-kata.Ada ketika kata-katanya manis,sopan,santun...namun boleh berubah menjadi kata-kata yang kotor dan jijik..sekelip mata..

Semakin Maju

Teknologi makin kehadapan,begitu mudah mengakses sebarang maklumat dan bahan tanpa sempadan.Hubungan sesama manusia diikat lebih 'mesra' dengan MukaBuku dan AngkasaKu.Ditambah lagi,punya blog peribadi...Bebas meluahkan perasaan dan pendapat.Bahayanya...bilamana semakin ramai dari kita gagal mengawal kata-katanya.Tambah bahaya,memperkatakan sesuatu isu atau pendapat mereka atas nama agama.

Tak salah.Cuma perlu berhati-hati apabila memperkatakan sesuatu,lebih-lebih lagi tentang agama,agar islam itu sendiri tidak tercemar lalu disalah erti.Sedar diri ini masih lagi kurang arif(jauh lagi...),Paatz dengan rasa rendah diri menyatakan laman Kimiadanaku hanyalah pendapat peribadi Paatz sendiri,tentang apa yang Paatz perhati...


p/s-kata-kata yang tidak baik lebih dapat 'reaksi'...kenapa ek?

Berikan komen korang,tekan saja Atom Bergerak dan Paatz pasti seronok berkongsi dengan korangSmile18.com

Amukan Emosi



Arrghhh!! Baby Hulk coming

Salam buat blogger2 dan pengunjung kimiadanaku..maaf sebab dah lama tak berupdate..mood menulis baru muncul..he

Entri kali ni Paatz nak kongsi pengalaman Paatz petang semalam.
Waktu keluar dari sekolah,Paatz nampak seorang ayah bermotosikal dengan anaknya(pelajar sekolah) kat simpang tiga.Punyalah terkejut bila tengok si ayah sedang memegang batu kerikil besar!!!Dengan tiba-tiba je dia membaling batu tu ke arah sebuah kereta yang baru je keluar dari simpang...kemudian blah macam tu ja.Macam ada benda yang dia tak puas hati dengan pemandu kereta tu.Rasa geram beliau hampir-hampir menyebabkan pengguna jalan raya (termasuk Paatz) yang lain dalam bahaya...
Semua terkejut tengok batu besar kat tengah jalan...kalo kene kepala orang amacam?

Kebanyakan kita kerap kali mengalami masalah pengurusan mental,atau emosi.Kita semua berisiko mengalami masalah ni andai kita gagal mengawal dan mengurus mental kita dengan baik.Tekanan,kemarahan,keganasan,kemurungan yang terkumpul sekian lama boleh mengundang 'tsunami' yang tak dijangka....Ingat,jangan sampai ada nyawa yang pergi akibat perbuatan diri sendiri yang tak pandai nak kawal hati...menyesal nanti

Berikan komen korang,tekan saja Atom Bergerak dan Paatz pasti seronok berkongsi dengan korangSmile18.com

Satu Hati Ubah Diri



Mari Satukan Hati...dengarkan

Memantap Ukhwah ... Memperkasa Ummah

Tema Ma'al Hijrah 1431

Sekadar tema?

Tak juga

Mungkin melihat suasana umat melayu ISLAM waktu ini

***********************

Engkau-engkau Aku-aku

Alah...baik depan mata,busuk hati

Luaskan minda tu.Jangan jumud sangat

Jaga kain sendirila

Dengki,khianat,sombong,penipu

Rasuah?! masalah sosial?!

***********************

Banyak lagi yang kita terfikirkan

Beruntung negara kita hidup aman damai

Jauh dari hingar-bingar bom ataupun jerit pekik lautan manusia berdarah

Tapi sayang

Kalau umat melayu ISLAM kita tak bersatu hati

/
/
/
/
/


Kita Satu

/
/
/
/
/

Cabaran pada kita

Apa cabarannya?

Menjadi Ummah yang mantap dan perkasa lah...

Baru tercapai tema Maal Hijrah tu

Mula dari Siapa?

Aku...Muhamad Aizuddin bin Abd Razak

Yang korang kenal sebagai Paatz

Kemudian sama-sama usaha

Keluarga...Jiran Tetangga...Komuniti...Masyarakat

Penting sekali

Mulakan dari diri sendiri

Betul..."berusaha untuk menjadi diri yang lebih baik,agar kita semua menjadi yang terbaik"

InsyaAllah..amin

p/s- Besar Harapan Paatz kalau2 pengunjung / kawan2 blogger dapat REVIEW entri paatz ni kat blog masing2...Nama Paatz tu tukarkan pada nama korang..OK?
Smile18.com
berusaha sama-sama menjadi umat terbaik,tekan saja Atom Bergerak dan Paatz pasti seronok berkongsi dengan korang

Enjit-enjit Semut



Enjit2 semut,siapa sakit jumpa doktor~

enjit-enjit semut...
siapa sakit naik atas..
enjit-enjit semut...
siapa sakit naik atas~~..

Korang pernah kan dengar lagu kanak2 ni? mesti pernah punye.Main cubit-cubit belakang tangan member sambil menyanyi, pastu yang sakit kene cubit die naik atas..hehe,teringat zaman tabika dulu.

Bila diulang2 lagu ni,ada satu mesej yang tersirat rupenye.."sapa sakit,naik atas.." Tangan kawan yang lain akan berkongsi kesakitan yang dirasakan tadi.Perlunya tolak ansur dan bekerjasama dalam setiap perkara.

Sikap bekerjasama (apa yang penting...?) memang kita dapat tengok melalui tingkah laku sang semut dan kawan2 nya.Diorang akan bergerak dalam satu PASUKAN menyerang sasaran walaupun sebesar gajah, depe mampu lakukan..
masing2 ade peranan..semut askar,semut penjaga telur2 dll...bila bekerja satu kumpulan,koloni depe menjadi mantap!!! Hebat kan?

Paatz 'terserempak' dengan video enjit2 semut ni.ngee, sempoi dan menarik lirik die..



Bestkan?hehe...bawah ni antara lagu kanak2 yang kite pernah nyanyi waktu kecik dulu (kalau buat carta lagu,mana lagi best?=p);

lagu rasa sayang
goreng pisang
jingli nona
tanya sama pokok
anak ayam
burung kakak tua
lagu tiga kupang
anak itik tokwi
anak ayam
bangau oh bangau

p/s- Imbau kenangan

Pelihara lagu kanak2 kita,tekan saja Atom Bergerak dan Paatz pasti seronok berkongsi dengan korangSmile18.com

Hidupku Perlu Duit?



Berusahalah...


Hidupku perlu DUIT?

..DUIT bukanlah segala-galanya dalam hidup ni..tapi hidup susah kalau takda DUIT..

..manusia takkan buat sesuatu tanpa ada ganjaran..dan DUIT adalah salah satu ganjarannya..

..Kerja akan beres kalau ada DUIT..

..Life kat KL you kene carik DUIT, even tandas pun you kene ade DUIT.50sen beb..

..DUIT boleh jadikan kau senang-lenang dan kaya.tapi WANG susah nak beri kau kebahagiaan..

..Bile kita dah ada banyak WANG,kita ingat tak kat orang yang tak banyak DUIT??..

..DUIT mungkin boleh beli kuasa dan pangkat,tapi bukan kehormatan..



WANG boleh dicari,tapi...


DUIT pada kamu semua macam mana pula??


BAca Kisah Benar ni..

"Alkisahnya ada sebuah family yang hidup mereka anak beranak sangat susah.kais pagi makan pagi dan begitulah sebaliknya..namun sedikit pun mereka tak mengeluh dan sedih dengan kepayahan hidup.Si Ayah seharian mencari upah bekerja untuk sesuap nasi anak2 dan isteri. Yang ibu pula sanggup berpuasa kerana tak SANGGUP melihat putera-puteri kesayangan kelaparan...diberinya anak-anak mee Maggie saban hari untuk mengisi perut.

Seorang pemuda berkunjung ke rumah family ini.sedih melihat kehidupan mereka..Lalu diberikan sedikit barang dapur dan dibelikan aiskrim anak2 kecil itu..Seorang dari anak2 itu memegang kon aiskrim dengan mata berair lalu memakannya dengan penuh perasaan.tak terkata nikmatnya aiskrim yang tak pernah diimpikan olehnya..si anak bertanya pada pemuda itu..

"Abang..kenapa hidup perlukan WANG? "



Impian setiap kita



"Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. (at-Talaq: 2)"
WANG adalah segalanya???,tekan saja Atom Bergerak dan Paatz pasti seronok berkongsi dengan korangSmile18.com

Ayah Dia 'Buaya' ! Sungguh !



Petikan dari Sinar Harian


Ayah dia memang buaya ! Sungguh!

Paatz tak tau nak kata apa, bile tengok berita ni..sedih,marah,geram...tak patut si ayah menoda anaknya sendiri! kau diberi amanah memimpin,menjaga,melindungi keluarga mu ..Ibarat bunga yang cantik kau tanam bertahun-tahun,kau jaga,sekarang kau siram dengan racun pemusnah pulak?Puas hati agaknya melihat bunga tu makin layu dan mati..yang takkan diusik seekor lebah pon..

Ayah dia memang buaya ! Sungguh!

Nafsu menguasai diri..itulah jadinya..bila mana kewarasan akal dan syariat kau tolak tepi ( mungkin juga kau buang terus), nafsu mula merantai dan mengajak kau ke arah keburukan...Tapi,kenapa kau tak sedar?Manusia yang kau hancurkan itu anak kau?! Permata kepunyaan kau sendiri!

Sedarlah...kembalilah kepada fitrah.Janganlah diperlakukan sebegitu ke atas anakmu lagi.

Ayah dia bukan 'buaya'
Ayah dia manusia biasa...Bertaubatlah...



Jadilah HERO buat anak-anak


"Wahai Tuhan kami, jadikanlah pasangan kami dan zuriat kami penyejuk mata (melakukan perkara-perkara yang menyukakan hati apabila melihatnya) dan jadikanlah kami imam (ketua) bagi orang-orang yang bertaqwa)..."

Patut ke tak seorang Ayah buat camtu??!,Smile18.comtekan saja Atom Bergerak dan Paatz pasti seronok berkongsi dengan korang

Ops Sikap,Puasa Enam & Beyonce~

Salam bertemu lagi semuanya! Entri kali ni Paatz buat 3 dalam 1.hehe macam iklan syampoo je.takdala..Banyak benda nak kongsi ni.Ops Sikap 20 yang baru je tamat,Konsert artis luar Beyonce, dan jugak Puasa Enam...ketiga-tiganya Paatz ada benda nak kongsi bersama...



Ubah Sikap Kamu...


Semalam,Paatz tengok Buletin Utama,Ops Sikap yang ke-20 dah pun berakhir.Keseluruhannya, 261 kematian dicatatkan selama 2 minggu operasi.Na'uzubillah, macam dah jadi trend.Asal musim raya je eksiden maut banyak..Sikap pemandu sekali lagi menjadi faktor utama.Tak ade sopan santun kat jalan raya..Timbang rasa apatah lagi.Sikap suka memotong dengan meluru,cuai,mengantuk,dan melebihi had laju yang ditetapkan.Kadang-kadang Paatz terfikir jugak,kalo Paatz ada kereta mewah,takkan nak bawak 60-80 km/j ja..mesti lenjan punya..jangankan kereta mewah, kancil 660cc pun boleh main line kanan ape cerita tu Paatz...huhu

Lantas,cadangan untuk menggantung lesen pesalah trafik difikirkan jalan terbaik bagi mengubah sikap depe.Yelah, kempen dah selalu,tambah anggota trafik waktu puncak pun sudah,keluarkan saman? buat tak endah je nanti..Bagi Paatz,selagi sikap pengguna jalan raya tu tak berubah,buatla berapa kali Ops pun..kesudahannya tetap sama..

Mengubah sikap, haruslah bermula pada diri kita sendiri..perbetulkan mind set kita.Jalan raya bukan tempat berlumba,tunjuk hero dan sebagainya.Terjemahkan apa yang kita praktikkan dalam bulan Ramadhan yang lalu,didik nafsu agar terpelihara dari sebarang perkara yang tidak baik.




Jom Puasa Enam



Sementelah kita dalam bulan Syawal yang mulia ni,jom kita sama-sama perbaiki sikap kita dengan Puasa Enam.Banyak fadhilatnya,sebagaimana kita tau,amalan sunat ibarat penampal mana-mana amalan fardhu kita yang kurang..InsyaAllah sikap kita lebih positif dan tidak terlalu ikutkan nafsu...

Oh ye,konsert Beyonce dijadualkan akan berlangsung 25 Okt ni.Konsert yang pada mulanya dibatalkan 2 tahun lepas dianjurkan semula.Terfikir Paatz,mana rasional menganjurkan konsert macam ni?nak memperkenalkan Malaysia?banyak cara lain,F11M tu pun boleh kenalkan Malaysia.




Cari Hiburan Yang Sesuai



Ops,bukan Paatz tak sukakan hiburan,sememangnya manusia fitrahnya suka pada hiburan.Tapi biarlah hiburan tu bersesuaian dengan syariat dan tak melampau.Banyak blogger yang memperkatakan benda ni.dan Paatz jumpa juga komen2 pedas...Beginilah,kalo rase benda tu tak baik untuk diri dan sahabat2 kita,jom sama2 kita mengingatkan.Paatz sendiri pun kadang2 terleka...

Berikan komen korang,tekan saja Atom Bergerak dan Paatz pasti seronok berkongsi dengan korangSmile18.com

Melepak tu Baik

"Cover la pulak..."
"PHEWITT...bajet cun seh.."
"alamak,labuh nyeee..."
"Aii...lajunye jalan kak..kah3..."

Dialog2 kat atas tu selalu kedengaran bile kaum hawa lalu lalang kat tempat yang bangsa adamnya berkelompok ataupun kite kata meLEPAK...sama ada si hawa tu meluat dengan perangai atau pun rase gumbira tak terhingga dengan 'pujian' tersebut..

Boleh kata setiap hari kat mana2 tempat sosial,tak kira shopping complex,cyber cafe,atas motor,maupun kaki2 jalan korang boleh tengok manusia ber'sosial'..erti kate mudah,lepak la kan...dan pasti ade yang berkata,buat apa melepak,buang masa je tu...takde faedahnye pun...

Kan bagus korang 'lepak' kat sekolah


Faedah melepak?

Kalo kita berkumpul dengan kawan2 ataupun geng2 kita tu namanya melepak ek?Dan bila kita melepak,apa topik yang selalu kita bualkan dengan kawan2 kita bile melepak?masalah kerja?isu politik?ekonomi?sukan?hiburan?
ataupun kisah kucingnya ada simpan betina lain...ape sekalipun topik yang dibincangkan pasti HANGAT bila bersembang secara ber'jemaah'...hatta bende kecik sekalipun...boleh gelak sakan tau..dan bila muncul si bunga manis,pasti ligat mata memerhati...............walaupun kejap...

tak salah melepak,janji janganla bual kosong saja2..Paatz ada terbaca kisah zaman Rasulullah dulu,ade juga sahabat2 yang melepak..duduk berbual di tepi jalan..Baginda menegur perbuatan depe..tapi depe katekan susah nak buang tabiat ni...lalu Baginda bersabda;

"Jika kalian semua tidak dapat meninggalkan kebiasaan itu,maka hendaklah kamu tunaikan hak jalan ini."

Sahabat kemudian bertanya..."Apakah hak jalan itu wahai Rasulullah?"

Baginda menjawab,

"Tundukkan pandanganmu,elakkan diri daripada mengganggu orang lain,menjawab salam dan menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.."(riwayat Bukhari dan Muslim)

hmmm...apa kate kita cuba praktikkan semua ni masa kita melepak nanti???

p/s-lepak kat masjid?

Berikan komen korang,tekan saja Atom Bergerak dan Paatz pasti seronok berkongsi dengan korangSmile18.com

Jeritan Batinku...

JERITAN Batinku

Ngee....paatz mencelah sekejap ek di saat proses 'mengemaskini diri' berjalan, bukan apa..sebenarnya minggu lepas,paatz ada terbaca satu contest pasal speak up ,oleh DIGI...hoho...jadi menggatalkan diri menghantar MMS untuk MENANG menyatakan ekspresi diri...haha!dok tunggu punya tunggu aku punye gambar tak kuar pon kat official site die...mungkin tak lepas kot...

Pagi Sabtu nya paatz berjalan2 di alam maya melihat dunia bersedih pemergian raja POp ,Micheal Jackson...dan kemudiannya berjalan kejap ke site DIGI contest tu balik..hah! dah ramai yang voice out! aku cuba la tengok kot2 ade sangkut MMS aku kat list tu..skali adala...hehe,jadi kene la bagi seket entri pasal MMS tu..Speak Up Paatz!


Duit2,dimana ko duit..

ye...inila dia MMS yang paatz send kan minggu lepas..Hope of $$$...paatz mata duitan?ohh tidak sama sekali..atau paatz kedekut?lagi tak...Paatz ade kegawatan kewangan?adela sikit2...

Wang...duit...fulus..money..金钱..نقود..ataupun dinheiro dalam dialek adik Cristiano Ronaldo..begitu diidam2kan setiap orang untuk memilikinya..bila sudah ada $$$ kita mampu peroleh apa saja yang ada...kuasa??lagila...Dalam dunia realiti sekarang,semua benda perlukan DUIT..ya...air kosong 50sen,nak masuk tandas awam pun kene tol 20 sen..apatah lagi membeli topup DIGI pun perlukan duit..bukanlah paatz nak cakap kita perlu kejar wang semata2...tidak sama sekali...kekayaan dan kesenangan itu boleh membawa kepada kebaikan dan boleh juga menjahanamkan kita...

Paatz?kau perlukan duit?Benarkah kau hope of $$$?

Heh..aku perlukan $$$ untuk melangsaikan hutang PTPTN dengan cepat!kui3...xderla..Cukuplah berada dalam tahap kesederhanaan..maintain di tengah2...tak nak kaya sangat dan tak nak jugak miskin sangat.cuma kalau ade $$$ banyak tu aggaplah satu bonus pemberian dari-Nya ..jangan pulak lupa diri dan sombong bila dah kaya dengan $$$...INGAT...
p/s-Paatz mengemaskini diri semula ye...ok...tata,salam..=)

Berikan komen korang,tekan saja Atom Bergerak dan Paatz pasti seronok berkongsi dengan korangSmile18.com

Otak System Tools


Psiko2...duit datang...

Salam hari minggu..entri seterusnya Paatz nak berkongsi dengan semua akan kepentigan berfikir..fikir tentang apa?apa2 saje.otak manusia ibarat 'komputer' atau patut Paatz cakap super duper komputer..komputer kita kene selalu defrag dan buat disk cleanup supaya files2 dan registry dalam komputer tak slow.kene ade antivirus yang kuat bagi menghalang anasir2 jahat yang muncul.bile keadaan teruk sangat,maka bolehla kita memformat,mengembalikan keadaan fresh komputer kita.suci bersih...kui3...Namun komputer tak sama seperti otak kita yang ternyata berkali ganda hebatnya..pengendalian dan penjagaan yang teramat rapi wajib dilakukan selalu...camne Paatz?

Banyak cara kita boleh buat maintainence kat otak kita...sebenarnya tiap2 hari otak kita bekerja dengan sangat rajin..dan bebanan kerja boleh membuatkan otak kita jadi error..huih, error ??? betul3...nak2 lagi zaman kita sekarang tersangatlah globalisasi nya..internet,cakap aje ko nak cari ape...terus dapat...info2 dan maklumat boleh didapati dengan banyak,dari sumber yang pelbagai.



Otak perlu dijaga...


Jadi , nak tak nak otak kita (termasuk Paatz) perlu sentiasa dijaga..fizikal dan spiritual..kat sini Paatz nak kongsi beberapa tips yang boleh dicuba ;


1) Selalu latih otak kita

latih otak kita sekali sekala dengan perkara yang tak pernah dibuat...maksud Paatz perkara yang baru.Pengalaman adalah guru yang baik untuk kita...


2) Sentiasa mencari sumber2 ilmu yang bermanfaat

ilmu ade pelbagai...carila sebanyak mungkin ilmu yang bermanfaat supaya kita sentiasa 'up to date'...dengan cara ni,kita taklah dicop sebagai katak dibawah tempurung...(kenapa mesti katak..)

3) Sikap kritikal

yang ni Paatz kureng sket...dari apa yang dikatakan kawan2,Paatz ni jenis 'semuanya ok...semuanya boleh..'..(buka pekung?)...sikap kritikal perlu sebenarnya supaya kita sentiasa melihat terlebih dahulu kesan dan akibat sesuatu perkara, dan kita lebih memikirkan rasional tindakan dan pendapat kita..

4) Sentiasa berimaginasi

hehe...angan2 Mat Jenin yang menjadi...bukan angan2 saja tau...bile otak kita berimaginasi,kita akan terdorong untuk mencapai imaginasi kita tu..ala...tengok balik zaman kanak2 kita smua...penuh dengan imaginasi dan angan2 kan?
CITA-CITA SAYA NAK JADI...Gaban???

5) Muhasabah diri

tiap2 hari dan waktu wajib kita muhasabah..apa juga perkara dan tindakan yang dah kita buat,baik atau buruk kita kene 'check' balik.korang perasan tak, kadang2 bile kita fikirkan tentang kebaikan yang pernah kita buat,mesti tibe2 timbul rasa agak bangga diri kan?wahh...hebatnya aku...baiknya aku...Ops! itu bukan cara muhasabah yang baik..jangan selalu sangat ingat dan ungkit perkara yang baik kita buat...nanti rase diri kita lebih baik dari orang lain.Pastu nanti jadi MALAS nak buat baik...adoi...Paatz slalu camni...bagi paatz,kawan2 dan orang di sekeliling kita boleh jadi cermin yang baik untuk diri kita...muhasabah diri mesti ada susulan nya...maksudnya mesti ade timbul penyesalan dalam diri atas kejahatan yang dilakukan..dan sentiasa berfikir kebaikan yang ingin kita lakukan...

setakat tu kot yang Paatz nak KONGSI dengan korang...kalo ade tips2 lain nak kongsi , janganla segan2 gitau ek! ok...


Berikan komen korang,tekan saja Atom Bergerak dan Paatz pasti seronok berkongsi dengan korangSmile18.com

Pembunuh Kucing Bersiri


Paatz...aku dah penat posing ni..

salam semua...sihat?entri kali ni Paatz nak kongsi cerita pasal pembunuh kucing bersiri...selalu kita dengar pembunuh bersiri,peragut bersiri,perogol bersiri...la ni ade pulak pembunuh haiwan bersiri???erk....bape season die nak wat?kenapala binatang yang paling comel dan manje tu dibunuh?dah puas bunuh orang ka?tak paham tak paham...

Kejadian takde perasaan belas ni berlaku di Amerika sane tu, selatan Florida dimana lebih kurang 9 ekor kucing disembelih dan dibunuh...ayyoo...tak cukup dengan tu, muka dan telinga kucing di TOREH....ulang perkataan TOREH...dua tiga hari kemudian, 5 ekor kucing di rosakkan lagi...kulit kucing tu ditanggalkan oleh si pembunuh kejam ni dan dibiarkan begitu saja...

Hari-hari minggu sudah tak selamat lagi bagi tuan punya kucing nak bawah haiwan peliharaan diorang bersiar2..takut diapa2kan oleh pembunuh ni..kejadian ni berterusan lagi sampaila pihak berkuasa memberi ganjaran pada sesapa yang dapat menangkap si pembunuh ni ($2500 US Dollar...darab 3= bape ek?)

Dan akhirnya, pembunuh kucing bersiri itu berjaya diberkas...korang nak tengok rupa si pembunuh kejam ni???ni haa...

Kijamnye ko..


Nama beliau, Tyler Weinman,anak kepada seorang doktor gigi...dan kes masih lagi dibicarakan...mereka mendapati Tyler tak bersalah,dan pembunuh bersiri sebenar masih lagi bebas..

ok,tutup cerita di luar sana tu, cube korang bayangkan(sape yang ade kucing la kan)... kucing kesayangan korang dibunuh sebegitu rupa?sedih kan?sakit hati?geram?marah?

sebagai orang islam,kita wajib memelihara dan berbelas kasihan pada semua makhlukNYa...tak kira la manusia atau haiwan.sayangi diri,sayangi keluarga,kawan2...sayangilah juga persekitaran kita...perggh...Paatz takleh bayangla camne punye kijam ini olang...takde hati perut paru2 pankreas betul!!!

p/s-sahabat Rasulullah bertanya: "Dapat pahalakah kami menyayangi haiwan-haiwan ini? Jawab Rasulullah s.a.w: "Menyayangi setiap makhluk hidup itu adalah berpahala." (Riwayat Muslim)

Berikan komen korang,tekan saja Atom Bergerak dan Paatz pasti seronok berkongsi dengan korangSmile18.com

Pass B.I pass SPM


Struggle for success..(grabbed from mamak)
salam semuanya..morning everyone! waa...i heard about discussion over Tv few days ago,our new Edu minister,Tan sri Muhyiddin Yassin was surprised to learn that English is not a “must pass” subject for SPM,SPM English...student should must pass?and he wants public feedback.so here is mine..(this is my 1st post in BI,allow me to apologize for all grammatical errors..kui3)

hmmm..to be frankly, it's a good idea to highlights this out, but...realistically ( is that a correct word?), this couldn't be done.i've got a little experience teaching in rural area @ kampung...i'd used to teach them Etems(English for Teaching Science and Maths) 2 weeks before i get into Sciense syllabus, and i can see they have a problem to learn in English.their environment won't let them to feel free to practising English. i'm not good enough too in this language but i've to practice so then i can teach them succesfully.so i've to improve my English.

but then it's not a big problems for students in 'kampung' to learn English.why do i say so?Creativity..yeah..its all about how teacher delivers the content to students.and i thought students in rural areas are more attracted to multimedia and fun learning.We need more rural teachers of English,Maths and Science,who are competent as well as confident in the language(paatz? 50-50..=p) Besides, it's turn back to student's aptitude,whether they are pushing the will or not.

Paatz,so you are agree to make English as a prerequisite to pass SPM?

Hmm..not really...like malay quote, "macam termakan gunting...nak dikeluarkan sakit,telan pun sakit." outside of city, it seems not everyone can get a good access in technology.Furthermore, many youngsters couldn't pratice speaking with their family in home.(includes me).Plus, many of them are doesn't like English language.

so how about you?agreed?not?just kongsi with me...and let the Minister shocked for the second time..ngee


p/s- thats would happen if our ministry always changing,without knowing their departments well..kui3..

Berikan komen korang,tekan saja Atom Bergerak dan Paatz pasti seronok berkongsi dengan korangSmile18.com

Dia dah Insaf


Penyanyi klip video kontroversi Negaraku tertekan...mmm?? kenapa tertekan? Wee Meng Chee, pelajar tahun akhir universiti kat Taiwan yang pernah mencetuskan kemarahan orang ramai dengan nyanyian lagu negarakuku?? hasil ilham ntah ape2 beliau..setelah membuat permohonan maaf secara terbuka,die tak mahu lagi pandang belakang congkak ..dan mahu menjadikannya sebagai pengajaran pada masa depan..aikk...mintak maaf je ke bro?anda telah mempermainkan lagu kebangsaan...siap dengan memerli azan subuh dalam lirik negaraku ciptaan 'hebat' tu...



Negara ini aku memang suka
pukul 5 pagi
Ada morning call akan suruh aku bangun
Kadang-kadang beberapa ‘buah’ nyanyi sama-sama
macam tengah duet lagu cinta
Suara tinggi rendah macam tengah nyanyi R&B
Walaupun kadang kala sebahagian daripada mereka out of tune
Walaupun kadang kala sebahagian daripada mereka pecah suara
Ada juga suara yang macam kokokan ayam tetapi dia bangun lagi awal dari ayam
Macam ini baru kite tahu masa untuk bersiap ke sekolah dan kerja


ohh...tidak,Paatz sakit hati mendengarnya...(sekali lagi)
Wahai Namewee,kau mintak la seribu maaf sekali pun,tapi bagi aku kau perlu dihadapkan ke muka pengadilan..biar orang ramai tahu bahana mempermainkan @ tak menghormati langsung agama kami..luka dalam tuuu..!!!tapi...sayang...aku tak dengar apa2 tindakan yang diambil..sekadar diminta hadir beri keterangan..maka dengan segala seronoknya dia boleh 'berkarya' lagi...Aiman Tak Kesah??!!
oh yee...si Namewee ada menjelaskan keadaan sebenar yang dikatakannya telah 'diputar-belit' oleh media...korang boleh rujuk sini..Namewee..dah baca???jadi apa Komen korang?

Berikan komen korang,tekan saja Atom Bergerak dan Paatz pasti seronok berkongsi dengan korangSmile18.com

Taman Erotika


ENTRI UNTUK 18 DAN KE ATAS SAHAJA !!!


...Taman Tema Erotik...
sumber BBC

Salam...entri kali ni nak kongsi cerita...Paatz tak pernah pergi China,tapi dengar kata kat sana ade Taman Tema erotik? oittt...biar betul??boleh pulak bende cam ni wat theme park ek...otak bisnes ke otak k****g orang yang wat taman tema ni...

Untuk makluman,di Negara China terdapat sebuah muzium seks di daerah Guangdong ataupun lebih dikenali sebagai "garden of natural nudity"..huyyooo taman kebogelan???erkk...(geleng kepala kasik goyang bahu...)


uiks....
sumber AFP

Kat muzium tu menempatkan informasi tentang seks dan perlakuan seks selamat,dan juga sejarah(???) seks tu sendiri...
Menurut kajian yang telah dijalankan,mendapati peningkatan kes seks sebelum perkahwinan dan juga kes penyakit seksual.Jadi muzium seks dibina untuk memberi pendedahan dan maklumat tentang seks secara umum pada masyarakat awam.kondom percuma juga diberi pada pengunjung.

Berbalik kisah taman tema erotik atau Love Land yang dijangka akan dibuka pada Oktober ini nanti, pengunjung 'berpeluang' melihat tugu badan bogel(???) dan banyak g...serta pameran tentang seks..Menurut BOS taman tema tu, seks merupakan isu pantang dalam masyarakat China,tapi orang ramai perlu tahu lebih lagi tentang seks...terdapat juga bengkel seks mempelajari teknik2 seks selamat.(???)

Dan belum sempat pun si BOS ni nak merasmikan taman temanya itu,penguatkuasa telah pun merobohkan taman tema impiannya...(cian..) .mereka mengatakan taman tema tersebut tak sesuai dibina dan dilihat seolah2 biadap dan tak sensitif ,jijik..'open' sangat...

p/s- kalo ade kat Malaysia , amacam?

Mau jadi misi??



Salam semua...nak tulis entri apa lak ye kali ni?aku ade terbaca artikel tentang nurse...nurse lelaki...kerjaya ni korang jangan pandang sebelah mata je...pakai dua2 biji mata tu...ade orang kate nursing ni sesuai untuk lelaki yang lembut2 aje...errkkk, betul ke?

APA pendapat korang? Paatz? ermm...perlu..kita perlukan nurse dari kaum lelaki...tapi apakah tugas seorang jururawat lelaki?sama ker dengan nurse perempuan?

Pendapat I :
Jururawat lelaki? ade ker jururawat lelaki nie? yang saya tahu jururawat untuk perempuan, medical assistant untuk lelaki. Tak dapatlah saya nak bayangkan nurse lelaki pakai cap/topi macam nurse...
Pendapat II :
Bertambah ramaila yang tak sembuh2 sakitnya...huhu
Pendapat III :
kat malaysia cam pelik dengor...tapi kat luar da ramai yang ceburi bidang ni...

hummm...jadi, ape yang nak aku simpul bagi mati di sini adalah...tak salah pada sesape yang berminat menceburi dalam bidang kejururawatan lelaki...Privacy seseorang pesakit tu lebih terjamin..mesti korang segan kan kalo tetiba masuk wad, kene mandikan ngan nurse wanita yang cute lagi ayu kan???kui3....

oh ye...pada yang berminat , terutamanya adik2 bloggers yang baru pas SPM tuh, jemput2la ke laman Kolej2 yang menawarkan nursing course nih...cam Pusrawi,KUIS pun ade...banyak juga yang tawarkan kursus ni...jadi ape lagi adik2? amek je...

p/s- bayangkan dapat jururawat yang lembut cam abang Sally ( Upin n Ipin Geng) tu...kui3....cabooot

"Jangan Kau bolak-balikkan hati kami...."



Salam...entri untuk semua...bukan mahu menyebar fitnah,mengata...tapi sebagai peringatan buat diri dan kawan2 bloggers semua...

Al Quran surah Ali Imran (3: 8) Allah berfirman yang bermaksud :

“ (Mereka berdoa), Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk. Kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau, karena sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (kurnia) “...

Aku jengok2 blog kawan2 tadi...terjumpa entri gempar...berkenaan bekas vokalis Saujana, Khairul Idzuan masuk OIAM 3.. oh..cam Faizal la kot...tapi bila aku bace g entri nya...aku kaget..tak percaya pun ada...betul ke ape yang aku baca...aku search kat youtube, buka 8tv punye site..betul dia...tak tahu nak kate apa...cuma sama2 berdoa agar saudara idzwan diberikan hidayah...

aku takut dan bimbang orang luar sana berkata...

"kenapa aku tak boleh buat? budak pakai tudung pun g clubbing !!"

"Apelah sangat pakai tudung ni...tengok si !@#$$..."

"Alim olok2 je die....2 kali 5 jeee..."

"elok2 berkopiah ...skang wat rebonding lagi..."

ni statement yang aku copy dari site portal Saujana;


Sesiapa sahaja pasti terkejut mendengarkan berita menyaksikan kisah yang terpapar di media mengenai sahabat kita, Khairul Idzwan Baharin. Kalau anda sedih, bayangkan apa pula perasaan sahabat-sahabat Saujana, ahli keluarga, malah guru-guru di SMAP Kajang. Bukan kepalang.

Kami dihujani komen dan panggilan bertanyakan reaksi dan respon. Wartawan, teman, peminat, keluarga. Tapi jawapan kami terbatas. Kami sendiri sudah hampir tiga tahun tidak bertemu Izu. Kalaupun berjumpa, hanya di talian atau SMS. Berita yang kami dapat pun melalui kawan-kawan yang tidak ketahuan kebenaran khabarnya. Jadi, mungkin Izu ada alasan tersendiri mengapa begitu jadinya. Kami mohon maaf sekiranya Izu telah melukakan hati kalian. Apapun, marilah kita sama-sama doakan semoga Allah sentiasa di sisi untuk membantu dan memberi hidayah. Janganlah menghitung, kerana Allah itu sebaik-baik penghitung. Janganlah mengeji, kerana Allah jualah yang membalas nanti. Kerana doa itu senjata mukmin, maka doa jualah penawarnya.

Saujana takkan berhenti...





p/s- jagalah hati...jangan kau kotori...

RTM digital...2012


Salam... ade korang terdengar cite ni? RTM akan di digitalkan...RTM akan melangkah ke era digital sepenuhnya selewat-lewat 2012 menggantikan sistem analog seperti sekarang ini.
Kelebihan sistem digital ialah kemampuan menyediakan lebih banyak saluran televisyen dan juga radio berbanding sekarang ni...dengarnya 19 saluran akan diwujudkan...
7 akan diterbitkan oleh RTM sendiri, dan 12 saluran akan diberikan kepada Media Prima ( TV3,8TV,TV9,NTV 7) dan siaran lain yang akan diterbitkan..

takde masalah cam Astro ke nanti? hujan je tak dapat tengok...

Mungkin masalah tu dapat diatasi sebab,pengguna boleh mengakses siaran televisyen digital (DTV) RTM tanpa dipengaruhi oleh faktor cuaca kerana DTV RTM akan menggunakan isyarat dari bumi berbanding pengguna siaran Astro yang kini menggunakan DTV menerusi isyarat satelit....wah...kagum2....

Dan yang lebih penting lagi...pendigitalan siaran TV akan menambahakan peluang kerjaya dalam bidang penerbitan dan penyiaran kepada rakyat Malaysia...errrr....agak2 korang ...bile dah digital nanti...RTM jadi menarik tak??hehe...tanye saje...yaaa...bila je sistem penyiaran dah digital sepenuhnya...audio dan visual yang diterima lebih mantop....dahla pakai isyarat dari bumi...Astro tergugat la pasni...

p/s- Macam2 la....


Sumbanganku...



tak kisah kene kad kuning...

salam...entri kali ni mengisahkan seorang pemain bola sepak dalam sebuah kelab di Sepanyol, Seville..Frederic Kanoute...kenapa dengan dia?walaupun tak seberapa,tapi sumbangan beliau kepada islam kita patut puji...jom baca dan kongsi..Frederic Kanoute, 31 dalam perlawanan antara Seville vs Deportivo La Coruna telah menyatakan sokongan beliau kepada PALESTIN dengan menyelak jersinya dan menayangkan perkataan "PALESTINA" setelah menjaringkan gol kedua bagi pasukannya, Seville. Perlawanan bolasepak tersebut telah diadakan pada 8/1/2009.Dikhabarkan bahawa dalam perlawanan menentang Osasuna (4/1/09), beliau juga memakai baju yang sama tertera perkataan "PALESTINA". Tetapi tidak ditunjuk kerana beliau tidak dapat menghasilkan gol pada ketika itu.

Namun, pada saat keunggulan beliau telah menjaringkan gol pada perlawanan menentang Deportivo La Coruna; Pada saat semua kamera menumpukan fokus kepada beliau; Pada saat ribuan manusia bersorak kepada beliau; Pada saat ribuan pasang mata menonton kejayaan beliau; Pada saat itulah, Frederic Kanoute memilih untuk menayangkan sokongan beliau kepada PALESTIN dengan cara yang tersendiri. Sungguh pandai dan sungguh bijak. Alhamdulillah...Hasil dari perbuatan tersebut, beliau telah dilayangkan dengan kad kuning. Namun, beliau menerimanya dengan redha dan bertanggungjawab dengan tindakannya itu.

Adakah itu sahaja sumbangan beliau?

Beliau malah telah menyelamatkan sebuah bangunan yang dijadikan masjid oleh penganut ISLAM di Seville. Bangunan tersebut telah dibuat keputusan untuk dijual kerana kontrak penggunaan bangunan tersebut sebagai tempat solat telah tamat. Namun, Frederic Kanoute telah tampil menyelamat dengan membeli bangunan tersebut dengan harga 510,860 euros (iaitu $700,000 USD). Harga tersebut menyamai setahun pendapatannya. (Baca lanjutan di Islamonline.net)

Beliau juga telah membuktikan bahawa berpuasa pada bulan Ramadhan tidak melemahkan ummat ISLAM. Frederic Kanoute telah dimahkotakan dengan penjaring gol terbanyak liga iaitu 20 gol, mengalahkan Ronaldinho. Bukan setakat BOLEH bermain bolasepak di arena profesional, malah CEMERLANG walaupun sedang berpuasa. Semenjak itu, kelab yang beliau wakili tidak lagi memberi tekanan kepada beliau untuk menjalankan rutin sebagai seorang muslim. (Baca lanjutan di Islamonline.net)

Sebagai seorang muslim, beliau juga menolak untuk memakai jersi bolasepak kelab beliau yang tertera nama sebuah syarikat internet perjudian. Kelab beliau telah menyediakan jersi khas untuk beliau pakai.

Beliau juga telah mewujudkan sebuah yayasan untuk membantu anak-anak yatim di Mali dan lain2 kebajikan agama yang saya percaya ia menjadi dambaan setiap muslim.

SubhanALLAH, insan seistimewa Frederic Kanoute ini telah membuat suatu yang sangat bernilai di sisi ISLAM. Walaupun baru 10 tahun memeluk ISLAM, sumbangan beliau telah mengalahkan sebahagian kita...aduh, cemburunya.

Dari pena kimiadanaku

Semua post yang dibuat @ telah dibuat dalam laman ini hanyalah sekadar idea dan pendapat peribadi penulis. Tiada niat untuk menyinggung atau meniupkan sebarang bentuk provokasi, fitnah mahupun penipuan. Komen dan kritikan yang bernas amat dihargai.

Followers

dasdasdsadasdasdasdasdas

Rakan Paatz