Comelkan diri anda dengan....




Hehe...ya betul...comelkan dirimu dengan wudhu'....kenapa?tak sehebat Fair n Lovely? tak semantop SK II? ataupun tak sesuci Safi?nah....inilah penyuci yang paling hebat n mujarab...tapi ramai tak amek kisah atau wat sambil lewa akan wudhu' ni...jadi jom kita kongsi sama2 pengertian dan kelebihan berwudhu' ni....




Wudhu'

Dari segi bahasa, wudhu’ ialah nama bagi sesuatu perbuatan menggunakan air pada anggota-anggota tertentu.

Dari segi syara‘, wudhu’ bermaksud membersihkan sesuatu yang tertentu dengan beberapa perbuatan yang tertentu yang dimulakan dengan niat, iaitu membasuh muka, membasuh kedua-dua belah tangan, menyapu kepala dan akhirnya membasuh kedua belah kaki dengan syarat-syarat dan rukun-rukun yang tertentu...

Paatz, kelebihannya?

Kita semua tahu kita wajib mengambil wudhu' dulu sebelum kita nak solat,nak pegang Al-Quran,dan juga Tawaf...wudhu' mempunyai kelebihan nya...dan beruntunglah mereka yang dapat menghayati amalan wudhu; tu sendiri...

  • Orang yang tidur dalam keadaan berwuduk pahalanya seperti berpuasa.
  • Orang yang wuduk sebelum tidur, Malaikat tidur bersamanya.
  • Nabi kenal umatnya melalui cahaya wuduk. Wuduk selepas wuduk yang belum batal umpama Cahaya atas cahaya (Nur ala nur) , sudah cerah lagi bersuluh.
  • Doa selepas wuduk gugurkan dosa.
  • Wuduk menjadi kafarah, menghapus dosa antara 2 waktu solat.
  • Air wuduk dan mandi junub menghasilkan malaikat yang berdoa dan minta ampun untuk tuannya.

Kisah Benar Tentang WUDHU:

Seorang ulama sedang berada di dalam sebuah kapal terbang ke sebuah negeri. Saat tiba waktu sholat, dia pun ke kamar kecil untuk berwudhu. Oleh karena ruangnya terlalu kecil, maka beliau terpaksa membiarkan pintu terbuka ketika berwudhu.

Tatkala beliau mengangkat salah satu kakinya ke tangki (washing basin), seorang pramugari yang menyaksikan menegur dengan nada keras.

Pramugari: “Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki itu sebab akan mengotori tangki.”

Ulama: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri) “Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari..?”

Pramugari: (dengan sifat angkuh.) “Biasa, sekali atau dua kali dalam sehari.”

Ulama: “Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, berarti kaki saya lebih bersih dari muka saudari..”

Pramugari: “……..”

p/s- renung2kan....dan selamat beramal!!!...kui3

1 Atom Bergerak :

ziezue said...

nk tmbh...
wudu' pn boleh naik kn seri wajah
sape2 nk cntk...berwudu la slalo

Dari pena kimiadanaku

Semua post yang dibuat @ telah dibuat dalam laman ini hanyalah sekadar idea dan pendapat peribadi penulis. Tiada niat untuk menyinggung atau meniupkan sebarang bentuk provokasi, fitnah mahupun penipuan. Komen dan kritikan yang bernas amat dihargai.

Followers

dasdasdsadasdasdasdasdas

Rakan Paatz