Comelkan diri anda dengan....
Dari segi bahasa, wudhu’ ialah nama bagi sesuatu perbuatan menggunakan air pada anggota-anggota tertentu.
Dari segi syara‘, wudhu’ bermaksud membersihkan sesuatu yang tertentu dengan beberapa perbuatan yang tertentu yang dimulakan dengan niat, iaitu membasuh muka, membasuh kedua-dua belah tangan, menyapu kepala dan akhirnya membasuh kedua belah kaki dengan syarat-syarat dan rukun-rukun yang tertentu...
Paatz, kelebihannya?
Kita semua tahu kita wajib mengambil wudhu' dulu sebelum kita nak solat,nak pegang Al-Quran,dan juga Tawaf...wudhu' mempunyai kelebihan nya...dan beruntunglah mereka yang dapat menghayati amalan wudhu; tu sendiri...
- Orang yang tidur dalam keadaan berwuduk pahalanya seperti berpuasa.
- Orang yang wuduk sebelum tidur, Malaikat tidur bersamanya.
- Nabi kenal umatnya melalui cahaya wuduk. Wuduk selepas wuduk yang belum batal umpama Cahaya atas cahaya (Nur ala nur) , sudah cerah lagi bersuluh.
- Doa selepas wuduk gugurkan dosa.
- Wuduk menjadi kafarah, menghapus dosa antara 2 waktu solat.
- Air wuduk dan mandi junub menghasilkan malaikat yang berdoa dan minta ampun untuk tuannya.
Kisah Benar Tentang WUDHU:
Seorang ulama sedang berada di dalam sebuah kapal terbang ke sebuah negeri. Saat tiba waktu sholat, dia pun ke kamar kecil untuk berwudhu. Oleh karena ruangnya terlalu kecil, maka beliau terpaksa membiarkan pintu terbuka ketika berwudhu.
Tatkala beliau mengangkat salah satu kakinya ke tangki (washing basin), seorang pramugari yang menyaksikan menegur dengan nada keras.
Pramugari: “Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki itu sebab akan mengotori tangki.”
Ulama: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri) “Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari..?”
Pramugari: (dengan sifat angkuh.) “Biasa, sekali atau dua kali dalam sehari.”
Ulama: “Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, berarti kaki saya lebih bersih dari muka saudari..”
Pramugari: “……..”
p/s- renung2kan....dan selamat beramal!!!...kui3
bersihkan hatimu itu...
Review zaman dlu2 aku...zaman sekolah dulu , persekitaran aku semuanya baik belaka...alhamdulillah,diberi didikan ,dakwah dan tarbiyyah ..cuma kadang2 aku tak ambil endah tarbiyyah yang diberikan..membuatkan jati diri aku sekali sekala terumbang ambing dek kene ribut dan petir dunia...adusss...mujur ade 'payung',elak dari basah kuyup..namun,terkene jugak percikan air dan anginnye...di sinilah aku perlukan sebuah rumah utk aku berteduh didalamnya...semoga dengan rumah tu aku tak terkene selsema atau demam kesejukan....
bile terkene selsema dan demam kesejukan tu...aku perlukan ubat yang sesuai dan juga selimut...maka aku nak berkongsi dengan korang jenis2 ubat dan selimut yang sesuai digunakan ketika ini...
pertamanya...Solat....ni penting..ubat mujarab bagi penyakit selsema dunia ni...bila kita jaga solat kita ,dengan mudah kita dapat melawan penyakit tersebut...peringatan untuk diriku jua....huhu
kedua...baca Al-Quran...ni juga penting bagi recover blk tenaga kita....sebgai supplement ubat solat tadi...
yang ketiganya...zikrullah...mengingati Allah...selimut paling hangat....dapat melawan kesejukan yang dihidapi..kebanyakan dari kita gagal menggunakn selimut ni sebaik mungkin...lupa nak pakai besenye...yela...ade banyak sangat selimut agaknya...
keempat...tawakkal dan selawat ke atas junjungan SAW...semoga dlimpahi syafaat junjungan baginda...=)
p/s-"baiki diri jadi baik...bantu orang lain jadi baik...."
khalifah Umar bin Abdul Aziz
Umar bin Abdul Aziz dilahirkan di Halawan,iaitu sebuah nama kampg yg terletak di Mesir,pada thn 61 Hijrah,bersamaan dengan tahun dimana Saidina Hussain bin Ali,cucu Rasulullah dibunuh.
hidup beliau semasa kecil telah dekat dengan Al-quran sebagai teman sejati.dari kecik lagi beliau dah menghafal nya.Seorang yang sangat mengambil berat dengan ilmu dan akhlak.
Antara sifat dan akhlak yang terpuji beliau,sepertimana yang diriwayatkan oleh Musa bin Rabah,"telah sampai kepada kami suatu ketika Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah memasuki suatu majlis tetapi terus duduk tanpa memberi salam.Lalu beliau teringat bahawa semasa masuknya tadi tidak memberi salam.lalu dengan pantasnya bangun semula dan memberi salam kepada ahli mjlis dan kemudian kembali duduk".
beliau juga seorang yang tinggi cita2nya...kata Umar,"diriku juga mempunyai kegemaran dan hobi tersendiri.semasa mula-mula sampai di Madinah dulu(semasa menuntut ilmu),aku masih kecil lagi.Setiap hari aku bergaul dengan budak2 Madinah.Kemudian aku berminat untuk belajar mengenai bahsa Arab dan sasteranya.Aku berjaya mencapai cita-citaku yang kukehendaki.Kemudian aku berminat pula dengan pemerintahan,lalu aku dilantik menjadi Gabenor Madinah,beberapa tahun lamanya.semasa menjadi Gabenor pula,aku bercita2 kepada pakaian cantik dan mahal2...Setahuku,tidak ada seorang pun daripada ahli keluargaku dan orang lainnya memiliki kelebihan sepertiku.Kemudian aku cenderung pula kepada persoalan mengenai hari Akhirat dan menjadi pemerintah yang adil.Akhirnya selepas itu, aku hanaya mengharapkan agar apa yang diminati dan digemari oleh diriku hanyalah perkara yang dpat memberi manfaat kepada akhirat ku dan aku tidak bergaul dengan mereka yang boleh merosakkan akhiratku dengan kepentingan dunia mereka...".
Khalifah Umar juga prihatin terhadap orang miskin.,belas kasihan terhadap binatang,dan sikapnya yang berhati2 di dalam menjaga harta negara,dan kesungguhannya membasmi maksiat.
beliau wafat pada hari Rabu,25 Rejab tahun101 Hijrah di suatu tempat bernama Dair Sam'an di wilayah Khunasirah dalam negeri Syam,ketika berusia 39 tahun .banyak lagi maklumat dan riwayat yang korang boleh cari ,semoga kita dapat ambil manfaat dan teladan darinya.....
p/s- sumber dari buku Khalifah Zuhud Umar bin Abdul Aziz.tulisan oleh Tn guru Hj Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Maliki..
fadhilat puasa Enam
Alhamdulillah...kite berjaya mengharungi bulan Ramadhan Al-mubarak dengan jayanya...melaksanakan salah satu rukun islam,berpuasa selama sebulan pada bulan berikut...berbekalkan amalan yang tak seberapa,namun cuba sedaya upaya memperbaiki dan meningkatkan lagi usaha...alhamdulillah jugak,aku berjaya melaksanakan tarawikh penuh(tapi 8...hmm,kene usaha g) 30 malam..dan syukur juga kerana diberi kesempatan untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga dan saudara-mara di kampung...dalam post kali ni,aku nak kongsi ttg fadhilat kita berpuasa enam di bulan Syawal...
berpuasa enam merupakan hadiah 'extra' dari Allah pada kita setelah berjaya mengharungi 30 hari di bulan Ramadhan..pada enam hari nie, menjadi amalan sunat mengerjakan puasa 6 hari dalam bulan Syawal...Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal mana2 kekurangan dalam amalan fardhu.
nak starting puasa enam tu kalo dah lewat agak payah sket,jadi elok dan molek kirenya kite laksanakan seawal yang boleh..takda paksaan..yang pihak pmpn,mane yang nak qada' pose 2,boleh sangat digantikan pada bulan Syawal nie,kerana depe dapat 2x ganda ganjarannya...nak qada' pose janganlah lewat,sampai nak sampai next Ramadhan baru nak ganti...huiii...tak mau g2..
akhir kalam...semoga kita smua sama2 mendapat rahmat dan petunjuk dari Allah SWT dalam mengharungi kehidupan seharian...
p/s- "Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam golongan orang yang merindui Ramadhan kerana kami sedar di syurga terdapat sebuah pintu bernama Ar-Rayyan yang tidak boleh dimasuki oleh sesiapa kecuali orang yang berpuasa saja. Kami juga sedar Ya Allah bahawa puasa merupakan benteng terkuat dari azab neraka. Oleh itu jadikanlah kami orang yang rajin mengerjakan puasa wajib dan sunatnya. Kau peliharakanlah kami dari azab api neraka yang tidak mampu bagi kami untuk menanggungnya.." Amin.
tak pose

5 rukun islam :
1. mengucap dua kalimah syahadah
2. solat lima waktu
3. puasa di bulan Ramadhan
4. menunaikan zakat
5. tunai haji di Makkah..
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Seumur hidup aku tak penah tgk orang tak pose depan2 aku..mungkin environment aku lebih dekat dengan org2 baik kot..huhu..aku x nk citer lebih2,cume nye...sebagai seorang yang mengaku die islam,tolonglah...tolonglah tunjukkan dirimu itu seorang yang islam...zaman kite dok skang ni zaman ramai org 'jahil' tentang agama,agama digunakn bile perlu..kalo tak tolak tepi...hurrmm...
Cara Berdiskusi Agama Yang Sebaik-baiknya
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. [‘Ali Imran 159] Dalam ayat di atas terdapat beberapa poin penting yang dapat kita kupas: [Poin 1] Hendaklah kita bersikap lemah lembut apabila berdakwah. Jika kita bersikap keras dan kasar, mereka akan lari dari kita. Berdakwah ada dua jenis, berdakwah kepada orang bukan Islam kepada Islam dan berdakwah orang Islam kepada Islam yang lebih sempurna. Jika kita berdakwah kepada orang ramai dengan kata-kata yang kasar tentang sesetengah amalan mereka, maka mereka akan meninggalkan kita, tak kira samada dakwah kita disertai hujah al-Quran dan Sunnah yang sahih atau tidak. Tidak kira samada bercakap yang betul atau salah. Perhatikan manhaj dakwah yang diajar oleh Allah kepada Nabi Musa dan Harun: "Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut". [Taha 20: 43-44] Di atas adalah manhaj dakwah kepada Firaun. Bagaimana pula manhaj dakwah sesama umat Islam ? Tentu lemah lembutnya adalah berkali ganda. [Poin 2] Hendaklah kita memaafkan. Dengan sikap ini di dalam hati nurani kita, kita akan dapat berbicara dengan sesama umat dengan baik lagi penuh hikmah. Ingat, walaupun kita sesama umat adakalanya berbeza pendapat, kita tetap adalah umat Islam yang dimaksudkan oleh firman Allah: Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat islam). [Fath 48:29] Sifat memaafkan adalah antara sunnah Rasulullah ketika berdakwah. Dalam sirah baginda, terdapat banyak contoh pemaafan yang diberikan oleh Rasulullah kepada orang yang menentangnya. Sehingga sifat maaf yang darinya lahir kelemah-lembutan dapat menarik orang yang pada awalnya menentang kembali mendekati baginda. Inilah yang dimaksudkan oleh Allah dengan firmanNya: Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. [Fussilat 41:34] Sekalipun terhadap orang-orang bukan Islam, sikap kita yang pertama ialah berlemah lembut kepada mereka. Perhatikan firman Allah: Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka): "Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu; dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri." [al-Ankabut 29: 46] Apakah yang hendak dibahas dengan Ahli Kitab kecuali persoalan ketuhanan, trinity dan kedudukan Nabi Isa ? Tetapi dengan isu sebesar ini sekalipun, Allah menyuruh kita berbahas……bukan sekadar cara yang baik, tetapi adalah lebih baik (ahsanu). Maka bagaimana pula dengan sesama umat Islam ? [Poin 3] Bermesyuaratlah, yakni kita berdiskusi. Kita sama-sama tahu bahawa banyak orang menolak sesuatu bukan kerana salah tetapi kerana mereka tidak tahu. Dan banyak orang mengamalkan sesuatu bukan kerana betul tetapi kerana sejak kecil telah diajar demikian. Kita juga tahu bahawa banyak orang enggan menerima sesuatu bukan kerana buta atau pekak tetapi kerana berat di hati untuk mengaku bahawa apa yang dilakukan selama ini adalah kurang tepat. Maka bagi menangani masalah di atas memerlukan banyak sabar, ilmu, dan al-Hikmah. Dan ketiga-tiga ini perlu kita terapkan secara berdiskusi. Yang utama ialah kita cuba rebut peluang untuk mendengarkan kepada mereka ayat-ayat Allah dan hadis-hadis Rasulullah. Kita sama-sama tahu, ramai orang yang tidak kenal al-Qur’an kecuali sekadar hiasan dinding, hantaran kahwin, amalan malam Jumaat dan nasihat serta peringatan kepada mayat. Hadis Nabi jauh lagi. Maka di sini menjadi kewajipan kita untuk berdiskusi, menyampaikan ayat-ayat al-Qur’an dan hadis Rasulullah, agar mereka faham apakah yang sepatutnya menjadi dasar dalam beragama. Perhatikan firman Allah kepada orang-orang Islam yang ketika itu diberi izin untuk sedia menyerang Kota Mekah kerana mereka mencabuli perjanjian Hudaibiyah: Kemudian apabila habislah (masa) bulan-bulan yang dihormati itu maka bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana sahaja kamu menemuinya, dan tawanlah mereka, dan juga keponglah mereka, serta tunggulah mereka di tiap-tiap tempat mengintipnya. Kemudian jika mereka bertaubat (dari kekufurannya) dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu). Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia sempat mendengar keterangan-keterangan (ayat-ayat) Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang ia beroleh aman. Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam). [at-Taubah 9:5-6] Jika dalam suasana menghadapi perang kita disuruh merebut kesempatan untuk menerangkan ayat-ayat Allah, maka bagaimana pula dalam ketenteraman sesama umat Islam? Jika kita menghadapi perbezaan pendapat dengan menghukum: itu bid’ah, itu salah, itu haram, maka ini bukan namanya berdiskusi. Berdiskusi ialah kita mendengar pendapat mereka, menyampaikan pendapat kita dan bersama-sama mencari kebenaran antaranya. Adakalanya mereka salah dan adakalanya kita salah. [Poin 4] Bertawakal kepada Allah. Perkara penting yang perlu kita ingat, berdakwah ialah menyampaikan, bukan memaksa orang menerima apa yang didakwahkan atau menghukum jika mereka tidak mahu menerimanya. Jika kita memilih dua yang terakhir di atas, dakwah kita yang asalnya adalah satu kebajikan akhirnya akan bertukar menjadi dosa ke atas diri kita sendiri. Jika kita telah menyampaikan tetapi mereka tidak mahu menerima, maka tugas kita selain bertawakal ialah berfikir, apakah silap dan kekurangan kita sehingga kita gagal ? Apakah yang boleh kita lakukan untuk beroleh kejayaan ? Kenapakah orang masih menjauhkan diri dari sunnah Rasulullah ? Adakah yang menjadi faktor penggagal itu sunnah Rasulullah atau sunnah kita sendiri dalam cuba menegakkan sunnah Rasulullah ? Adakah kita benar-benar mengamalkan sunnah Rasulullah secara keseluruhannya ? Adakah kita hanya mengamalkan sunnah dalam beribadah tetapi tidak dalam berdakwah ? Jika poin-poin di atas selalu kita praktikkan dengan baik, pasti rakan diskusi kita akan menerima apa yang kita sampaikan dengan baik, tanpa mengira sama ada dia adalah orang bukan Islam atau orang Islam sendiri. Sumber : ( Cara berdiskusi Agama yang Sebaik-baiknya.http://hafizfirdaus.com/)
An outcry of Ummah EP02
korang leh download kat youtube...
harap sangat2 korg sampai2kn kat muslim2 yg len eh...
an Out Cry of Ummah...
Ni la vid tuh..hayatila msg yg nk disampaikan...
Pada masa kita kat cini bertelagah sesama islam...
Asabiyyah sangat kuat...
Anak remaja terlalu ber sosial tanpa batasan...
Pemimpin saling kutuk mengutuk...
yg ditengah2 tak tahu mana nk ikut...
Sedangkan saudara di luar sana memanggil2...
Kite d mana???
--an out cry of ummah EP01--
as-solah....as-solah...
Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selama dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya. (Tabyinul Mahaarim)
Rasullah s.a.w. telah bersabda bahawa: Sepuluh solatnya tidak diterima oleh Allah s..w..t. antaranya:
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menginaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahanya dari melakukan perbuatan yang keji dan munkar.
Sabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud: Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah s.w.t. dan jauh dari Allah.