Tokoh Kimia



“Allah memberikan penghormatan kepada golongan yang suka mengkaji alam dan memanfaatkannya untuk mendekatkan diri kepadaNya. Allah menggelar mereka sebagai ulul albab dan hal ini amat signifikan bagi umat Islam. Ia merupakan rangsangan yang istimewa daripada Allah agar umat Islam mendekati alam untuk mengkajinya. Dengan itu ketakwaan mereka kepada Allah akan meningkat ”, Dr. Danial Zainal Abidin.(petikan dari mindasuper.com)

ABU BAKAR MUHAMMAD BIN ZAKARIYA AL- RAZI (864 -930M)

Abu Bakr Muhammad Bin Zakariya Al-Razi atau lebih dikenali dengan al-Razi merupakan seorang tokoh agung yang berasal dari Parsi dalam abad pertengahan. Beliau telah dilahirkan di Rayy berhampiran Tehran pada tahun 864M. Di awal kehidupannya, al-Razi begitu tertarik dalam bidang nyanyian dan muzik disamping bidang kerjaya yang lain. Tetapi disebabkan minat yang tinggi dalam ilmu pengetahuan maka masanya banyak dihabiskan dengan mengkaji ilmu-ilmu seperti kimia, falsafah, logik, matematik dan fizik. Walau bagaimanapun beliau lebih cenderung ke arah bidang perubatan yang sememangnya masa lapangnya banyak dihabiskan dengan mengkaji, belajar, berlatih dan menulis mengenai ilmu perubatan.

SUMBANGAN AL-RAZI DALAM BIDANG KIMIA

al-Razi juga amat mahir dalam bidang kimia. Ada yang menganggap beliau sebagai pengasas kimia moden. Beliau mencipta radas dan mencatatkan dengan terperinci iaitu lebih daripada dua puluh alat besi dan kaca. Pengetahuannya boleh diperhatikan dari amalan perubatannya. Beliau mengatakan bahawa seseorang pesakit yang sembuh dari sakit adalah disebabkan tindakbalas kimia yang terdapat di dalam badan. Beliau membahagikan bahan-bahan kimia kepada jenis-jenis yang lebih kecil. Logam ini dibahagikan menjadi jiwa, tubuh, batu, vitrol, borax dan garam serta dipisahkannya daripada benda-benda yang mudah meruap dan yang tidak mudah meruap.

Disamping itu al-Razi telah menolak konsep alkemi Jabir yang mana ia lebih mirip kepada ilmu batin dan sihir serta menolak konsep takwil Jabir yang membahagikan semua benda kepada zahir (yang diluar) dan batin (yang tersembunyi). Oleh itu al-Razi telah dianggap sebagai pengasas kimia moden. Sungguhpun begitu perkataan alkemi masih digunakan. Ini kerana menurut Nasr ilmu kimia dan alkemi adalah dua ilmu yang berasingan.

Dalam kajiaanya terhadap ilmu kimia, al-Razi pernah membuat asid-asid seperti asid sulfurik yang dinamakannya sebagai minyak vitrol. Ini kerana beliau telah membuatnya dengan memanaskan minyak vitrol hijau (hydrated ferrous sulphate). Selain itu beliau telah menggunakan alkohol dalam penyediaan ubat di mana alkohol ini dibuat melalui penyulingan kanji atau gula yang telah ditapaikan. Dalam masa yang sama juga, beliau berjaya menentukan graviti spesifik bagi banyak cecair dengan menggunakan alat timbangan yang khas dan menerangkan dengan terperinci kaedah-kaedah untuk meleburkan logam dan proses pengasingan secara pemejalwapan, penyulingan, penghabluran dan penapisan. Beliau juga ada menerangkan mengenai pelbagai alat radas kimia untuk tujuan pengujian kimia seperti bikar, kelalang, oven, lesung, lampu nafta dan pelbagai lagi.

Al-Razi dikatakan lebih baik dari segi penjelasannya terhadap proses-proses kimia dan peralatan kimia yang digunakan. Ini kerana pada masa itu terdapat ahli kimia yang mengklasifikasikan bahan-bahan mineral kepada 'badan-badan', 'roh-roh' dan 'spirit-spirit'. Sebaliknya al-Razi mengklasifikasikan bahan mineral ini kepada tumbuh-tumbuhan, haiwan atau mineral. Oleh yang demikian al-Razi telah dikenali sebagai orang pertama yang memperkenalkan penyediaan kimia dalam amalan perubatan.

Menurut H.G Wells (sarjana Barat terkenal), para saintis muslim merupakan golongan pertama yang mengasaskan ilmu kimia. Jadi tidak hairanlah sekiranya mereka telah memperkembangkan ilmu kimia selama sembilan abad bermula pada abad lapan Masihi lagi. Tokoh sejarah Barat, Gibbon juga berpendapat bahawa permulaan dalam bidang kimia dan perkembangannya adalah disebabkan usaha-usaha gigih yang dibuat oleh 'Sacarens' (muslim di Sepanyol).

0 Atom Bergerak :

Dari pena kimiadanaku

Semua post yang dibuat @ telah dibuat dalam laman ini hanyalah sekadar idea dan pendapat peribadi penulis. Tiada niat untuk menyinggung atau meniupkan sebarang bentuk provokasi, fitnah mahupun penipuan. Komen dan kritikan yang bernas amat dihargai.

Followers

dasdasdsadasdasdasdasdas

Rakan Paatz