fadhilat puasa Enam


Alhamdulillah...kite berjaya mengharungi bulan Ramadhan Al-mubarak dengan jayanya...melaksanakan salah satu rukun islam,berpuasa selama sebulan pada bulan berikut...berbekalkan amalan yang tak seberapa,namun cuba sedaya upaya memperbaiki dan meningkatkan lagi usaha...alhamdulillah jugak,aku berjaya melaksanakan tarawikh penuh(tapi 8...hmm,kene usaha g) 30 malam..dan syukur juga kerana diberi kesempatan untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga dan saudara-mara di kampung...dalam post kali ni,aku nak kongsi ttg fadhilat kita berpuasa enam di bulan Syawal...


Nabi Muhammad saw. bersabda,sanadnya dari Muslim... "Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, maka orang itu seolah-olah berpuasa setahun penuh."

berpuasa enam merupakan hadiah 'extra' dari Allah pada kita setelah berjaya mengharungi 30 hari di bulan Ramadhan..pada enam hari nie,
menjadi amalan sunat mengerjakan puasa 6 hari dalam bulan Syawal...Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal mana2 kekurangan dalam amalan fardhu.

nak starting puasa enam tu kalo dah lewat agak payah sket,jadi elok dan molek kirenya kite laksanakan seawal yang boleh..takda paksaan..yang pihak pmpn,mane yang nak qada' pose 2,boleh sangat digantikan pada bulan Syawal nie,kerana depe dapat 2x ganda ganjarannya...nak qada' pose janganlah lewat,sampai nak sampai next Ramadhan baru nak ganti...huiii...tak mau g2..

akhir kalam...semoga kita smua sama2 mendapat rahmat dan petunjuk dari Allah SWT dalam mengharungi kehidupan seharian...


p/s-
"Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam golongan orang yang merindui Ramadhan kerana kami sedar di syurga terdapat sebuah pintu bernama Ar-Rayyan yang tidak boleh dimasuki oleh sesiapa kecuali orang yang berpuasa saja. Kami juga sedar Ya Allah bahawa puasa merupakan benteng terkuat dari azab neraka. Oleh itu jadikanlah kami orang yang rajin mengerjakan puasa wajib dan sunatnya. Kau peliharakanlah kami dari azab api neraka yang tidak mampu bagi kami untuk menanggungnya.." Amin.

0 Atom Bergerak :

Dari pena kimiadanaku

Semua post yang dibuat @ telah dibuat dalam laman ini hanyalah sekadar idea dan pendapat peribadi penulis. Tiada niat untuk menyinggung atau meniupkan sebarang bentuk provokasi, fitnah mahupun penipuan. Komen dan kritikan yang bernas amat dihargai.

Followers

dasdasdsadasdasdasdasdas

Rakan Paatz