Nisbah guru mesti diseimbang

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran akan mengambil kira kelebihan tertentu calon lelaki dalam mempertimbangkan permohonan mereka memasuki profesion keguruan, bagi membantu mengimbangi nisbah golongan itu dengan bilangan guru wanita yang semakin ramai.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, berkata penilaian terhadap calon lelaki yang mahu menyertai profesion keguruan itu akan dibuat bukan hanya berdasarkan merit pencapaian akademik, tetapi turut mengambil kira aspek lain.

Katanya, keseimbangan nisbah guru perlu bagi membolehkan pelajar bukan saja memperoleh bimbingan guru wanita yang diibaratkan seperti ibu yang mampu menyentuh naluri, khususnya dalam menangani kes disiplin tetapi juga mendapat didikan guru lelaki sebagai model ayah.

“Justeru, bagi calon lelaki yang agak kurang segi pencapaian akademik, kementerian akan mempertimbangkan permohonan mereka dengan memberi penilaian kelebihan kokurikulum.

“Kementerian juga mengambil kira lokasi calon berkenaan yang mungkin memerlukan penempatan guru lelaki, terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Artikel dari sumber= Berita Harian


Komen...! Komen..! Komen...!

3 Atom Bergerak :

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

ku patut kata setuju ker tak nih?

banyak sgt songeh kementerian skang nih...

dah la tukar semua sekali jadik BM semula..

alahai...

pening2~

cikgu lelaki banyak pon ok gak...

if ada kes bergaduh2 cam aritu, bleh jer lanyak beramai2...

baru meriah...

hahaha~

cikgu_eya said...

hoho... maksudnya apa? yang lelaki semakin senang ar nak teruskan pengajian. Yang perempuan, persaingan semakin hebatt.. ^^

paatz said...

haha...g2 la gamaknye maksudnya...wpn senang...lelaki kene tunjuk depe blh diharap...hihi...tang yang gado2 kat sek 2,cikgu laki die baran,kene ade jga ckgu pmpn,bg cool kan keadaan..kui3..ap2 pun cek n balance

Dari pena kimiadanaku

Semua post yang dibuat @ telah dibuat dalam laman ini hanyalah sekadar idea dan pendapat peribadi penulis. Tiada niat untuk menyinggung atau meniupkan sebarang bentuk provokasi, fitnah mahupun penipuan. Komen dan kritikan yang bernas amat dihargai.

Followers

dasdasdsadasdasdasdasdas

Rakan Paatz