Showing posts with label Muhasabah. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah. Show all posts

Hati-hati bila Berkata



Kerana mulut badan binasa


Salam semua.. Paatz ingin berkongsi pendapat dengan semua tentang kata-kata.Bila mana dirinya manusia,pasti mampu ia berkata-kata.Ada ketika kata-katanya manis,sopan,santun...namun boleh berubah menjadi kata-kata yang kotor dan jijik..sekelip mata..

Semakin Maju

Teknologi makin kehadapan,begitu mudah mengakses sebarang maklumat dan bahan tanpa sempadan.Hubungan sesama manusia diikat lebih 'mesra' dengan MukaBuku dan AngkasaKu.Ditambah lagi,punya blog peribadi...Bebas meluahkan perasaan dan pendapat.Bahayanya...bilamana semakin ramai dari kita gagal mengawal kata-katanya.Tambah bahaya,memperkatakan sesuatu isu atau pendapat mereka atas nama agama.

Tak salah.Cuma perlu berhati-hati apabila memperkatakan sesuatu,lebih-lebih lagi tentang agama,agar islam itu sendiri tidak tercemar lalu disalah erti.Sedar diri ini masih lagi kurang arif(jauh lagi...),Paatz dengan rasa rendah diri menyatakan laman Kimiadanaku hanyalah pendapat peribadi Paatz sendiri,tentang apa yang Paatz perhati...


p/s-kata-kata yang tidak baik lebih dapat 'reaksi'...kenapa ek?

Berikan komen korang,tekan saja Atom Bergerak dan Paatz pasti seronok berkongsi dengan korangSmile18.com

Tapis Maklumat



Ini dipanggil Penapis Buai

Tapis..

Apa yang kau dapat,Tapis..
Kau ada terima? Betul?Tapis dulu..
Kau terjumpa? Percaya?Tapis dulu..

Fakta...persepsi...pendapat...kritikan...pandangan...Rekaan...

Dunia maya ibarat langit yang meluas...Banyak perkara kita boleh dapatkan.Semua urusan tidak kira perniagaan,hiburan,politik,isu hangat,pendidikan,laman sosial,waima yang satu warna pun boleh cari.
Rata-rata masyarakatnya sudah bijak IT.Teringat lagu promo pasal IT,sayang IT,guna IT...Namun,adakah kita berjaya menggunakan kemudahan IT ini sebaik-baiknya?

Penapis!
Sangat perlu...

Maklumat yang diperolehi bukan 100 peratus tepat.Perlukan penyaringan dan analisis.Akal fikiran yang dikurniakan gunakan sebaiknya.Cantik lagi jika berpandukan Al-quran dan Sunnah.Lakukan pertimbangan dan bukannya terima bulat-bulat.

Berkawan dengan rakan maya?boleh...tapi pastikan ketahui latar belakang dirinya.Tapis.. elakkan dari menjadi bahan utama akhbar dan tabloid harian,dek kerana 'dilarikan' atau pun 'dikerjakan' oleh kawan maya...

Perlu bijak buat pertimbangan dan berhati-hati bila berada dalam alam siber. Ramai yang dah tertipu,teraniaya,ternoda,tersalah,tersilap,
terlajak,terperangkap...Jadi,Tapis elok-elok...

p/s-terkadang bocor juga 'penapis' Paatz...perlu segera diganti

Berikan komen korang,tekan saja Atom Bergerak dan Paatz pasti seronok berkongsi dengan korangSmile18.com

Pegang JANJI ku~



Aku Janji~~

pukul bape?

4 petang nanti eh

ok
~ ~ ~ ~ ( 6.45 ptg)

ko janji dengan aku ni 4 petang ke 4 pagi esok???!!

hehe...besela,janji melayu

ko ni...

*********************************

JANJI..mudah ditabur,tapi payah nak dikotakan sekiranya sikap tak pernah nak berubah.Paatz? Dulu,tak dinafikan seorang yang tak tepati janji.Sikap sambil lewa ni la kadang-kadang buatkan kawan-kawan kurang senang dengan pe'el Paatz ni.
Setelah ditegur,barula Paatz dapat ubah perangai buruk ni...isk3..jangan tiru macam saya

Bila mungkir janji,1001 alasan akan keluar...sesiapa pun akan sakit hati bile orang tak tepati janji..Yela,orang cakap tak serupa bikin loo.JANJI adalah sebuah komitmen,dan komitmen haruslah 100 peratus.Barula orang senang dengan kita.

Dalam kehidupan ini kita akan kerap kali berjanji walaupun kadang2 tu kita tahu yang kita tak mampu nak tunaikan janji tu.Parah-parah..jangan berJANJI kalau tak boleh tunaikan.



Lautan api pun abang TAK sanggup redah

Yang berkapel,...lagila banyak janji-janji die.betul kan?? heh,jari telunjuk tuju kat orang,jari lain tuju kat Paatz balik..ngeee. Tak perlu agaknya tabur janji selalu,cukupla mendoakan semoga jodoh ada dengan si dia dan doakan kesejahteraan bersama.

Bagaimana pula JANJI kita dengan ALLAH?



Ingat JANJI kita yang 5...sejadah berdiri?erm..dirikanla SOLAT



“Dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti dimintai pertanggungjawabannya.” (Al-Isra`: 34)

Tepati JANJI kamu,tekan saja Atom Bergerak dan Paatz pasti seronok berkongsi dengan korangSmile18.com

Analisa



Analisa siapa kita


Analisa diri kita...

Adakah mengucap kalimah syahadah
Solat lima waktu puasa, zakat
Pergi ke Mekah tunaikan haji
Telah dikira Muslim sejati

Sedangkan sembahyang tiada kekhusyukan
Puasa dikerja banyak kekurangannya
Keluarkan zakat kerana terpaksa
Tunai Haji untuk pangkat dan nama

Kita mengaku adanya Tuhan
Namun larangan tetap dilakukan
Ada malaikat kiri dan kanan
Tidak diendah akan kehadiran

Percaya Rasul dan para nabi
Sunnah mereka tidak dituruti
Quran dibaca tiada penghayatan
Intipatinya tidak diamalkan

Hidup akhirat engkau yakini
masih mengejar nikmat duniawi
Qadha dan Qadar telah ditentukan
Ditimpa musibah
hilang redha dan kesabaran


Tanyalah diri KITA...

lirik lagu asal : Analisa ( Shoutul Amal )

p/s- Buat semakan diri sendiri...


Mari sama-sama muhasabah,tekan saja Atom Bergerak dan Paatz pasti seronok berkongsi dengan korangSmile18.com

iNTERpreTASI



Jiwang? Nah..setiap kita punya rasa.


Buat pengunjung dan rakan-rakan blogger...
Cuba interpretasikan perkataaan-perkataan ni mengikut pemahaman korang...

minat---suka---kagum---cinta---sayang

Dan...

Sebagai hamba NYA, sejauh mana kita mekarkan cinta dan sayang kita pada NYA?

p/s-Cinta Ilahi Cinta Abadi...

Interpretasi kamu pasti berbeza,tekan saja Atom Bergerak dan Paatz pasti seronok berkongsi dengan korang Smile18.com

Ayah Dia 'Buaya' ! Sungguh !



Petikan dari Sinar Harian


Ayah dia memang buaya ! Sungguh!

Paatz tak tau nak kata apa, bile tengok berita ni..sedih,marah,geram...tak patut si ayah menoda anaknya sendiri! kau diberi amanah memimpin,menjaga,melindungi keluarga mu ..Ibarat bunga yang cantik kau tanam bertahun-tahun,kau jaga,sekarang kau siram dengan racun pemusnah pulak?Puas hati agaknya melihat bunga tu makin layu dan mati..yang takkan diusik seekor lebah pon..

Ayah dia memang buaya ! Sungguh!

Nafsu menguasai diri..itulah jadinya..bila mana kewarasan akal dan syariat kau tolak tepi ( mungkin juga kau buang terus), nafsu mula merantai dan mengajak kau ke arah keburukan...Tapi,kenapa kau tak sedar?Manusia yang kau hancurkan itu anak kau?! Permata kepunyaan kau sendiri!

Sedarlah...kembalilah kepada fitrah.Janganlah diperlakukan sebegitu ke atas anakmu lagi.

Ayah dia bukan 'buaya'
Ayah dia manusia biasa...Bertaubatlah...



Jadilah HERO buat anak-anak


"Wahai Tuhan kami, jadikanlah pasangan kami dan zuriat kami penyejuk mata (melakukan perkara-perkara yang menyukakan hati apabila melihatnya) dan jadikanlah kami imam (ketua) bagi orang-orang yang bertaqwa)..."

Patut ke tak seorang Ayah buat camtu??!,Smile18.comtekan saja Atom Bergerak dan Paatz pasti seronok berkongsi dengan korang

Musibah Dunia



Kejadian Gempa Di Padang.




Kemusnahan Di mana-mana...



Tiada Apa Yang Tinggal



Kami Mohon PerlindunganMU



Taufan Ketsana Di Filipina



Tsunami Di Kepulauan Samoa



Musnah Dalam Sekelip Mata


”Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya.”
(At-Taghabun: 11)


“Dan (ingatlah kisah) Dzun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahawa kami tidak akan mempersempitkannya (menyulitkannya), maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: ”Bahawa tidak ada Allah selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.” Maka Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya daripada kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman.” (Al-Anbiya: 87)

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka ayat-ayat Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa ia adalah hak/benar.” (Al-Fussilat: 53)

Adik: Along, Malaysia tak pernah kene gempa bumi kan?
Along: Tak Pernah..kita di luar Lingkaran Api Pasifik.Jadi kita takkan kene dik...
Adik: Tapi kalo Allah nak turunkan pada kita boleh kan?
Along:Na'uzubillah..Dia Maha Kuasa dik..mohon perlindunganNya.

Doakan Kesejahteraan Mereka,Tekan saja Atom Bergerak Kongsi pendapat korang dengan PaatzSmile18.com

Otak System Tools


Psiko2...duit datang...

Salam hari minggu..entri seterusnya Paatz nak berkongsi dengan semua akan kepentigan berfikir..fikir tentang apa?apa2 saje.otak manusia ibarat 'komputer' atau patut Paatz cakap super duper komputer..komputer kita kene selalu defrag dan buat disk cleanup supaya files2 dan registry dalam komputer tak slow.kene ade antivirus yang kuat bagi menghalang anasir2 jahat yang muncul.bile keadaan teruk sangat,maka bolehla kita memformat,mengembalikan keadaan fresh komputer kita.suci bersih...kui3...Namun komputer tak sama seperti otak kita yang ternyata berkali ganda hebatnya..pengendalian dan penjagaan yang teramat rapi wajib dilakukan selalu...camne Paatz?

Banyak cara kita boleh buat maintainence kat otak kita...sebenarnya tiap2 hari otak kita bekerja dengan sangat rajin..dan bebanan kerja boleh membuatkan otak kita jadi error..huih, error ??? betul3...nak2 lagi zaman kita sekarang tersangatlah globalisasi nya..internet,cakap aje ko nak cari ape...terus dapat...info2 dan maklumat boleh didapati dengan banyak,dari sumber yang pelbagai.



Otak perlu dijaga...


Jadi , nak tak nak otak kita (termasuk Paatz) perlu sentiasa dijaga..fizikal dan spiritual..kat sini Paatz nak kongsi beberapa tips yang boleh dicuba ;


1) Selalu latih otak kita

latih otak kita sekali sekala dengan perkara yang tak pernah dibuat...maksud Paatz perkara yang baru.Pengalaman adalah guru yang baik untuk kita...


2) Sentiasa mencari sumber2 ilmu yang bermanfaat

ilmu ade pelbagai...carila sebanyak mungkin ilmu yang bermanfaat supaya kita sentiasa 'up to date'...dengan cara ni,kita taklah dicop sebagai katak dibawah tempurung...(kenapa mesti katak..)

3) Sikap kritikal

yang ni Paatz kureng sket...dari apa yang dikatakan kawan2,Paatz ni jenis 'semuanya ok...semuanya boleh..'..(buka pekung?)...sikap kritikal perlu sebenarnya supaya kita sentiasa melihat terlebih dahulu kesan dan akibat sesuatu perkara, dan kita lebih memikirkan rasional tindakan dan pendapat kita..

4) Sentiasa berimaginasi

hehe...angan2 Mat Jenin yang menjadi...bukan angan2 saja tau...bile otak kita berimaginasi,kita akan terdorong untuk mencapai imaginasi kita tu..ala...tengok balik zaman kanak2 kita smua...penuh dengan imaginasi dan angan2 kan?
CITA-CITA SAYA NAK JADI...Gaban???

5) Muhasabah diri

tiap2 hari dan waktu wajib kita muhasabah..apa juga perkara dan tindakan yang dah kita buat,baik atau buruk kita kene 'check' balik.korang perasan tak, kadang2 bile kita fikirkan tentang kebaikan yang pernah kita buat,mesti tibe2 timbul rasa agak bangga diri kan?wahh...hebatnya aku...baiknya aku...Ops! itu bukan cara muhasabah yang baik..jangan selalu sangat ingat dan ungkit perkara yang baik kita buat...nanti rase diri kita lebih baik dari orang lain.Pastu nanti jadi MALAS nak buat baik...adoi...Paatz slalu camni...bagi paatz,kawan2 dan orang di sekeliling kita boleh jadi cermin yang baik untuk diri kita...muhasabah diri mesti ada susulan nya...maksudnya mesti ade timbul penyesalan dalam diri atas kejahatan yang dilakukan..dan sentiasa berfikir kebaikan yang ingin kita lakukan...

setakat tu kot yang Paatz nak KONGSI dengan korang...kalo ade tips2 lain nak kongsi , janganla segan2 gitau ek! ok...


Berikan komen korang,tekan saja Atom Bergerak dan Paatz pasti seronok berkongsi dengan korangSmile18.com

Pembunuh Kucing Bersiri


Paatz...aku dah penat posing ni..

salam semua...sihat?entri kali ni Paatz nak kongsi cerita pasal pembunuh kucing bersiri...selalu kita dengar pembunuh bersiri,peragut bersiri,perogol bersiri...la ni ade pulak pembunuh haiwan bersiri???erk....bape season die nak wat?kenapala binatang yang paling comel dan manje tu dibunuh?dah puas bunuh orang ka?tak paham tak paham...

Kejadian takde perasaan belas ni berlaku di Amerika sane tu, selatan Florida dimana lebih kurang 9 ekor kucing disembelih dan dibunuh...ayyoo...tak cukup dengan tu, muka dan telinga kucing di TOREH....ulang perkataan TOREH...dua tiga hari kemudian, 5 ekor kucing di rosakkan lagi...kulit kucing tu ditanggalkan oleh si pembunuh kejam ni dan dibiarkan begitu saja...

Hari-hari minggu sudah tak selamat lagi bagi tuan punya kucing nak bawah haiwan peliharaan diorang bersiar2..takut diapa2kan oleh pembunuh ni..kejadian ni berterusan lagi sampaila pihak berkuasa memberi ganjaran pada sesapa yang dapat menangkap si pembunuh ni ($2500 US Dollar...darab 3= bape ek?)

Dan akhirnya, pembunuh kucing bersiri itu berjaya diberkas...korang nak tengok rupa si pembunuh kejam ni???ni haa...

Kijamnye ko..


Nama beliau, Tyler Weinman,anak kepada seorang doktor gigi...dan kes masih lagi dibicarakan...mereka mendapati Tyler tak bersalah,dan pembunuh bersiri sebenar masih lagi bebas..

ok,tutup cerita di luar sana tu, cube korang bayangkan(sape yang ade kucing la kan)... kucing kesayangan korang dibunuh sebegitu rupa?sedih kan?sakit hati?geram?marah?

sebagai orang islam,kita wajib memelihara dan berbelas kasihan pada semua makhlukNYa...tak kira la manusia atau haiwan.sayangi diri,sayangi keluarga,kawan2...sayangilah juga persekitaran kita...perggh...Paatz takleh bayangla camne punye kijam ini olang...takde hati perut paru2 pankreas betul!!!

p/s-sahabat Rasulullah bertanya: "Dapat pahalakah kami menyayangi haiwan-haiwan ini? Jawab Rasulullah s.a.w: "Menyayangi setiap makhluk hidup itu adalah berpahala." (Riwayat Muslim)

Berikan komen korang,tekan saja Atom Bergerak dan Paatz pasti seronok berkongsi dengan korangSmile18.com

ketika Cinta Bertasbih


Cinta bertasbih

Bertuturlah cinta mengucap satu nama
Seindah goresan sabda-Mu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih mengutus hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku pada-Mu

Bisikkan doaku dalam butiran tasbih
Ku panjatkan pintaku pada Maha Cinta
Sudah diubun-ubun cinta mengusik rasa
Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit

Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta

Cinta…

Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta
Ketika cinta bertasbih

Berikan komen korang,tekan saja Atom Bergerak dan Paatz pasti seronok berkongsi dengan korangSmile18.com

Jalan Pulang



ketenangan dicari


Salam....tengah malam yang dingin...tenang ...Paatz buka laptop..
mencari2 folder lagu yang tak pernah berusik...sekadar mengambil dari rakan pastu simpan...
"eh,nasyid...lama aku tak dengar..asyik dengar yang lama2 je..."
dari kumpulan Syifa'(album pertama),"JALAN PULANG"...
hadiah paatz untuk korang...jom dengar...




Di Sepertiga Malam
Terimbau Kisah Lama
Di Sudut Mata Hati Terlintas Segala

Noda-Noda Yang Lalu
Bagai Laut Tak Bertepi
Takut Mencengkam Diri
Di Mana Jalan Kembali....
Haa... Haa..

Cinta Ku Pada Mu
Walau Jauh
Tersimpang Terkandas
Tetap Ku Mencari

Cinta Mu Pada Ku
Tunjukkanlah Jalan Pulang
Lebarkan Lembayung Rahmat Mu
Dengan Cahaya Iman Mu
Oh Tuhan?

Ya Allah... Ya Tuhan Ku...
Bagaimana Harus Ku Tebus Dosa-Dosa Ku
Tak Sanggup Aku Menjadi
Daun Kering Ditiup Angin
Di Padang Masyhar Mu Oh Tuhan

Ya Allah... Ya Tuhan Ku...
Sucikanlah Titik Hitam Di Dalam Jiwa Ku
Tak Sanggup Aku Menjadi
Daun Kering Ditiup Angin
Di Padang Masyhar Mu Oh Tuhan

Taubat Ku... Terima Taubat Ku
Ampuni Dosa Ku
Agar Dapat Ku Mencari Jalan Pulang...


kalo suka,download la lagu ni,oh ye..ade satu lagu baru dari Syifa' juga, Seri Hati...menarik juga lagu die..nak lagi??beli album..original tau...

muat turun ;


Jalan Pulang (syifa'01)

Seri Hati (album baru)

"Jangan Kau bolak-balikkan hati kami...."



Salam...entri untuk semua...bukan mahu menyebar fitnah,mengata...tapi sebagai peringatan buat diri dan kawan2 bloggers semua...

Al Quran surah Ali Imran (3: 8) Allah berfirman yang bermaksud :

“ (Mereka berdoa), Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk. Kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau, karena sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (kurnia) “...

Aku jengok2 blog kawan2 tadi...terjumpa entri gempar...berkenaan bekas vokalis Saujana, Khairul Idzuan masuk OIAM 3.. oh..cam Faizal la kot...tapi bila aku bace g entri nya...aku kaget..tak percaya pun ada...betul ke ape yang aku baca...aku search kat youtube, buka 8tv punye site..betul dia...tak tahu nak kate apa...cuma sama2 berdoa agar saudara idzwan diberikan hidayah...

aku takut dan bimbang orang luar sana berkata...

"kenapa aku tak boleh buat? budak pakai tudung pun g clubbing !!"

"Apelah sangat pakai tudung ni...tengok si !@#$$..."

"Alim olok2 je die....2 kali 5 jeee..."

"elok2 berkopiah ...skang wat rebonding lagi..."

ni statement yang aku copy dari site portal Saujana;


Sesiapa sahaja pasti terkejut mendengarkan berita menyaksikan kisah yang terpapar di media mengenai sahabat kita, Khairul Idzwan Baharin. Kalau anda sedih, bayangkan apa pula perasaan sahabat-sahabat Saujana, ahli keluarga, malah guru-guru di SMAP Kajang. Bukan kepalang.

Kami dihujani komen dan panggilan bertanyakan reaksi dan respon. Wartawan, teman, peminat, keluarga. Tapi jawapan kami terbatas. Kami sendiri sudah hampir tiga tahun tidak bertemu Izu. Kalaupun berjumpa, hanya di talian atau SMS. Berita yang kami dapat pun melalui kawan-kawan yang tidak ketahuan kebenaran khabarnya. Jadi, mungkin Izu ada alasan tersendiri mengapa begitu jadinya. Kami mohon maaf sekiranya Izu telah melukakan hati kalian. Apapun, marilah kita sama-sama doakan semoga Allah sentiasa di sisi untuk membantu dan memberi hidayah. Janganlah menghitung, kerana Allah itu sebaik-baik penghitung. Janganlah mengeji, kerana Allah jualah yang membalas nanti. Kerana doa itu senjata mukmin, maka doa jualah penawarnya.

Saujana takkan berhenti...





p/s- jagalah hati...jangan kau kotori...

Kita Selalu Bertanya...

Kita selalu Bertanya dan Al-Quran sudah menjawabnya

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB:
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg
beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU HAJATKAN?

QURAN MENJAWAB:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka
tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum
mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan,
sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB:
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di
daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The
Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai
kemenangan). "

KITA BERTANYA LAGI: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB:
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB:
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka
dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB:
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya
kepadaNya aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB:
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya
tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

Akhirnya...


Salam...apa khabar semuanya?harap sihat sejahtera...hanya tinggal beberapa hari saje lagi kita akan melangkah ke tahun baru...tahun baru Hijrah,1430 dan juga tahun masihi,2009...macam bese,memasing akan menanam azam dan tekad baru setiap kali hujung tahun...nak cari duit byk2,nak blaja rajin2,nak kumpul tu kumpul ni,macam2la kan...Azam aku?hmm...

JUJUR..aku sejak hbs sekolah menengah tak penah pasang azam baru...err?habis ko watpe?takkan takde azam?tekad baru?yaa..aku tak buat...sebab bile aku wat...aku tak TEPATI..apa guna aku berjanji pada diri sendiri andai aku mungkiri?


Untuk Pembaca Kimiadanaku Sekalian...huhu..amek yer..

Jadi...ko takde semangat baru la Paatz ?

ish3...bagi aku,setiap hari bangun tido aku mesti ada semangat baru,azam baru..bukanlah tunggu akhir tahun aku kumpulkan semua perkara yang aku tak dapat laksanakan tahun ni,di bawak ke tahun depan..

habis ko tak nak muhasabah Paatz?

eh...mestila nak...malah kita sebagai umat yang mengaku islam wajib bermuhasabah...setiap kali...hmm..dan antara langkah mudah untuk bermuhasabah, sentiasa ingat-mengingatkan sesama kita...dan, penting sekali (kelemahan aku), kita harus terima pandangan dan teguran orang len pada kita...terima seadanya kekurangan kita...bersyukur atas kelebihan yang diberi..barulah hidup lebih bererti...chewahh...ehem2..tapi itu benda betul...jom kita KONGSI

Pada mereka yang berazam...sunguh2 ye capai dan usaha ke arah matlamat korang tu!Aku doakan korang berjaya dunia akhirat...insyaAllah...^-^


p/s- mantan PM kita penah kate..."Orang Melayu Marah Kalau di Tegur Kesalahannya, kerana mereka tidak mahu atau sengaja tidak mahu menoleh kebelakang, maka dengan sendirinya mereka susah akan berubah walau banyak mana sekali panduan yang sedia ada...",Tun Dr Mahathir..


Aku Mahu Belajar Lagi



Salam semuanya...sihat?harapnya camtu la kan..hari minggu ni tak tau nak watpe..so update entri la eh..dah lama terfikir nak wat entri ni,tentang ilmu,mmm slalu dah kita dengar,tengok,baca...cuma dalam entri ni aku nak kongsi dengan korang kepentingan ilmu kehidupan...erk,ilmu kehidupan?takde dalam KBSM pun,kat U subjek Etika adala...apa ni?ajaran ayah Pin ka?

Kui3..jangan2..nnt orang kate Paatz bagi ajaran sesat lak..Pada aku,ilmu kehidupan boleh ditakrifkan (suka ati Paatz je..kui3) sebagai ilmu yang diperolehi secara tak formal..melalui ilmu2 ini kita dapat mengenal kehidupan..kehidupan apa yang kau maksudkan?apa tak cukup ke apa yang aku blaja kat sekolah?dah tercapai pun cita2 aku nak jadi doktor,lawyer,cikgu,usahawan berjaya,mahupun ahli muzik???belum cukup kalo kita tak manfaatkan sebaiknya...dan ilmu kita tak pernah cukup..setitis air yang menitis yang kita celup kat lautan,tu je lah ilmu yang kita ada..Hanya DIA yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana..

Dengan ilmu,kita dapat kenal kehidupan...dengan ilmu kita lebih mensyukuri nikmat..dengan ilmu kita dapat memperbaiki diri...pepatah arab ada menyebut, "Ilmu yang tak diamalkan,ibarat pokok yang tak berbuah..."

Orang boleh kata,walaupun ia tak berbuah,namun dapat dijadikan tempat berteduh,sumber oksigen pada manusia...Tapi kan lebih seronok kalo buah yang 'dihasilkan' itu dapat memberi manfaat yang lebih kepada manusia...manusia dapat makan buah tu kan?dan jika hasilnya banyak,boleh dijual...inilah yang aku nak kongsi dengan korang...ILMU yang kita perolehi,walau apa ilmu sekalipun, kalo kita sampaikan pada orang lain, kita gunakan sebaik2nya ilmu tu,pasti akan diberkati...

Umum kita semua tahu, Kehidupan di sini hanya sementara, kita ber'cucuk tanam' disini..hasilnya kita akan dapat nanti..InsyaAllah..terpulang pada interpretasi memasing kehidupan apa yang kita cari kat dunia ni...kita nak jadi doktor,blaja ilmu kedoktoran...maka kau dapatlah jadi doktor..nak jadi usahawan?blaja bidang perniagaan misalnya..jadilah kau..Jika kau kejar erti kehidupan yang sebenar?

p/s- Apa yang ada...jarang disyukuri..apa yang tiada,sering dikesalkan...Dunia ibarat air laut...
Diminum hanya menambah HAUS....

aku merujuk : Ilmu syarat utama kenali kehidupan , Adab menuntut ilmu




Afgan : PadaMU Bersujud




Salam..Entri kali ni mengajak kita bermuhasabah diri semula,sentiasa ingat pada Pencipta...Tuhan yang Maha Agong..PadaNya kita menyembah..dan hanya PadaNYa kita mohon pertolongan...Oleh itu kawan2,jangan kita tinggal solat...Jangan meringan2kan solat, dan jangan kita sekali2 meLENGAHkan SOLAT..“Solat yang lima menghilangkan dosa sebagaimana air menghilangkan daki.” (Muslim) Solat itu tiang agama. Solat penghapus dosa. Untuk berjaya, solat kita perlu dipelihara. Bukan sahaja diberi pahala, malah kelebihannya dirasai di dunia.
Terimalah dari Afgan,'PadaMu Bersujud'...buat halwa telinga kawan2 sekalian..^-^










Kumenatap dalam kelam
tiada yang bisa kulihat
selain hanya namaMu, ya Allah

Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari
segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud

~{}~

Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari
segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud
padaMu

ooOOOoo





muat turun

p/s- Nah..ini buah tangan aku pada diri dan kawan2 ku semua...


yok..kita solat bila tiba waktunya


update : ni lagu Afgan yang lain,duet dengan Nagita Slavina(bole layan..)
Yang Ku Tahu Cinta itu Indah







Tak pernah aku membayangkannya
Bila insan sedang patah hati
Kali ini ku rasakan sesungguhnya

Reff:*
Siang hariku bagaikan malam
Pelangipun berwarnakan kelam
Inikah yang dinamakan patah hati

**
Tak ingin kujalani cinta yang begini
Yang kutahu cinta itu indah
Tak ingin kurasakan jiwa yang tak tenang
Kumau kau tetap disisiku

Back to Reff:* & **

Dan tak ingin kurasakan jiwa yang tak tenang
kumau kau tetap disisiku

Siang hariku bagaikan malam
Pelangipun berwarnakan kelam

Erti KOrban

salam....'Paatz' ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat mereka yang beragama islam.Hari ni alhamdulillah taman tempat aku tinggal dapat juga melaksanakan ibadah korban walaupun hujan turun dari awal pagi tadi...memang lenjan kami sume...sebanyak 5 ekor lembu dikorbankan...dan aku buat pertama kalinya dapat melakukan 50% daripada proses melapah.(selama ni tgk dan tolong hantar).Pengalaman wat kami anak2 muda katenye...



sebelum tu,di masjid selepas waktu solat sunat,khatib sekali lagi menyampaikan khutbah dengan berkesan sekali...walaupun isi khutbahnya sama seperti khutbah sebelum ini,namun pengorbanan yang dilakukan oleh nabi Allah Ibrahim dan keluarganya diungkai dengan panjang lebar,menusuk hati,sampai sayu dan tersedu2 khatib menyampaikan..mesejnya sampai..'apakah pengorbanan kita sudah lakukan untuk ISLAM?...jangan sampai leka dengan nikmat dunia dan kesenangan'

pukul 10.20 pagi,penduduk Taman KOta Cheras berkumpul kat padang dalam keadaan hujan renyai..disini beberapa gambar yang dapat aku kongsi dengan korang...settle suma dalam pukul 3 petang...


Lembu pertama dikorbankan....Allahuakbar




"die lambat nak 'habis'...sejuk ni..."




yang kedua ....



"orang muda!!!g wat keje lak...takkn amek gambar jek.."


organ dalam cam usus,perut tak ramai yang nak...terkejut org
aku nak amek part ni..kui3




yeahh...wak nak wat sup tulang...


5 ekor x 4 kaki = 20...eh mane lagi???


sedia untuk dihantar...haaa...orang muda!!!jangan lari

p/s- sediakan dirimu untuk berkorban pada agama ...

Air Mata Seorang Lelaki ep:01


Sendiri dan diam
Kelam nan indah tak jua bertambah tapi suram

Namun karena yang ada tampak jua menggelora
Bergema nuansa haru biru menyembulkan nestapa diraga rasuki jiwa

Airmata itu bagai senja, dingin yang akan melanda
Tiada lupa juga setitik asmara dari dosa yang bernoda
Kehampaan dan kehinaan dijalan yang ada
Ketika saat tampak sesat menuju arah didepannya

Airmata yang tak diusapnya, berubah warna dan harapan
Jauh menyentuh dingin hati terkenang kini dengan sesalan
Lelaki airmata menatap asa, dari siksa dingin yang dulu tampak memudar kasar
Tampaknya nasib, selalu saja menggoda kesedihan berpijar

Jalan dan tiupan gelombang, angan dan hasrati bagai maki
Meriang-riang tampak usang ketika harapan jauh melayang
Lelaki airmata membiarkan segala amarah didingin air dan jiwa berongga duri
Saatnya yang datang tampak ketika airmata itu temukan cinta, segalanya akan rubah hidupnya tanpa bayang

-JKT 5 Agsts 1999-


Salam....entri kali ni pulak aku akan kongsi tentang air mata lelaki...huh...penah tak korang(lelaki shj) menangis?sebab ape korang menangis ek? AKU???aku dulu mase time sekolah agak kuat nangis..kui3..mak aku slalu cakap dak laki takleh nangis ..kene kuat...dah besar panjang ni kurang dah menangis...bengong tu slalu gak la..tapi tak sampai mengalir air mata tuh..umum semua tau...laki2 jarang menangis...kenape?jaga status?ego?tak semua lelaki mengalir air mata nya...kebiasaan,ia menangis dalam hati..takde sape pun yang tau...

Bila seorang yang dipanggil lelaki ni menangis...maka ia dilihat sebagai lambang kelemahan jati diri diorang.Pada aku,standard mahupun jati diri seorang lelaki tu tak jatuh pun bila menangis(tapi tengok juga sbb ap dia nangs)...menangis ni ibarat 'washing machine' atau basuhan jiwa kita yang menghayati atau menjiwai sesuatu peristiwa atau perkara yang berlaku atas diri ..Lelaki juga ada perasaan,cuma pada kadar yang berbeza...

Zaman Rasulullah SAW dulu,ramai sahabat2 baginda yang menangis..Rasulullah juga menangis...mengenangkan nasib umatnya...ummati...Sayyidina Umar pula pernah menangis dasyat sehingga hampir2 pengsan apabila mendengar bacaan.."waqifuhum innahum mas'uluun" ..Dan tahanlah mereka (pada hari qiamat), sesungguhnya mereka akan dipertanggungjawabkan...adakah itu dikira lemah?tidak....

Air mata atau tangisan lelaki menggambarkan betapa halus dan lembut nya hati die..namun tu bukan menunjukkan kekurangan peribadi dia,jati diri dan lain2..tangisan dan air mata bukan milik perempuan saja,laki pun berhak dan boleh menangis...menangislah...

Air mata yang bermakna..

Imam Ghazali berkata.."Menangislah kerana dosa2mu, sekiranya engkau tidak mampu, menangislah kerana ketidakmampuanmu itu"

Sesungguhnya air mata lelaki sejati di hadapan tuhannya yang agung.




Ucapan takziah...

Salam...lama dah tak masukkan entri terbaru...sebelum tu..ucapan takziah ke atas keluarga Datuk Razali Ismail , Timb Menteri Pelajaran yang meninggal dunia pada 28NOv 2008 di Institut Aminuddin Baki..juga ucapan takziah buat mangsa2 yang terlibat dalam bencana tanah runtuh yang berlaku awal pagi tadi di Bukit Antarabangsa,Hulu Klang...pagi tadi aku tengok berita...hari ni takleh gerak sangat..blakang badan sakit..banyak duduk tengok tv je...tdo..sebelum tu kita dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh di KKB,2 nyawa terkorban...sayu dan sedih dengar n tengok berita tadi...Allah Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa..mohon perlindungan dari malapetaka...



foto The Star NADZRIN MOHD ALIM

Jurucakap Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) yang berada di tempat kejadian(Bukit Antarabangsa) berkata terdapat empat mangsa korban dalam insiden kira-kira jam 4 pagi tu.. PBSM juga melaporkan kira-kira 15 orang pula dilaporkan cedera dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapat rawatan, lapor Bernama.Banglo yang tertimbus itu melibatkan lapan unit banglo di Taman Bukit Utama dan enam unit di Taman Bukit Mewah, demikian menurut jurucakap bomba dan penyelamat yang berada di tempat kejadian.Kejadian tanah runtuh itu telah mengakibatkan jalan utama ke kawasan perumahan terbabit terputus dan beratus orang terperangkap di Bukit Antarabangsa.


foto : BERNAMA...Na'uzubillah...

Terus Perdana Menteri mengarahkan semua aktiviti atau projek2 yang nak dijalankan di kawasan bukit dihentikan serta-merta...satu tindakan yang mungkin agak terlambat...namun diharapkan akan ada tindakan susulan yang berpanjangan selepas ni daripada pihak yang berwajib..bukanlah tindakan 'hangat2 tahi ayam...mahupun tahi kambing..'...

Dari pena kimiadanaku

Semua post yang dibuat @ telah dibuat dalam laman ini hanyalah sekadar idea dan pendapat peribadi penulis. Tiada niat untuk menyinggung atau meniupkan sebarang bentuk provokasi, fitnah mahupun penipuan. Komen dan kritikan yang bernas amat dihargai.

Followers

dasdasdsadasdasdasdasdas

Rakan Paatz