Cinta Saintifik ala2 Kimia
wanita : Aku tak percaya padamu kerana kau ada kekasih baru dan sedang menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.
Lelaki : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus cintaku ini...kerana aku dan dia
hanyalah unsur ..belum pun lagi sebatian.
wanita : Tapi aku berasa kasihmu padaku berkadar songsang dengan kesetiaan yang kuberikan.
Lelaki : Tapi,cintaku adalah malar!!!
wanita : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih belum sahih.
Lelaki : Percayalah...aku mengamalkan hukum Newton ketiga sayang..dimana cintaku bersamaan dengan cinta
yang kau berikan.
wanita: Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah elemen yang
mempunyai janji2 manis yang bergerak secara rawak.
Lelaki : Itu adalah fitnah yang telah tersebar melalui proses pancaran dan perolakan sayang...
wanita : Jadi , mengapa kau letakkan cinta kita dalam rintangan?
Lelaki : Ohh..aku akan menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu sayang...
Wanita tersebut menerima penjelasaan lelaki itu...mereka diam seketika sambil memerhati gelagat orang yang lalu lalang disitu..
wanita: Sayang,adakah kita akan berpadu secara kimia??
Lelaki : Itu belum kuketahui ..tapi hasilnya nanti pasti dapat dilihat dengan mikroskop cahaya.
wanita: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yang lebih aktif dan bertindak balas denganmu...(risau)
Lelaki : Tak mungkin sayang..takkan berlaku cinta tiga segi antara kita...
Seandainya terjadi..(senang jerr),haruslah diselesaikan dengan hukum penyelesaian segi tiga..masih kau ingat?
wanita : (tersenyum)...Ingat sayang..Sayang,cintaku telah kuberikan dalam magnitud
dan arahnya sekali...percayakah kau?
Lelaki : Percaya...tapi aku mahu itu semua dalam bentuk lazim
wanita: Itu semua boleh diabaikan..yang aku mahu adalah tempoh cinta kita
harus mempunyai pecutan yang seragam.
Lelaki : Bersabarlah sayang...sabar itu 0.5 daripada iman...
p/s: huhu...takde wujudnyeee dialog cintan cam ni ha...tapi kalo ade,mmg lawak la..kui3
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
5 Atom Bergerak :
hahaha. maunya kimia A1 neh. uhu
klaka la cite nie...
lg terase ble org yg bercinta tue sepasang yg amik course chem...kn awk..hehe
farhana-a'ah..konfem A1.kui3
ziezue-hehe..cam kenai jek org die
hukum newton ketiga...??
haha ~~
miss yana-huhu...yup..ketiga..tenaga yang diberi = tenaga hasil
Post a Comment