salah tu...

APA? saya tak dengar...
Ustaz, tandas...
Ulang balik...
mmm, tandas...
cuba buat ayat betul2..ustaz ni tandas ke?
bukan...
haa..cube cakap balik..
...........(menangis...)
salam semua...dialog kat atas kerap berlaku bile student Paatz nak keluar pergi tandas..bukan paatz tak bagi..tapi kalo dah berduyun-duyun dan tak putus2 ade aje yang nak menunaikan hajatnya..yang kelaka tu, cikgu tandas...ustaz tandas...sir,toilet...jangan cakap camtu adik2 ku...takut jadi doa lak...sebab tu selalu pesan kat depe,susun ayat baik2...kamu sedang cakap dengan cikgu kamu..bukan dengan tandas...faham?
p/s- "ustaz, saya nak minum air..."
(dia bisik betul2 kat telinga paatz...ngeeee)
Berikan komen korang,tekan saja Atom Bergerak dan Paatz pasti seronok berkongsi dengan korang
Berehat sebentar...

Sebelum mengundur diri...Paatz ingin merakamkan terima kasih kepada Aryn, CikAina, mssBoo, dan juga adik Gurlz Yean'D di atas keikhlasan memberi award2 berikut...haha!!aku yang nak amek...muka xtaw malu...




Ok...setakat tu jela entri kali ni...kite jumpa balik selepas 'kemaskini' diri tamat ek...ok Salam...
Berikan komen korang,tekan saja Atom Bergerak dan Paatz pasti seronok berkongsi dengan korang
Pembunuh Kucing Bersiri

Kejadian takde perasaan belas ni berlaku di Amerika sane tu, selatan Florida dimana lebih kurang 9 ekor kucing disembelih dan dibunuh...ayyoo...tak cukup dengan tu, muka dan telinga kucing di TOREH....ulang perkataan TOREH...dua tiga hari kemudian, 5 ekor kucing di rosakkan lagi...kulit kucing tu ditanggalkan oleh si pembunuh kejam ni dan dibiarkan begitu saja...
Hari-hari minggu sudah tak selamat lagi bagi tuan punya kucing nak bawah haiwan peliharaan diorang bersiar2..takut diapa2kan oleh pembunuh ni..kejadian ni berterusan lagi sampaila pihak berkuasa memberi ganjaran pada sesapa yang dapat menangkap si pembunuh ni ($2500 US Dollar...darab 3= bape ek?)
Dan akhirnya, pembunuh kucing bersiri itu berjaya diberkas...korang nak tengok rupa si pembunuh kejam ni???ni haa...

Nama beliau, Tyler Weinman,anak kepada seorang doktor gigi...dan kes masih lagi dibicarakan...mereka mendapati Tyler tak bersalah,dan pembunuh bersiri sebenar masih lagi bebas..
ok,tutup cerita di luar sana tu, cube korang bayangkan(sape yang ade kucing la kan)... kucing kesayangan korang dibunuh sebegitu rupa?sedih kan?sakit hati?geram?marah?
sebagai orang islam,kita wajib memelihara dan berbelas kasihan pada semua makhlukNYa...tak kira la manusia atau haiwan.sayangi diri,sayangi keluarga,kawan2...sayangilah juga persekitaran kita...perggh...Paatz takleh bayangla camne punye kijam ini olang...takde hati perut paru2 pankreas betul!!!
p/s-sahabat Rasulullah bertanya: "Dapat pahalakah kami menyayangi haiwan-haiwan ini? Jawab Rasulullah s.a.w: "Menyayangi setiap makhluk hidup itu adalah berpahala." (Riwayat Muslim)
Berikan komen korang,tekan saja Atom Bergerak dan Paatz pasti seronok berkongsi dengan korang
Chatbox terbaik
Bila dok melanguk lama kat blog baru aku rase sedikit rimas dengan 2 chatbox..jadi aku nak mintak pendapat korang yang 'selalu' jenguk blog ni..antara chatbox ni,mana yang korang rase friendly user?mesra dan ngam dengan korang? sebab apa?
Berikan komen korang,tekan saja Atom Bergerak dan Paatz pasti seronok berkongsi dengan korang
Aku bukan Superman
Bukan...bukan Superman la aku rupenye...baru tersedar...kenapa?ye la...kan Superman laju...sekali suppp!!! je dah sampai satu tempat tu...kalu menaip tu,konfem boleh tertanggal keyboard tu...hehe...ye...menaip...aku terjumpa bende best kat blog Leya.. Malaysian typing speedtest...laju tak korang menaip? cuba try test....
Paatz?hasilnya seperti yang korang tengok kat bawah...
Kamu mencapai 181 markah, jadi kamu berada di posisi 16179 dari 45252 dalam senarai kedudukan
Kamu menaip 255 aksara seminit
you mendapat 37 perkataan betul dan
kamu mendapat 2 perkataan salah
37 perkataan
p/s- ade bran? cube try test...kui3...konfem aku kalah...
Ada apa dengan cikgu?
jawapan yang Syafrul (aku panggil ayol ) cukup ringkas ... 2 konsep yang dia pegang...pertama, buat kerja terpaksa...tertekan...tak best, tapi gaji lumayan...kedua, gaji sederhana...tapi kerja yang dibuat seronok dan memuaskan hati sendiri...ko pilih mana? Syafrul pilih yang kedua...
dari sekolah rendah aku ngan ayol ni....seorang yang smart..pandai...bijak menyatakan pendirian, fokus dalam kerja,hensem,hehe..
tapi kadang2 susah nak wat keputusan sendiri...opss sowi kui3...
apa pula jawapan aku??Paatz...kenapa ko jadi cikgu?
Terus terang...cita2 aku dulu bukanlah menjadi seorang guru...mase kecik, cita2 nak jadik polis
( majoriti dak2 sekolah punye jawapan) ...bile masuk sekolah menengah...aku buntu...takde target dan cite2...hidup dalam angan2 sendiri...jadi cam lalang lebih kurang...orang nak jadi doktor aku pun nak jadi...dengar orang nak jadi pensyarah aku pun nak jadi...jadi penyamun je aku tak nak ikut...aku takut aku salah pilih jalan...
Dan sekarang, setelah 4 tahun di UPSI...aku bergelar guru pelatih di SMK Lanchang...seronok...walaupun penat...aku beruntung kerana persekitaran yang mengelilingi aku sentiasa mengingatkan diri ni...terima kasih semua... Alhamdulillah...
Bukan mudah jadi cikgu..Minat? boleh dipupuk....tapi kemahiran mengajar pelajar bukan semua ada....macam2 kaedah pedagogi aku belajar dulu...tak semua boleh diaplikasikan di sekolah...pertama...kite kene kenal siapa pelajar kita...baru kita dapat nak sampaikan pelajaran kepada pelajar..dan pelajar sekarang bukan cam zaman dulu...nak tahu? nanti aku wat entri khas untuk student aku kat SMK Lanchang...
Jadi ... ada apa dengan cikgu? besar ertinya...tanyalah mana2 cikgu senior...apa kepuasan menjadi cikgu? ....bila mana melihat anak didik menjadi manusia yang berjaya dan berguna...
PC Fair End TouR
Kamu Mahu Kerja Part Time?
Salam kembali...amacam,layan tak tak lagu Kaer , bukan Kasihku 2?hehe...mane2 yang layan memang tangkap leleh lah..kui3.cuti2 sekolah ni(sebab aku bakal cikgu ..hehe) n cuti sem ni ada antara kita yang wat keje part time , jadi typist,jadi promoter barang , retail ass, jaga, dan macam2 lagi...n ade juga yang dok umah keje kan perut memasing..hehe..entri kali ni aku nak cadangkan aktiviti atau keje part time yang korang boleh wat sambil2 dok kat umah...'keje' @ task diberi oleh Doctorjob.com.my memerlukan korang menjadi tukang karut atau pencerita tentang kehidupan korang di UNIVERSITI memasing! senang jer kan...

Namun terdapat requirements / syarat2 yang perlu dipatuhi...korang haruslah masih lagi seorang student di mana2 UNiversiti (swasta ke awam tak kisah tau) antara Jan - Dec 2009(sob3....aku hampir2 tak dapat.) Berumur 23 tahun dan ke bawah...dan semestinya korang kene KOMITED mem'blogging' dari awal tahun samapaila hujung 2009..
Untuk maklumat lanjut g, layari Doctorjob.com.my... bagi yang layak,korang akan dihubungi...nah...berblogging sambil dapat habuan hasil entri korang..hehe..sapa2 yang berminat bolehla cuba...dipersilakan...dari sudut positifnya,korang leh improve grammar ..betul tak?kui3...
Air Mata Seorang Lelaki ep:01

Sendiri dan diam
Kelam nan indah tak jua bertambah tapi suram
Namun karena yang ada tampak jua menggelora
Bergema nuansa haru biru menyembulkan nestapa diraga rasuki jiwa
Airmata itu bagai senja, dingin yang akan melanda
Tiada lupa juga setitik asmara dari dosa yang bernoda
Kehampaan dan kehinaan dijalan yang ada
Ketika saat tampak sesat menuju arah didepannya
Airmata yang tak diusapnya, berubah warna dan harapan
Jauh menyentuh dingin hati terkenang kini dengan sesalan
Lelaki airmata menatap asa, dari siksa dingin yang dulu tampak memudar kasar
Tampaknya nasib, selalu saja menggoda kesedihan berpijar
Jalan dan tiupan gelombang, angan dan hasrati bagai maki
Meriang-riang tampak usang ketika harapan jauh melayang
Lelaki airmata membiarkan segala amarah didingin air dan jiwa berongga duri
Saatnya yang datang tampak ketika airmata itu temukan cinta, segalanya akan rubah hidupnya tanpa bayang
-JKT 5 Agsts 1999-
Bila seorang yang dipanggil lelaki ni menangis...maka ia dilihat sebagai lambang kelemahan jati diri diorang.Pada aku,standard mahupun jati diri seorang lelaki tu tak jatuh pun bila menangis(tapi tengok juga sbb ap dia nangs)...menangis ni ibarat 'washing machine' atau basuhan jiwa kita yang menghayati atau menjiwai sesuatu peristiwa atau perkara yang berlaku atas diri ..Lelaki juga ada perasaan,cuma pada kadar yang berbeza...
Zaman Rasulullah SAW dulu,ramai sahabat2 baginda yang menangis..Rasulullah juga menangis...mengenangkan nasib umatnya...ummati...Sayyidina Umar pula pernah menangis dasyat sehingga hampir2 pengsan apabila mendengar bacaan.."waqifuhum innahum mas'uluun" ..Dan tahanlah mereka (pada hari qiamat), sesungguhnya mereka akan dipertanggungjawabkan...adakah itu dikira lemah?tidak....
Air mata atau tangisan lelaki menggambarkan betapa halus dan lembut nya hati die..namun tu bukan menunjukkan kekurangan peribadi dia,jati diri dan lain2..tangisan dan air mata bukan milik perempuan saja,laki pun berhak dan boleh menangis...menangislah...
Air mata yang bermakna..
Imam Ghazali berkata.."Menangislah kerana dosa2mu, sekiranya engkau tidak mampu, menangislah kerana ketidakmampuanmu itu"
Sesungguhnya air mata lelaki sejati di hadapan tuhannya yang agung.
Tag from Miss Yana
1. List these rules on your blog.
2. Share 7 facts about yourself on your blog.
3. Tell 6 unspectacular quirks of yours.
4. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names
as well as links to their blogs.
5. Link the person who tagged you.
6. Leave a comment for
each blogger you've tagged.
*UP there!!cute boy...
*future chemistry teacher
*dark langat
*love to cook...waaa
*also...manyak tidoo
*6.9.1986
*known as paatz
6 unspectacular quirks about me?
*lazy...
*always forgot to turn off tv,computer,lamps....
*ehhh..mane kunci aku????!!
*..after subuh...love to sleep again...
*ask my mom n dad
*ask my....
7 people i want to tag...
*Alongarman
*Azizwan
Cinta Saintifik ala2 Kimia
wanita : Aku tak percaya padamu kerana kau ada kekasih baru dan sedang menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.
Lelaki : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus cintaku ini...kerana aku dan dia
hanyalah unsur ..belum pun lagi sebatian.
wanita : Tapi aku berasa kasihmu padaku berkadar songsang dengan kesetiaan yang kuberikan.
Lelaki : Tapi,cintaku adalah malar!!!
wanita : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih belum sahih.
Lelaki : Percayalah...aku mengamalkan hukum Newton ketiga sayang..dimana cintaku bersamaan dengan cinta
yang kau berikan.
wanita: Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah elemen yang
mempunyai janji2 manis yang bergerak secara rawak.
Lelaki : Itu adalah fitnah yang telah tersebar melalui proses pancaran dan perolakan sayang...
wanita : Jadi , mengapa kau letakkan cinta kita dalam rintangan?
Lelaki : Ohh..aku akan menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu sayang...
Wanita tersebut menerima penjelasaan lelaki itu...mereka diam seketika sambil memerhati gelagat orang yang lalu lalang disitu..
wanita: Sayang,adakah kita akan berpadu secara kimia??
Lelaki : Itu belum kuketahui ..tapi hasilnya nanti pasti dapat dilihat dengan mikroskop cahaya.
wanita: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yang lebih aktif dan bertindak balas denganmu...(risau)
Lelaki : Tak mungkin sayang..takkan berlaku cinta tiga segi antara kita...
Seandainya terjadi..(senang jerr),haruslah diselesaikan dengan hukum penyelesaian segi tiga..masih kau ingat?
wanita : (tersenyum)...Ingat sayang..Sayang,cintaku telah kuberikan dalam magnitud
dan arahnya sekali...percayakah kau?
Lelaki : Percaya...tapi aku mahu itu semua dalam bentuk lazim
wanita: Itu semua boleh diabaikan..yang aku mahu adalah tempoh cinta kita
harus mempunyai pecutan yang seragam.
Lelaki : Bersabarlah sayang...sabar itu 0.5 daripada iman...
p/s: huhu...takde wujudnyeee dialog cintan cam ni ha...tapi kalo ade,mmg lawak la..kui3