Cinta Saintifik ala2 Kimia



Dialog antara seorang lelaki dengan kekasihnya di sebuah taman di Kuala Lumpur...:::


Lelaki : Kasihku...ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku dibahagikan dengan isipadu jantungku...

wanita : Aku tak percaya padamu kerana kau ada kekasih baru dan sedang menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.

Lelaki : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus cintaku ini...kerana aku dan dia
hanyalah unsur ..belum pun lagi sebatian.


wanita : Tapi aku berasa kasihmu padaku berkadar songsang dengan kesetiaan yang kuberikan.

Lelaki : Tapi,cintaku adalah malar!!!


wanita : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih belum sahih.

Lelaki
: Percayalah...aku mengamalkan hukum Newton ketiga sayang..dimana cintaku bersamaan dengan cinta
yang kau berikan.

wanita
: Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah elemen yang
mempunyai janji2 manis yang bergerak secara rawak.

Lelaki : Itu adalah fitnah yang telah tersebar melalui proses pancaran dan perolakan sayang...


wanita : Jadi , mengapa kau letakkan cinta kita dalam rintangan?

Lelaki : Ohh..aku akan menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu sayang...

Wanita tersebut menerima penjelasaan lelaki itu...mereka diam seketika sambil memerhati gelagat orang yang lalu lalang disitu..

wanita
: Sayang,adakah kita akan berpadu secara kimia??

Lelaki : Itu belum kuketahui ..tapi hasilnya nanti pasti dapat dilihat dengan mikroskop cahaya.


wanita: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yang lebih aktif dan bertindak balas denganmu...(risau)

Lelaki : Tak mungkin sayang..takkan berlaku cinta tiga segi antara kita...
Seandainya terjadi..(senang jerr),haruslah diselesaikan dengan hukum penyelesaian segi tiga..masih kau ingat?


wanita : (tersenyum)...Ingat sayang..Sayang,cintaku telah kuberikan dalam magnitud
dan arahnya sekali...percayakah kau?

Lelaki : Percaya...tapi aku mahu itu semua dalam bentuk lazim

wanita
: Itu semua boleh diabaikan..yang aku mahu adalah tempoh cinta kita
harus mempunyai pecutan yang seragam.

Lelaki : Bersabarlah sayang...sabar itu 0.5 daripada iman...

p/s: huhu...takde wujudnyeee dialog cintan cam ni ha...tapi kalo ade,mmg lawak la..kui3

5 Atom Bergerak :

FarhanaLicious said...

hahaha. maunya kimia A1 neh. uhu

ziezue said...

klaka la cite nie...
lg terase ble org yg bercinta tue sepasang yg amik course chem...kn awk..hehe

paatz said...

farhana-a'ah..konfem A1.kui3

ziezue-hehe..cam kenai jek org die

didi said...

hukum newton ketiga...??
haha ~~

paatz said...

miss yana-huhu...yup..ketiga..tenaga yang diberi = tenaga hasil

Dari pena kimiadanaku

Semua post yang dibuat @ telah dibuat dalam laman ini hanyalah sekadar idea dan pendapat peribadi penulis. Tiada niat untuk menyinggung atau meniupkan sebarang bentuk provokasi, fitnah mahupun penipuan. Komen dan kritikan yang bernas amat dihargai.

Followers

dasdasdsadasdasdasdasdas

Rakan Paatz