Dia Lebih Tinggi




Salam semua...entri kali nie nak kongsi dengan korang bangunan yang gila tinggi di dunia...tak tahu tujuannya apa...yang pasti tu tanda akhir zaman...korang tau berape tinggi die?? 1600 meter !!!!Menara ni bakal menjadi menara paling tinggi di dalam dunia ...tkt terlanggar je ngan ISS tuh...

Huhu...memang projek gergasi tahap gaban la Arab Saudi ni....sayangnya, yang aku dengar (tak pasti maklumat ni betul atau tidak..), bangunan gede ni akan menggunakan teknologi US. Bangsa Arab nie walau mcm mane sekalipun tetap respek orang US. Mereka pandang tinggi terhadap orang US lebih dari bangsa lain yg beragama Islam...

Saudara2 kita yang dalam kesusahan (seperti entri yang lepas) macam mana? sapa nak bela nasib diorang?
"Oooo...I See.."..itu sahaja?


korang tengok die punya beza...cinonet jer KLCC...



huhu...gayat aku...



ni kawasan depe nak bangunkan menara tuh...


Petikan yang Paatz petik skit wat tatapan korang...


" DUBAI 13 Mac – Negara-negara Asia Barat berlumba-lumba membina bangunan tertinggi di dunia, dengan perkembangan terbaru Arab Saudi merancang membina bangunan paling tinggi di dunia setinggi 1,600 meter di Jeddah.

Langkah Arab Saudi yang merupakan pengeluar minyak terbesar di dunia itu dikatakan bakal menggugat projek pembinaan bangunan tertinggi lain yang sedang dibina di rantau Teluk itu.

Menurut kenyataan Middle East Economic Digest (MEED), Arab Saudi akan mengatasi kehebatan jiran-jirannya seperti Kuwait dan Dubai yang terkenal dengan projek pembinaan bangunan tertinggi dan berisiko tinggi di dunia.

Ketika ini, projek bangunan dan menara tertinggi di dunia yang dalam pembinaan ialah New York Freedom Tower setinggi 700 meter, di New York.

Sementara itu, MEED melaporkan pemaju projek itu, Riyadh Kingdom Holdings yang dikuasai jutawan Arab Saudi, Putera Al-Walid Talal akan membuka bidaan untuk kontrak membina bangunan itu pada Julai ini.

Jelas MEED, walaupun nama syarikat-syarikat yang terlibat bagi membina bangunan itu masih dirahsiakan, tetapi dua syarikat dari Britain, Hyder Consulting dan Arup dilaporkan akan bekerjasama menjayakan projek berkenaan yang bernilai AS$10 bilion (RM31.6 bilion).

Syarikat gergasi Amerika Syarikat, Bechtel pula telah dipilih sebagai pengurus pembinaan, manakala firma Arab Saudi, Omrania dipilih sebagai arkitek projek itu.

Baru-baru ini, Kuwait juga telah menyatakan rancangannya untuk membina menara setinggi 1,001 meter yang akan menggunakan seni bina klasik Arab yang dikenali sebagai projek One Thousand and One Night.

Tiga bahagian leper utama akan dibina meliputi masjid, gereja dan bangunan yang menggambarkan perpaduan antara tiga agama monoteistik.

Bangunan yang bakal menjadi salah satu projek yang diuar-uarkan dalam projek City of Silk menelan kos sebanyak AS$77 bilion (RM243.32 bilion).

–sumber dari AFP ....."



p/s- Akhir zaman...


4 Atom Bergerak :

FarhanaLicious said...

tanda akhir zaman.

Anonymous said...

itu la..
semakin menjadi2..
emmm

didi said...

alangkah baiknya jika kerajaan arab saudi membelanjakan harta mereka dgn jihad di jalan Allah..membantu saudara2 kita yg memerlukan..~~

Anonymous said...

Sapa punya idea gila tu. Dunia dh makin tak stabil bole wat bgunan tggi la. Malaysia pun skrg dh bole rasa gempa bumi. Naik klcc pun brp lama nk smpai. kalo tggi camtu mau penin dok dlm lift.

Dari pena kimiadanaku

Semua post yang dibuat @ telah dibuat dalam laman ini hanyalah sekadar idea dan pendapat peribadi penulis. Tiada niat untuk menyinggung atau meniupkan sebarang bentuk provokasi, fitnah mahupun penipuan. Komen dan kritikan yang bernas amat dihargai.

Followers

dasdasdsadasdasdasdasdas

Rakan Paatz