Showing posts with label dunia. Show all posts
Showing posts with label dunia. Show all posts
Musibah Dunia

Kejadian Gempa Di Padang.

Kemusnahan Di mana-mana...

Tiada Apa Yang Tinggal

Kami Mohon PerlindunganMU

Taufan Ketsana Di Filipina

Tsunami Di Kepulauan Samoa

Musnah Dalam Sekelip Mata
”Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya.”
(At-Taghabun: 11)
“Dan (ingatlah kisah) Dzun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahawa kami tidak akan mempersempitkannya (menyulitkannya), maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: ”Bahawa tidak ada Allah selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.” Maka Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya daripada kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman.” (Al-Anbiya: 87)
“Kami akan memperlihatkan kepada mereka ayat-ayat Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa ia adalah hak/benar.” (Al-Fussilat: 53)
Adik: Along, Malaysia tak pernah kene gempa bumi kan?
Along: Tak Pernah..kita di luar Lingkaran Api Pasifik.Jadi kita takkan kene dik...
Adik: Tapi kalo Allah nak turunkan pada kita boleh kan?
Along:Na'uzubillah..Dia Maha Kuasa dik..mohon perlindunganNya.
Doakan Kesejahteraan Mereka,Tekan saja Atom Bergerak Kongsi pendapat korang dengan Paatz

Pembunuh Kucing Bersiri
Labels:
dunia
,
isu semasa
,
Muhasabah
,
saja2

Paatz...aku dah penat posing ni..
salam semua...sihat?entri kali ni Paatz nak kongsi cerita pasal pembunuh kucing bersiri...selalu kita dengar pembunuh bersiri,peragut bersiri,perogol bersiri...la ni ade pulak pembunuh haiwan bersiri???erk....bape season die nak wat?kenapala binatang yang paling comel dan manje tu dibunuh?dah puas bunuh orang ka?tak paham tak paham...
Kejadian takde perasaan belas ni berlaku di Amerika sane tu, selatan Florida dimana lebih kurang 9 ekor kucing disembelih dan dibunuh...ayyoo...tak cukup dengan tu, muka dan telinga kucing di TOREH....ulang perkataan TOREH...dua tiga hari kemudian, 5 ekor kucing di rosakkan lagi...kulit kucing tu ditanggalkan oleh si pembunuh kejam ni dan dibiarkan begitu saja...
Hari-hari minggu sudah tak selamat lagi bagi tuan punya kucing nak bawah haiwan peliharaan diorang bersiar2..takut diapa2kan oleh pembunuh ni..kejadian ni berterusan lagi sampaila pihak berkuasa memberi ganjaran pada sesapa yang dapat menangkap si pembunuh ni ($2500 US Dollar...darab 3= bape ek?)
Dan akhirnya, pembunuh kucing bersiri itu berjaya diberkas...korang nak tengok rupa si pembunuh kejam ni???ni haa...

Nama beliau, Tyler Weinman,anak kepada seorang doktor gigi...dan kes masih lagi dibicarakan...mereka mendapati Tyler tak bersalah,dan pembunuh bersiri sebenar masih lagi bebas..
ok,tutup cerita di luar sana tu, cube korang bayangkan(sape yang ade kucing la kan)... kucing kesayangan korang dibunuh sebegitu rupa?sedih kan?sakit hati?geram?marah?
sebagai orang islam,kita wajib memelihara dan berbelas kasihan pada semua makhlukNYa...tak kira la manusia atau haiwan.sayangi diri,sayangi keluarga,kawan2...sayangilah juga persekitaran kita...perggh...Paatz takleh bayangla camne punye kijam ini olang...takde hati perut paru2 pankreas betul!!!
p/s-sahabat Rasulullah bertanya: "Dapat pahalakah kami menyayangi haiwan-haiwan ini? Jawab Rasulullah s.a.w: "Menyayangi setiap makhluk hidup itu adalah berpahala." (Riwayat Muslim)

Kijamnye ko..

Berikan komen korang,tekan saja Atom Bergerak dan Paatz pasti seronok berkongsi dengan korang
Taman Erotika
Labels:
dunia
,
isu semasa
Salam...entri kali ni nak kongsi cerita...Paatz tak pernah pergi China,tapi dengar kata kat sana ade Taman Tema erotik? oittt...biar betul??boleh pulak bende cam ni wat theme park ek...otak bisnes ke otak k****g orang yang wat taman tema ni...
Untuk makluman,di Negara China terdapat sebuah muzium seks di daerah Guangdong ataupun lebih dikenali sebagai "garden of natural nudity"..huyyooo taman kebogelan???erkk...(geleng kepala kasik goyang bahu...)
Kat muzium tu menempatkan informasi tentang seks dan perlakuan seks selamat,dan juga sejarah(???) seks tu sendiri...
Menurut kajian yang telah dijalankan,mendapati peningkatan kes seks sebelum perkahwinan dan juga kes penyakit seksual.Jadi muzium seks dibina untuk memberi pendedahan dan maklumat tentang seks secara umum pada masyarakat awam.kondom percuma juga diberi pada pengunjung.
Berbalik kisah taman tema erotik atau Love Land yang dijangka akan dibuka pada Oktober ini nanti, pengunjung 'berpeluang' melihat tugu badan bogel(???) dan banyak g...serta pameran tentang seks..Menurut BOS taman tema tu, seks merupakan isu pantang dalam masyarakat China,tapi orang ramai perlu tahu lebih lagi tentang seks...terdapat juga bengkel seks mempelajari teknik2 seks selamat.(???)
Dan belum sempat pun si BOS ni nak merasmikan taman temanya itu,penguatkuasa telah pun merobohkan taman tema impiannya...(cian..) .mereka mengatakan taman tema tersebut tak sesuai dibina dan dilihat seolah2 biadap dan tak sensitif ,jijik..'open' sangat...
p/s- kalo ade kat Malaysia , amacam?
Hujung Nyawa Zionis
Labels:
diari aku
,
dunia
,
isu kritikal
,
politik?
Salam semua..entri untuk kali ni paatz nak bercerita tentang satu konvensyen yang diadakan pada Sabtu lepas. lambat aku tahu konvensyen menarik ni.aku tahu pun lepas ajak Muazzin g Teluk Intan, tapi die tak dapat ikut. Dia kate nak pergi Konvensyen Berakhirnya Agenda Palestin...huh? eh..die silap type..Berakhirnya Agenda Zionis (KBAZ) anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) bersama Aman Malaysia ..di PWTC.
Dari tajuk konvensyen tu sendiri aku dah tertarik..aku fikir2kan balik,baik aku g..rugi tak ikut..jadi aku pun tangguhkan nak ke Teluk Intan tu dulu.lagipun takde sape nak teman aku ke sana....
Betul ke dah berakhir agenda Zionis??apa agenda mereka yang sebenarnya??Siapa dalang atau mastermind agenda ni??apa peranan kita dalam isu ni??semua persoalan tu membuak2 dalam kepala otak aku ni...
Maka bertolaklah aku ke PWTC dengan Nuar FFcrew awal pagi..kami sampai dalam pukul 7.30...aku teruja bile tengok punyelah ramai orang kat PWTC..hampir2 3000 peserta yang mengikuti konvensyen ni dan rata-ratanya belia2 Malaysia..Alhamdulillah.Disebabkan aku lewat mendaftar, jadi terpaksa wat walk-in registration..yang sedihnya,aku hanya dapat masuk dalam dewan pas pukul 11 pagi nanti..
Ahli2 panel yang dijemput adalah Dr Roslan Mohd Nor dari Malaysia, pakar isu Zionisme...Dr Azzam At-Tamimiy, Pengarah Institut Pemikiran Politik Islam, London yang Kerap muncul sebagai pengantara di rangkaian satelit Bahasa Arab iaitu al-Jazeera dalam bahasa Inggeris dan Arab, dan juga Dr Mohsen Saleh, Pengurus Besar Pusat Penyelidikan dan Perundingan Al-Zaytouna, Beirut, Lubnan,mantan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.Sebanyak lima kertas kerja yang dibentangkan pada hari tu.
Sepanjang konvensyen berlangung, aku merasakan masih cetek lagi rupanya pengetahuan aku tentang isu ini..banyak lagi yang perlu diketahui.Yang jelas kita perlu tahu membezakan Yahudi dan Zionis.Sewaktu ucapan perasmian,perasmi merangkap Mufti Perlis yang baru Dr Juanda Jaya ada menyebut, zionisme ni satu bentuk penjajahan yang telah berlaku di palestin yang menindas orang islam,malahan katanya orang2 yahudi dan kristian di sana...korang boleh lihat lebih lanjut beza keduanya di SINI..
ISRAEL...sebuah negara haram yang ditubuhkan oleh pelopor Zionism,iaitu Moses Hess dengan menakluk Tanah Palestin pada 14 Mei 1948.
Antara elemen penting dalam agenda zionis adalah kewujudan “The Greater Israel” atau dikenali sebagai “Israel Raya”. Projek Israel Raya merangkumi seluruh kawasan di antara Sungai Nil di Mesir dengan Sungai Euphrates yang merentasi bumi Iraq dan berpusat di Baitul Maqdis.
Dan pada penghujung konvensyen ni, kami peserta2 diingatkan tentang peranan masing2 dalam menghadapi agenda zionis.perlunya umat ini bersatu-padu dan menguatkan ukhwah islam itu sendiri agar dapat berhadapan dengan agenda musuh.Ini adalah JIHAD kita katenye...
"Jihad kita adalah dengan pena,suara dan minda.Jihad kita ialah berusaha untuk kembali kepda sumber kekuatan kita;islam yang telah mengangkat darjat umat terdahulu".Ungkapan yang menarik dan meniup semangat aku yang kadang2 hanyut dek kelekaan DUNIA..
Sumber2 yang paatz rujuk (mesti baca dan aku harap korang leh cari maklumat tentang isu ini..nanti boleh kita KONGSI);
web PEMBINA
Berakhinya agenda zionis
PmFST UKM
suatuharinanti.wordpress

- Kejatuhan Islam dan Kewujudan Negara Israel
- Sejauh Manakah Kesan Kewujudan Zionis pada Dunia Sejagat
- Hakikat Zionis dan Agenda yang Dipropagandakan
- Peranan Seorang Muslim dalam Menghadapi Musuh Zionis
- Kebangkitan Islam di Palestin dan Status Agenda Zionis Masa Kini
Sepanjang konvensyen berlangung, aku merasakan masih cetek lagi rupanya pengetahuan aku tentang isu ini..banyak lagi yang perlu diketahui.Yang jelas kita perlu tahu membezakan Yahudi dan Zionis.Sewaktu ucapan perasmian,perasmi merangkap Mufti Perlis yang baru Dr Juanda Jaya ada menyebut, zionisme ni satu bentuk penjajahan yang telah berlaku di palestin yang menindas orang islam,malahan katanya orang2 yahudi dan kristian di sana...korang boleh lihat lebih lanjut beza keduanya di SINI..
ISRAEL...sebuah negara haram yang ditubuhkan oleh pelopor Zionism,iaitu Moses Hess dengan menakluk Tanah Palestin pada 14 Mei 1948.
Antara elemen penting dalam agenda zionis adalah kewujudan “The Greater Israel” atau dikenali sebagai “Israel Raya”. Projek Israel Raya merangkumi seluruh kawasan di antara Sungai Nil di Mesir dengan Sungai Euphrates yang merentasi bumi Iraq dan berpusat di Baitul Maqdis.
Dan pada penghujung konvensyen ni, kami peserta2 diingatkan tentang peranan masing2 dalam menghadapi agenda zionis.perlunya umat ini bersatu-padu dan menguatkan ukhwah islam itu sendiri agar dapat berhadapan dengan agenda musuh.Ini adalah JIHAD kita katenye...
"Jihad kita adalah dengan pena,suara dan minda.Jihad kita ialah berusaha untuk kembali kepda sumber kekuatan kita;islam yang telah mengangkat darjat umat terdahulu".Ungkapan yang menarik dan meniup semangat aku yang kadang2 hanyut dek kelekaan DUNIA..
Sumber2 yang paatz rujuk (mesti baca dan aku harap korang leh cari maklumat tentang isu ini..nanti boleh kita KONGSI);
web PEMBINA
Berakhinya agenda zionis
PmFST UKM
suatuharinanti.wordpress
kembali...
Labels:
diari aku
,
dunia
,
isu semasa
,
yahudi
Salam...aku kembali....huhu...erk,ade entri dah terkeluar tadi,aku delete blk...error sket...
ok...ap2 pn isinya tetap sama...aku kembali...kembali mengupdate blog aku ni...'kimiadanaku'...huhu...Permulaannya..jom kita tengok laporan seorang pakar tentang kaum yahudi...mmm...
Mengapa Yahudi Pandai ?
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang,Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan,dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan didunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan,senjata, perhotelan,perfileman di Hollywood dan sebagainya.Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya,disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni...
Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum lain.Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel,setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikanmasalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat selesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik,tentu saja dengan senang saya membantu beliau. Saya bertanya kepada beliau,adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otaknya, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikuti perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan matematik sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu,dan untuk tengah hari makanan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menuru beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang-orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka,dengan memakan hidangan karbohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi,jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA... Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya,pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka.Pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam,diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever).Dalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.
Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate(semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!Segala pelajaran akan dengan mudah ditangkap oleh anakYahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disampingmempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi(menengah) disini murid-murid ditekankan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.
Satu lagi yg diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan.Saya sungguh
terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut di
bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut
mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala,banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang-orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah).. Adakah
ini kebetulan? Fikirkanlah!
Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi
sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatankuasa akan me mberipinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul.Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood,Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California
sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung,galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak,menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak,dengan bermain
piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok..
Lawatan saya ke Singapore pada tahu 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!!dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!
Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini.Lihat saja Indonesia,jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari
restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai
bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan
matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan,dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di
atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis karangan sepanjang 5 muka surat penuh. Karangannya hanyalah mengenai Mengapa Saya Gemarkan Tomato!
Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa dan agama.
Thesis by Dr. Stephen Carr Leon. Malay Translation.
Bila Perang jadi Mainan
Labels:
diari aku
,
dunia
,
isu kritikal
Salam semuanya...entri nie tak panjang mana..tapi tengah dok2 menge'surf' jumpa site ni...minta kita vote antara Israel terlaknat dan palestin saudaraku..siapa yang kamu pilih? Paatz melihat undian ini sebagai salah satu cara kita menyatakan pendirian kita terhadap perkara nie.. namun harus diingat..tanpa usaha memboikot barangan keluaran ISRAEL dan mendoakan rakyat palestin, undian ni tak membawa ap2..
Dia Lebih Tinggi
Labels:
dunia
,
isu semasa
Salam semua...entri kali nie nak kongsi dengan korang bangunan yang gila tinggi di dunia...tak tahu tujuannya apa...yang pasti tu tanda akhir zaman...korang tau berape tinggi die?? 1600 meter !!!!Menara ni bakal menjadi menara paling tinggi di dalam dunia ...tkt terlanggar je ngan ISS tuh...
Huhu...memang projek gergasi tahap gaban la Arab Saudi ni....sayangnya, yang aku dengar (tak pasti maklumat ni betul atau tidak..), bangunan gede ni akan menggunakan teknologi US. Bangsa Arab nie walau mcm mane sekalipun tetap respek orang US. Mereka pandang tinggi terhadap orang US lebih dari bangsa lain yg beragama Islam...
Saudara2 kita yang dalam kesusahan (seperti entri yang lepas) macam mana? sapa nak bela nasib diorang?
"Oooo...I See.."..itu sahaja?

korang tengok die punya beza...cinonet jer KLCC...

huhu...gayat aku...

ni kawasan depe nak bangunkan menara tuh...
Petikan yang Paatz petik skit wat tatapan korang...
" DUBAI 13 Mac – Negara-negara Asia Barat berlumba-lumba membina bangunan tertinggi di dunia, dengan perkembangan terbaru Arab Saudi merancang membina bangunan paling tinggi di dunia setinggi 1,600 meter di Jeddah.
Langkah Arab Saudi yang merupakan pengeluar minyak terbesar di dunia itu dikatakan bakal menggugat projek pembinaan bangunan tertinggi lain yang sedang dibina di rantau Teluk itu.
Menurut kenyataan Middle East Economic Digest (MEED), Arab Saudi akan mengatasi kehebatan jiran-jirannya seperti Kuwait dan Dubai yang terkenal dengan projek pembinaan bangunan tertinggi dan berisiko tinggi di dunia.
Ketika ini, projek bangunan dan menara tertinggi di dunia yang dalam pembinaan ialah New York Freedom Tower setinggi 700 meter, di New York.
Sementara itu, MEED melaporkan pemaju projek itu, Riyadh Kingdom Holdings yang dikuasai jutawan Arab Saudi, Putera Al-Walid Talal akan membuka bidaan untuk kontrak membina bangunan itu pada Julai ini.
Jelas MEED, walaupun nama syarikat-syarikat yang terlibat bagi membina bangunan itu masih dirahsiakan, tetapi dua syarikat dari Britain, Hyder Consulting dan Arup dilaporkan akan bekerjasama menjayakan projek berkenaan yang bernilai AS$10 bilion (RM31.6 bilion).
Syarikat gergasi Amerika Syarikat, Bechtel pula telah dipilih sebagai pengurus pembinaan, manakala firma Arab Saudi, Omrania dipilih sebagai arkitek projek itu.
Baru-baru ini, Kuwait juga telah menyatakan rancangannya untuk membina menara setinggi 1,001 meter yang akan menggunakan seni bina klasik Arab yang dikenali sebagai projek One Thousand and One Night.
Tiga bahagian leper utama akan dibina meliputi masjid, gereja dan bangunan yang menggambarkan perpaduan antara tiga agama monoteistik.
Bangunan yang bakal menjadi salah satu projek yang diuar-uarkan dalam projek City of Silk menelan kos sebanyak AS$77 bilion (RM243.32 bilion).
–sumber dari AFP ....."

p/s- Akhir zaman...
Dari pena kimiadanaku
Semua post yang dibuat @ telah dibuat dalam laman ini hanyalah sekadar idea dan pendapat peribadi penulis. Tiada niat untuk menyinggung atau meniupkan sebarang bentuk provokasi, fitnah mahupun penipuan. Komen dan kritikan yang bernas amat dihargai.