Tips kesihatan = Korek hidung

"Adam....meh korek idung ngan ayah..."

VIENNA: Mengorek hidung dan memakan sisanya ialah salah satu cara terbaik menjaga kesihatan tubuh badan, dakwa seorang doktor terkenal di Austria.Pakar paru-paru yang beribu pejabat di Innsbruck, Prof Dr Friedrich Bischinger, berkata golongan yang mengorek hidung dengan jari mereka lebih sihat, lebih gembira dan mungkin lebih sensitif kepada perubahan tubuh mereka.

Dia berkata, masyarakat perlu menerima pendekatan baru untuk mengorek hidung dan menggalakkan kanak-kanak mengguna pakai kaedah itu.“Dengan menggunakan jari, anda dapat sampai ke tempat yang selama tidak dapat dicapai dengan sapu tangan, ia menjadikan hidung anda lebih bersih.

“Memakan sisanya pula ialah cara hebat untuk mengukuhkan sistem imunisasi tubuh. Secara perubatan, ia memang baik dan perkara semula jadi sempurna untuk dilakukan,” katanya.Dalam kes sistem imunisasi, hidung ialah penapis yang memerangkap bakteria dan apabila gabungan ini sampai kepada usus, ia boleh menjadi seperti ubat, katanya.

“Perubatan moden cuba melakukan perkara sama melalui kaedah lebih rumit, sesiapa yang mengorek hidung dan memakannya dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh secara semula jadi dengan percuma,” katanya.Dia memberi contoh kanak-kanak gembira mengorek hidung mereka tetapi menghentikan perbuatan itu apabila dewasa disebabkan tekanan masyarakat yang menganggap ia menjijikkan dan antisosial.

“Saya suka mencadangkan pendekatan baru dengan kanak-kanak digalakkan mengorek hidung mereka. Ia tindak balas semula jadi sepenuhnya dan secara perubatan, ia idea yang baik,” katanya.Prof Bischinger juga menyatakan, jika seseorang bimbang mengenai anggapan jiran, mereka masih boleh mengorek hidung di tempat tersembunyi.

p/s- dah korek idung tu..jangan lap kat dinding...tak senonoh!!!

7 Atom Bergerak :

- m!ss_yaNa - said...

aiyakkk..
makan plak..???
huk3 ~~

Anonymous said...

haha...betul2...makan hasil galian kat idong tu

aKu NaKaL said...

thanks 4 da viewing x)~

naddysh said...

euuw??

MiszMama@Haslinda said...

mesti masin kan!hahaha..penah baca pasai ni. taik idung baik untuk antibodi kanak2. nak makan bleh. tapi sorok2 lah...nganganga

Fana Flora said...

makan tahi hidung aku.. sape nak?nanti korang sihat..dan gembira selalu mcam research dr tu..

Fana Flora said...

saya link ke entry ni ye..terima kasih.

Dari pena kimiadanaku

Semua post yang dibuat @ telah dibuat dalam laman ini hanyalah sekadar idea dan pendapat peribadi penulis. Tiada niat untuk menyinggung atau meniupkan sebarang bentuk provokasi, fitnah mahupun penipuan. Komen dan kritikan yang bernas amat dihargai.

Followers

dasdasdsadasdasdasdasdas
There was an error in this gadget

Rakan Paatz