Coretan di Melaka
Labels:
diari aku
tok tok tok... "assalamualaikum" ..masuk
Paatz :ni fail peribadi saya dan salinan yang diperlukan tu
Penemuduga :ok kamu boleh duduk
Paatz :Terima kasih tuan
Penemuduga :Mmm...aizuddin ye..
Paatz :Ya saya
Penemuduga :Boleh awak ceritakan sikit tentang latar belakang awak(soalan yang akan @wajib ditanya)
baik...(paatz pun bercerita non stop dari lahir sampaila apa yang paatz tengah buat sekarang..)
OK aizuddin..saya nak tanya awak kenapa ye ade sesetengah pihak mengatakan perpaduan kaum sekarang semakin pudar tapi sebelah pihak yang lain kata perpaduan kaum masih baik?
(hoho...nampaknya takde lak soalan berkaitan dengan ikhtisas dan PIPP..)..Pada saya perpaduan yang diperkatakan tu kita tidak nampak dengan jelas buat masa ni,sebab tu ada pihak yang mengatakan sedemikian
tak nampak?
maksud saya,tak diterjemahkan dengan jelas perpaduan yang macam mana kita nak...cina india melayu jarang kita nampak boleh duduk bersama untuk satu2 hal atau perkara..jadi gagasan 1malaysia sangat bertepatan bagi mengukuhkan atau memperbaiki perpaduan antara kaum dalam negara kita
( 1malaysia??aduh,mintak2 dia x tanya 8 teras tu..)
hmm..Aizuddin banyak terlibat ye dengan keusahawanan...pada pandangan Aizuddin , kenapa orang muda khususnya remaja melayu tak nak menjadi usahawan..(pergh..tak nak ke tanye pasal PIPP,FPK,Sekolah wawasan,kluster?organisasi KPM?)
pada saya satu faktor utama kenapa anak muda melayu tak berminat menjadi usahawan..TAKUT..mereka takut untuk mencuba sesuatu yang berisiko dan lambat mendapat keuntungan..takut untuk mengeluarkan sejumlah modal perniagaan,takut perniagaan mereka tak dapat sambutan,rugi...mereka cuma nak buat sesuatu perkara yang mendapat hasil lumayan dalam masa singkat..
Penemuduga II :orang melayu yang berfikiran macam tu,yang nak kaya cepat ni memang bodoh.. (erk,kenapa dia kata gitu?)
"saya tak kata semua orang melayu takut dan tak nak berniaga..kita tak patut nafikan masih ada golongan usahawan2 muda melayu ISLAM yang menceburi bidang keusahawanan dan berjaya meletakkan diri mereka sebagai usahawan berjaya..kita boleh tengok banyak contoh2 syarikat seperti HPA,Halal food industry dan macam2 lagi..contoh paling dekat,sepupu saya...Alhamdulillah,berkat usahanya,dia berjaya membuka perniagaan memancing kolam udang galah dan menjadi tarikan utama di Sabak Bernam kini..."
kat atas tu antara sebahagian sesi perbualan antara Paatz dengan penemuduga mase ditemuduga untuk GST tadi.Banyak perbualan kami berkisar tentang keusahawanan...Alhamdulillah,dipermudahkan urusan..Paatz adalah orang terakhir sesi pagi tadi.oh ye, ni paatz nak kongsi sekelumit tips untuk menghadapi temuduga...kalo korang ade pengalaman temuduga, kongsi2la ek..
1) Banyak2 kan buat selidikan @ research tentang syarikat @ atau organisasi yang
kita mohon kerja tu.
2) Kalau yang minta GST atau GSTT,cuba baca2 tentang PIPP,1 malaysia,ikhtisas
perguruan,jenis2 sekolah, FPK, NKRA, tak lupa juga organisasi KPM tu
sendiri..(beli aje buku INSAK/ Mtest)
3) Lagi jangan lupa baca isu2 semasa..(bagi guru,paatz galakkan beli majalah
Pendidik)
4) Rileks dan tenang...boleh berbincang dengan kawan2, tapi bile dah time kita, dok
jauh2 sikit..kang ter'psiko' lak..
5) Doa banyak2 semoga dipermudahkan urusan kita.
6) Elakkan diri dari bercakap benda atau perkara yang kita kurang pasti..
7) KOrang akan diminta perkenal diri,jadi ambik masa ni untuk bercerita lebih sikit
sampaila si penemuduga suruh stop.
paatz,
BTPN Melaka,KM9 Bukit Katil
7 Ogos 2009.
p/s- Entri akan datang.........Penangan MJ??? TUNGGU....
Berikan komen korang,tekan saja Atom Bergerak dan Paatz pasti seronok berkongsi dengan korang
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
15 Atom Bergerak :
tak paham tajuk dgn contents takde kene mengena...huhu
to posh76..hi, maksud paatz,pengalaman paat di interview di melaka..
wah tips yg sngt bguna..
to al-Wann...pengalaman saya tak seberapa..ape2pn jom kongsi ramai2
owh..yayaya soalan perkenalan diri nih mmg soalan wajib bukan je nk crik keje tpi ape2 aktiviti kan
sgt menariks! ^_^
buley lak tny soklan gitu, sabo jela..
udang tu besau2, nak sket, nt konvo bawak ek, kui3..
neway, tips2 yg abg din bagi mmg berguna, pasni nak stat bace majalah pendidik, hee..
to rathiqah azmira rosli...betul3, soklan tentang peribadi mmg wajib di tanya..
to Nurul Akma Bahari ...his, xkan aku nak bawak udang time konvo...ngeee..u r welcome
bwak jek..baru best, slalu org konvo bagi bunga, kali ni kita pakat2 bg udang lak ;p
to akma...cet, ade ke stail gtu...=p
Assalamu'alaikum . Wah pandailah . Semua yang dijawab semua jawapan yang bernas dan menyenangkan penemuduga . Harap-harap dapat ya . Amin
to afi..i'Allah...tme kasih ya
bgs entri ni..
xnak post ke ttg pengalaman wt praktikum hri tu?
nak tau jg pengalaman...
rase paatz ada wat entri pasal practical dulu..jap,mane ye...(dok mencari dalam almari blog..)
ye ke paatz? xjupe lah plk..
p, nsb paatz dh bg link...
Post a Comment