Ops Sikap,Puasa Enam & Beyonce~

Salam bertemu lagi semuanya! Entri kali ni Paatz buat 3 dalam 1.hehe macam iklan syampoo je.takdala..Banyak benda nak kongsi ni.Ops Sikap 20 yang baru je tamat,Konsert artis luar Beyonce, dan jugak Puasa Enam...ketiga-tiganya Paatz ada benda nak kongsi bersama...



Ubah Sikap Kamu...


Semalam,Paatz tengok Buletin Utama,Ops Sikap yang ke-20 dah pun berakhir.Keseluruhannya, 261 kematian dicatatkan selama 2 minggu operasi.Na'uzubillah, macam dah jadi trend.Asal musim raya je eksiden maut banyak..Sikap pemandu sekali lagi menjadi faktor utama.Tak ade sopan santun kat jalan raya..Timbang rasa apatah lagi.Sikap suka memotong dengan meluru,cuai,mengantuk,dan melebihi had laju yang ditetapkan.Kadang-kadang Paatz terfikir jugak,kalo Paatz ada kereta mewah,takkan nak bawak 60-80 km/j ja..mesti lenjan punya..jangankan kereta mewah, kancil 660cc pun boleh main line kanan ape cerita tu Paatz...huhu

Lantas,cadangan untuk menggantung lesen pesalah trafik difikirkan jalan terbaik bagi mengubah sikap depe.Yelah, kempen dah selalu,tambah anggota trafik waktu puncak pun sudah,keluarkan saman? buat tak endah je nanti..Bagi Paatz,selagi sikap pengguna jalan raya tu tak berubah,buatla berapa kali Ops pun..kesudahannya tetap sama..

Mengubah sikap, haruslah bermula pada diri kita sendiri..perbetulkan mind set kita.Jalan raya bukan tempat berlumba,tunjuk hero dan sebagainya.Terjemahkan apa yang kita praktikkan dalam bulan Ramadhan yang lalu,didik nafsu agar terpelihara dari sebarang perkara yang tidak baik.




Jom Puasa Enam



Sementelah kita dalam bulan Syawal yang mulia ni,jom kita sama-sama perbaiki sikap kita dengan Puasa Enam.Banyak fadhilatnya,sebagaimana kita tau,amalan sunat ibarat penampal mana-mana amalan fardhu kita yang kurang..InsyaAllah sikap kita lebih positif dan tidak terlalu ikutkan nafsu...

Oh ye,konsert Beyonce dijadualkan akan berlangsung 25 Okt ni.Konsert yang pada mulanya dibatalkan 2 tahun lepas dianjurkan semula.Terfikir Paatz,mana rasional menganjurkan konsert macam ni?nak memperkenalkan Malaysia?banyak cara lain,F11M tu pun boleh kenalkan Malaysia.




Cari Hiburan Yang Sesuai



Ops,bukan Paatz tak sukakan hiburan,sememangnya manusia fitrahnya suka pada hiburan.Tapi biarlah hiburan tu bersesuaian dengan syariat dan tak melampau.Banyak blogger yang memperkatakan benda ni.dan Paatz jumpa juga komen2 pedas...Beginilah,kalo rase benda tu tak baik untuk diri dan sahabat2 kita,jom sama2 kita mengingatkan.Paatz sendiri pun kadang2 terleka...

Berikan komen korang,tekan saja Atom Bergerak dan Paatz pasti seronok berkongsi dengan korangSmile18.com

3 Atom Bergerak :

budin said...

wow cmne wat pic gtu?tangkap laju2 ke..hehe cm kat umah je..

celotehidup said...

Salam, betul tu tentang hiburan tu satu fitrah manusia..Cuma sejauh mana kita menghayati dan mempraktikkan sesuatu hiburan. Benda tu tak jadi haram selagi kita tak leka.. tapi taukah kita apa itu LEKA....?

paatz said...

@celoteh hidup..menarik sekali pandangan kamu =)

Dari pena kimiadanaku

Semua post yang dibuat @ telah dibuat dalam laman ini hanyalah sekadar idea dan pendapat peribadi penulis. Tiada niat untuk menyinggung atau meniupkan sebarang bentuk provokasi, fitnah mahupun penipuan. Komen dan kritikan yang bernas amat dihargai.

Followers

dasdasdsadasdasdasdasdas
There was an error in this gadget

Rakan Paatz