Surat tak rasmi kepada...



"Ko nak ape..ni beg sireh la!!"

Entri ni ditulis untuk mengutuk jenayah ragut yang berlaku kebelakangan ni...Mungkin entri ni tak dapat nak menghukum, mencari,mengadili apatah lagi nak 'mengerjakan' si peragut tersebut.Sekadar produk tindak balas kimia emosi Paatz pada korang yang bergelar PERAGUT..maaf atas kekasaran bahasa

Paatz
www.kimiadanaku.com
9 Disember 09

Peragut...

Weh..Seronok sangat ke korang meragut barang orang? Untung sangat ke hasil nya? cukup beli gam 2-3 tin? Apelah sangat...aku ingat dapat meningkatkan ekonomi negara...Memang aku tak nafikan kerja kau mudah...tak sampai berape saat pun boleh buat.Tapi berapa lama pulak kau nak tanggung dosa tu...kau nak pulangkan apa yang kau ragut? Dia maafkan ke? kalau orang tu dah takda??! Ahh...kau tak pernah nak fikir pun semua tu kan? Yelah, buat masa ni......masa depan?
Hehehe,kau ada fikir masa depan gak ek..IM-Smiley.com

Mak aku sendiri pernah kena kau tau...siapa lagi yang buat kalau bukan kau PERAGUT!!! Nasib baikla aku mase tu gigi dua batang lagi...

Sudahla tu...jangan kau buat lagi ragut-meragut ni.Baik kau carik kerja lain.Lagi banyak income kau dapat dari meragut.Mungkin pada kau jenayah ragut yang kau buat ni kira jenayah tahap 1.Tapi kalau dah melibatkan kematian?tahap apa dah tu?Kesianla pada adik-adik,makcik-makcik,nenek yang kau pernah ragut...

Hmmm,aku takda apa lagi nak tulis pasal kau.Banyak lagi 'surat' bertimbun2 pasal kau..baca je surat khabar,website,blog...semua surat untuk kau,tinggal sampai ke tak je kat kau.Kalau sampai pun,baca ke idak aku pun tak tau...

Yang geram,


Katakan TIDAK pada Jenayah,tekan saja Atom Bergerak dan Paatz pasti seronok berkongsi dengan korang

20 Atom Bergerak :

diaien said...

agak-agak peragut baca ke post ni?? harap-harap ada la yang sesat terbaca post ni. saya sendiri pun pernah kena ragut dan memang kalu terserempak ngan golongan ni, memang saya langgar je ngan kete..

farwalis said...

kalau la dapat diterajang peragut yang baru-baru ni dan mana-manalah kan ke bagus...

pijak sekali.. alamak termarah lak..

Unknown said...

kalu dlu ragut tu hanya merugikan wang ringgit, masih boleh bertolak ansur. tapi skrang smpai nyawa skali diragutnya, mmg ptt hukum maximum pnye.

jgn tolerate dgn jenayah! x(

paatz said...

@diaien..tak tahula paatz,harap2 dia ada terbace la kot..huhu,ada pengalaman diragut eh..

@farwalis..betul3x...ops,ter'emo' lagi

@Lin O..Setuju,hukuman yang maksima dikenakan ke atas peragut2 Malaysia!

zhrhtoodem said...

rasa nak belasah je peragut2 nih semua.kawan aku pun penah kena. haish!

ibu wawa said...

semoga peragut2 ni insaf atas apa yang mereka lakukan sebelum ni...

paatz said...

@zaradgreat dan @ibuemyeqyefy.. semoga diorang betul2 menyesal dan tinggalkan keje tak bagus ni kan

Nurul Akma Bahari said...

tak suka peragut! tak pikir org laen...huhuhu kejam!

ziezue said...

jadi takut nak nek moto g sek..huhu
mcmne nie ...paatz cyg

Asma' Suardi said...

salam ukhuwah...

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

hati nie pun terasa geram jugak bila difikirkan ada mangsa yang meninggal dunia akibat diragut, yang rasa lagi nak marahnya...duit yg dapat x bnyk mana pun, nyawa org laen plak melayang...nauzubillah...

kena beringat terutama perempuan, ada pihak polis menyatakan mereka yang pakai beg berjenama berisiko utk kena ragut..maybe otak diorg tu fikir bnyk duit dlm tu kot...

apa pun, jgn mulut kita plak asyik duk mengutuk tanpa mendoakan mereka supaya sedar & diberi hidayah oleh Allah s.w.t. supaya sedar betapa terkutuknya perbuatan tu...bnyk dosa tu...

-merampas harta @ hak org laen.
-mencederakan org yang tidak bersalah.
-paling berat, menyebabkan kematian mangsa ragut...

ish2...bertaubat la wahai insan...hidup cuma sekali je...kalau dapat larikan diri dari pihak berkuasa, kau tak dapat lari dari pemerhatian Allah s.w.t. serta Malaikat SAKARATUL MAUT...

wassalam...

PertMuffin said...

kehadapan peragut... err... maksut saye, peragut diluar sana yg tiba2 membaca blog encik paatz..

saya doakan semoga diberikan hidayah keatas anda dan sempat kembali kepangkal jalan mcm Earl (My Name is Earl).

bye!

paatz said...

@ziezue..
kamu cepat2la beli keta..hehe

@bidadari besi..
terima kasih atas komen bernas dari kamu ya.harapan kita semua agar dpe ni(peragut) diberi hidayah

@pertmuffin..
ngee..hope dia ad terbace la kan..
=)

Unknown said...

wah..nak kata kat mereka peragut2 tu.kalau berani sgt,pegila meragut rumput di padang.bia jadi sama mcm kambing dan lembu..meragut jugak kan?

Menyusahkan org itu dosa,mencuri itu dosa,menzalimi itu dosa..dah bertimbun dosa.

taubat?salah satu syarat taubat jika kesalahan pd manusia ialah hendaklah dia memulangkan hak manusia tersebut.Mampukah peragut tu nak cari balik org yg dia dah ragut?

Kamsiah yusoff said...

salam
akak bkn nak mengomel berjela2..
cuma nak hukuman lbh berat dikenakan..
bunuh ja...!!!

#cdmHA said...

salamm....

wahai si peragut2 yg terbaca blog nie... insaf la, ooiii.... klu family korang yg senasib mcm si mangsa, mcmne??!!!

PiNk ButTeRfLy said...

kepada ncik peragut..

eh eh, mane layak nak di ncik2kan diorang.

sampah la sape jadi peragut ni, memang sampai bile2 takkan pernah suke ape lagi nak respect same peragut.

ingat 1 hal je, hidup ni karma. what u give u get back.

kalau hari ni kau ragut orang, lain kali mungkin kena kat orang2 yang kau sayang kalau bukan kau sendiri yang jadi mangsa ragut.

cambest je headline "peragut jadi mangsa ragut peragut". hehe.. takpun, "peragut diragut peragut". huhu..

beringat je la. roda hidup sentiasa berputar, tak selamanya kau akan statik je.

zack zukhairi said...

daripada ko buat dosa meragut handbag makcik-makcik yg nak ke pasar, adalah lebih baik kau meragut rumput di balai raya yg sudah terbiar!

fmina08 said...

peragut?? dorang tu dah terdesak sgt la tu..kalo la m'sia ni betul2 m'amalkan ajaran n hukum hakam ISLAM..habes org lelaki(mostly)kudung..jgn marah..

ISZA EDIBLE IMAGE @ MELAKA said...

peragut mmg jahat.. bila la nak dibentras...?

Anonymous said...

peragut?takut la..especially jalan sorg2..ngeri!!!jahat!!!jahat!!!

Dari pena kimiadanaku

Semua post yang dibuat @ telah dibuat dalam laman ini hanyalah sekadar idea dan pendapat peribadi penulis. Tiada niat untuk menyinggung atau meniupkan sebarang bentuk provokasi, fitnah mahupun penipuan. Komen dan kritikan yang bernas amat dihargai.

Followers

dasdasdsadasdasdasdasdas

Rakan Paatz