Showing posts with label isu kritikal. Show all posts
Showing posts with label isu kritikal. Show all posts

Hadiah sebuah kemajuan



Tabur jasa pada negara dengan...

Hadiah...suatu yang bermakna
Boleh jadi kita suka
Dan boleh jadi kita benci
Kita sama-sama perhati
Hadiah sebuah kemajuan

Bangunan pencakar langit merata-rata
Kereta yang dipakai semuanya luar negara
Yang Made in Malaysia pun tak kurang hebatnya
Banyak lagi kalau Paatz nak cerita
Alhamdulillah...
Bangga dengan kejayaan yang dicipta


Hadiah sebuah kemajuan...

Mungkin tak perasan
Atau buat-buat tak perasan
Ada hadiah yang menyakitkan
Adab sopan tinggal kenangan
Rasa hormat tak pernah nak simpan





Caci hina,duit kopi
Bunuh bila tak puas hati
Rompak sana sini
Masalah sosial dan dadah belum tunjuk lagi
Kalau ikut statistik memang grafnya tinggi-tinggi





"Ahh...tepi kain orang Kau tak payah jagakan"
Dialog ghupe gini kawan tak bape kenan
Takpelah,
Manusia punya pilihan
Nak jadi baik atau nak jadi setan
Kita sama-sama tentukan....
Landaskan dengan Syariat dan rasa berTUHAN
Itu mesti jadi panduan

Hadiah sebuah kemajuan....





Berikan komen korang,tekan saja Atom Bergerak dan Paatz pasti seronok berkongsi dengan korangSmile18.com

Surat tak rasmi kepada...



"Ko nak ape..ni beg sireh la!!"

Entri ni ditulis untuk mengutuk jenayah ragut yang berlaku kebelakangan ni...Mungkin entri ni tak dapat nak menghukum, mencari,mengadili apatah lagi nak 'mengerjakan' si peragut tersebut.Sekadar produk tindak balas kimia emosi Paatz pada korang yang bergelar PERAGUT..maaf atas kekasaran bahasa

Paatz
www.kimiadanaku.com
9 Disember 09

Peragut...

Weh..Seronok sangat ke korang meragut barang orang? Untung sangat ke hasil nya? cukup beli gam 2-3 tin? Apelah sangat...aku ingat dapat meningkatkan ekonomi negara...Memang aku tak nafikan kerja kau mudah...tak sampai berape saat pun boleh buat.Tapi berapa lama pulak kau nak tanggung dosa tu...kau nak pulangkan apa yang kau ragut? Dia maafkan ke? kalau orang tu dah takda??! Ahh...kau tak pernah nak fikir pun semua tu kan? Yelah, buat masa ni......masa depan?
Hehehe,kau ada fikir masa depan gak ek..IM-Smiley.com

Mak aku sendiri pernah kena kau tau...siapa lagi yang buat kalau bukan kau PERAGUT!!! Nasib baikla aku mase tu gigi dua batang lagi...

Sudahla tu...jangan kau buat lagi ragut-meragut ni.Baik kau carik kerja lain.Lagi banyak income kau dapat dari meragut.Mungkin pada kau jenayah ragut yang kau buat ni kira jenayah tahap 1.Tapi kalau dah melibatkan kematian?tahap apa dah tu?Kesianla pada adik-adik,makcik-makcik,nenek yang kau pernah ragut...

Hmmm,aku takda apa lagi nak tulis pasal kau.Banyak lagi 'surat' bertimbun2 pasal kau..baca je surat khabar,website,blog...semua surat untuk kau,tinggal sampai ke tak je kat kau.Kalau sampai pun,baca ke idak aku pun tak tau...

Yang geram,


Katakan TIDAK pada Jenayah,tekan saja Atom Bergerak dan Paatz pasti seronok berkongsi dengan korang

Restart

TAK NAK PPSMI

Salam semuanya...Paatz da datang balik..ngee. kemunculan entri sulung selepas mengemaskini diri selama beberapa minggu..ramai yang ingat paatz nak ugrade design blog ni,taklaa..paatz nak mengemasdiri sendiri yang dah berkecamuk skit dengan angan2 dan kemalasan yang memanjang...asik nak mengadap internet je...bergawi' malas kate orang banjar...
Untuk entri kali ni paatz ingat nak rangkumkan semua bende dan perkara yang dah berlaku di sekeliling paatz..

Sepanjang minggu2 sudah,macam2 perkara yang kita tengok,dengar dan baca...yang Paatz suke nak kongsi kat sini tak lain tak bukan,PPSMI yang dah dimansuhkan..secara tak langsung Paatz jugak terlibat terus dalam hal ni.

Tak nak ulas panjang2...menteri dah putuskan,kami di bawah menurut sahaja..BM ke BI, unsur dalam jadual berkala tetap 117,melainkan ade manusia yang menjumpai unsur baru...2x5 tetap 10 dalam bahasa apa sekalipun...kumpulan yang mendesak supaya dasar ni dimansuhkan bolehla lega seket noo,bagi depe yang mendokong pasti kurang senang dengan keputusan ni...

Paatz meraikan pemansuhan PPSMI?

tidak juga...sebenarnya,sejak dari timbulnya isu lulus BI dalam SPM lagi Paatz dah dapat agak keputusannya...mansuhkan PPSMI dan banyakkan jam waktu untuk belajar BI..PPSMI dimansuhkan atas bukan terletak pada faktor beza antara pelajar luar bandar dengan bandar sahaja(dari dulu rasenye ade jurang)...tapi pada keupayaan seorang guru itu menyampaikan isi pelajaran dalam BI...

Tertarik dengan pandangan dari Bahazain dalam Berita Harian semalam, antara petikannya

"perlu difahami bahawa penentangan PPSMI bukan penentangan terhadap bahasa Inggeris dan bukan kerana sebab utama PPSMI menyusahkan murid-murid walaupun itu faktor yang penting..Premis utama penentangan terhadap PPSMI ialah kerana ia akan membantut perkembangan bahasa kebangsaan negara sebagai bahasa ilmu."

Beliau jugak banyak memberi idea dan cadangan macam mana nak mempertingkatkan martabat Bahasa Malaysia itu sendiri supaya setanding dengan bahasa2 utama dunia...

Sains dan Matematik adalah bahasa saintifik dan kritikal..dalam bahasa apa sekalipun,kalo kita tak dapat nak memahami teori2 sains,mustahil kita dapat membentuk masyarakat yang celik dalam bidang ni...harus diingat juga,BI sememangnya bahasa no 1 dunia,tak dapat dinafikan..jadi adik2 semua (termasuk Paatz) wajib menguasai bahasa tersebut sebaik mungkin supaya orang tak "pijak kepala" dan perlekehkan kita...lagi,jangan pulak kita sombong dan bangga diri bila dah bole cakap omputih...jadikan satu bonus untuk memajukan diri sendiri dan agama kita...ok...tutup cite...mau kongsi??


Berikan komen korang,tekan saja Atom Bergerak dan Paatz pasti seronok berkongsi dengan korangSmile18.com

Hujung Nyawa Zionis



Salam semua..entri untuk kali ni paatz nak bercerita tentang satu konvensyen yang diadakan pada Sabtu lepas. lambat aku tahu konvensyen menarik ni.aku tahu pun lepas ajak Muazzin g Teluk Intan, tapi die tak dapat ikut. Dia kate nak pergi Konvensyen Berakhirnya Agenda Palestin...huh? eh..die silap type..Berakhirnya Agenda Zionis (KBAZ) anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) bersama Aman Malaysia ..di PWTC.

Dari tajuk konvensyen tu sendiri aku dah tertarik..aku fikir2kan balik,baik aku g..rugi tak ikut..jadi aku pun tangguhkan nak ke Teluk Intan tu dulu.lagipun takde sape nak teman aku ke sana....

Betul ke dah berakhir agenda Zionis??apa agenda mereka yang sebenarnya??Siapa dalang atau mastermind agenda ni??apa peranan kita dalam isu ni??semua persoalan tu membuak2 dalam kepala otak aku ni...


sumber: galeri PEMBINA

Maka bertolaklah aku ke PWTC dengan Nuar FFcrew awal pagi..kami sampai dalam pukul 7.30...aku teruja bile tengok punyelah ramai orang kat PWTC..hampir2 3000 peserta yang mengikuti konvensyen ni dan rata-ratanya belia2 Malaysia..Alhamdulillah.Disebabkan aku lewat mendaftar, jadi terpaksa wat walk-in registration..yang sedihnya,aku hanya dapat masuk dalam dewan pas pukul 11 pagi nanti..

Ahli2 panel yang dijemput adalah Dr Roslan Mohd Nor dari Malaysia, pakar isu Zionisme...Dr Azzam At-Tamimiy, Pengarah Institut Pemikiran Politik Islam, London yang Kerap muncul sebagai pengantara di rangkaian satelit Bahasa Arab iaitu al-Jazeera dalam bahasa Inggeris dan Arab, dan juga Dr Mohsen Saleh, Pengurus Besar Pusat Penyelidikan dan Perundingan Al-Zaytouna, Beirut, Lubnan,mantan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.Sebanyak lima kertas kerja yang dibentangkan pada hari tu.

  • Kejatuhan Islam dan Kewujudan Negara Israel
  • Sejauh Manakah Kesan Kewujudan Zionis pada Dunia Sejagat
  • Hakikat Zionis dan Agenda yang Dipropagandakan
  • Peranan Seorang Muslim dalam Menghadapi Musuh Zionis
  • Kebangkitan Islam di Palestin dan Status Agenda Zionis Masa Kini

Sepanjang konvensyen berlangung, aku merasakan masih cetek lagi rupanya pengetahuan aku tentang isu ini..banyak lagi yang perlu diketahui.Yang jelas kita perlu tahu membezakan Yahudi dan Zionis.Sewaktu ucapan perasmian,perasmi merangkap Mufti Perlis yang baru Dr Juanda Jaya ada menyebut, zionisme ni satu bentuk penjajahan yang telah berlaku di palestin yang menindas orang islam,malahan katanya orang2 yahudi dan kristian di sana...korang boleh lihat lebih lanjut beza keduanya di SINI..


bintang "star of david"

ISRAEL...sebuah negara haram yang ditubuhkan oleh pelopor Zionism,iaitu Moses Hess dengan menakluk Tanah Palestin pada 14 Mei 1948.

Antara elemen penting dalam agenda zionis adalah kewujudan “The Greater Israel” atau dikenali sebagai “Israel Raya”. Projek Israel Raya merangkumi seluruh kawasan di antara Sungai Nil di Mesir dengan Sungai Euphrates yang merentasi bumi Iraq dan berpusat di Baitul Maqdis.

Dan pada penghujung konvensyen ni, kami peserta2 diingatkan tentang peranan masing2 dalam menghadapi agenda zionis.perlunya umat ini bersatu-padu dan menguatkan ukhwah islam itu sendiri agar dapat berhadapan dengan agenda musuh.Ini adalah JIHAD kita katenye...

"Jihad kita adalah dengan pena,suara dan minda.Jihad kita ialah berusaha untuk kembali kepda sumber kekuatan kita;islam yang telah mengangkat darjat umat terdahulu".Ungkapan yang menarik dan meniup semangat aku yang kadang2 hanyut dek kelekaan DUNIA..

Sumber2 yang paatz rujuk (mesti baca dan aku harap korang leh cari maklumat tentang isu ini..nanti boleh kita KONGSI);

web PEMBINA
Berakhinya agenda zionis
PmFST UKM
suatuharinanti.wordpress

Bila Perang jadi Mainan




klik pada gambar untuk melihat keputusan undi 2..


Salam semuanya...entri nie tak panjang mana..tapi tengah dok2 menge'surf' jumpa site ni...minta kita vote antara Israel terlaknat dan palestin saudaraku..siapa yang kamu pilih? Paatz melihat undian ini sebagai salah satu cara kita menyatakan pendirian kita terhadap perkara nie.. namun harus diingat..tanpa usaha memboikot barangan keluaran ISRAEL dan mendoakan rakyat palestin, undian ni tak membawa ap2..





Selamatkan ya Allah



salam ... keganasan rejim israel semakin membuas...tanpa ,mengira siapa sasaran mereka, asalkan sasaran itu adalah umat ISLAM...satu usaha protes Paatz yang tak seberapa ni..pada yang nak amek gambo ni, dipersilakan....jom kita sebar2kn sama2 blogger2 sekalian!!!

Kami disini...Kamu?


MINTA DI BACA DAN DIHAYATI...KONGSI



“ Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”



DISINI...


Alhamdulillah,kita dapat makan apa saja kita nak..siap ada Open House lagi tiap2 celebration

DI SANA PULA...


mereka menanti ...adakah rezeki mereka hari ni???

DI SINI...


waaa...kita sibok menebang pokok untuk pembangunan


DI SANA PULA...


bullDozer nih digunakan untuk menghalau rakyat...no resident here!!!

KAT SINI...


bile petang Adik2 kita seronok bermain teng2...bola sepak...taqraw...

KAT SANA...


Adik kita sorang ni hanya bermain dengan kereta kebal nie...


p/s- Mari kite Sentiasa bersyukur dan mendoakan kesejahteraan mereka di SANA dan kita di SINI ..."KONGsi"



Seat belt YeAr !!!


"adik kici...mau pigi mana?..."

Salam semuanya...wah...rata2 blog2 yang aku kunjungi menerima banyak e-card comel2..aku je tak banyak..hu..takpe..paatz tak kisah..hoho,1 Jan 09 maka berkuatkuasalah undang2 pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang...nengok berita tadi, 242 saman dah dikeluarkan JPJ..huhu...



Pada sesapa saja pemilik kenderaan sendiri tu...ingatkan penumpang korang kat belakang...tak pasal2 melayang 300 korang..Jangan pandang sebelah mata saja tau peraturan yang dibuat ni..semuanya dibuat untuk keselamatan kita..


Kalo lebih 3 orang camne?

hoho..takpe...penguatkuasaan pemakaian tali pinggang belakang hanya untuk 3 orang penumpang di belakang sje..jadi koran tak perlu risau sekiranya membawa lebih dari 3 penumpang..rujuk di sini

Malang tak berbau..takde sapa yang tahu...bile kite dah tahu,akan pentingnya tali pinggang belakang tu, jangan pula malu2...pakaila tanpa segan silu..kemana saja kau tuju, insyaAllah korang selamat selalu...


REviEW



Salam semua...maaf dah lama tak update blog..dah lama jugak tak online, atas hal2 yang tak dapat dielakkan aku tak dapat nak meng'update' entri..hu..'cuti' jap..entri kali ni takde nak cite ap2,cuma terasa nak REVIEW dan UPDATE Entri aku yang dulu tentang KOD Etika dalam Blog..boleh rujuk entri 2 di sini (pada yang belum baca aku ajak korang membacanya)


Kenapa nak review entri 2 Paatz ?

Aku terpanggil nak review semula entri 2 untuk bacaan kawan2 aku dalam dunia blogging ni , dan nak berkongsi lagi tentang pentingnya meletakkan tanggungjawab dan etika sebagai perkara utama ketika kita semua mem'blogging' ni.

Korang semua pasti da maklum tentang blog seorang Wanita yang didakwa membuat blog penghinaan ke atas Nabi Muhammad S.A.W....Wanita tersebut telah diminta memberi keterangan bagi kes tersebut. Yang aku dengar wanita tu telah dianiaya,ade orang sabotaj dia...


Jadi ?

Trend blog kini jadi satu medium yang amat berpengaruh dan berkesan selain dari media2 yang lain..Dan para blogger mempunyai objektif dan sebab tersendiri kenapa depe mem'blogging'...bercerita tentang peribadi, isu semasa , makanan, gosip , dan macam2 lagi..banyak blog yang dihasilkan....dan mereka ada stail, gaya , dan "aptitude" yang unik untuk menarik pembaca blog diorang sentiasa melawat blog tu...


Perlu ke kita ada kod etika dalam blogging ?

HUhu...bagi aku,PERLU..tapi taklah se 'formal' kod etika-kod etika yang lain..cuma rasa bertanggungjawab dan amanah dalam setiap isi kandungan blog yang dihasilkan...sudah cukup menunjukkan blogger tu matang dan menjaga Sensitiviti sesuatu perkara ... tu yang penting... jadi kita berkongsi ilmu dan buah fikiran, kita juga dapat tambah kenalan maya...kan?


p/s- Aku fikir Aku tulis Aku kongsi



Aku Mahu Belajar Lagi



Salam semuanya...sihat?harapnya camtu la kan..hari minggu ni tak tau nak watpe..so update entri la eh..dah lama terfikir nak wat entri ni,tentang ilmu,mmm slalu dah kita dengar,tengok,baca...cuma dalam entri ni aku nak kongsi dengan korang kepentingan ilmu kehidupan...erk,ilmu kehidupan?takde dalam KBSM pun,kat U subjek Etika adala...apa ni?ajaran ayah Pin ka?

Kui3..jangan2..nnt orang kate Paatz bagi ajaran sesat lak..Pada aku,ilmu kehidupan boleh ditakrifkan (suka ati Paatz je..kui3) sebagai ilmu yang diperolehi secara tak formal..melalui ilmu2 ini kita dapat mengenal kehidupan..kehidupan apa yang kau maksudkan?apa tak cukup ke apa yang aku blaja kat sekolah?dah tercapai pun cita2 aku nak jadi doktor,lawyer,cikgu,usahawan berjaya,mahupun ahli muzik???belum cukup kalo kita tak manfaatkan sebaiknya...dan ilmu kita tak pernah cukup..setitis air yang menitis yang kita celup kat lautan,tu je lah ilmu yang kita ada..Hanya DIA yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana..

Dengan ilmu,kita dapat kenal kehidupan...dengan ilmu kita lebih mensyukuri nikmat..dengan ilmu kita dapat memperbaiki diri...pepatah arab ada menyebut, "Ilmu yang tak diamalkan,ibarat pokok yang tak berbuah..."

Orang boleh kata,walaupun ia tak berbuah,namun dapat dijadikan tempat berteduh,sumber oksigen pada manusia...Tapi kan lebih seronok kalo buah yang 'dihasilkan' itu dapat memberi manfaat yang lebih kepada manusia...manusia dapat makan buah tu kan?dan jika hasilnya banyak,boleh dijual...inilah yang aku nak kongsi dengan korang...ILMU yang kita perolehi,walau apa ilmu sekalipun, kalo kita sampaikan pada orang lain, kita gunakan sebaik2nya ilmu tu,pasti akan diberkati...

Umum kita semua tahu, Kehidupan di sini hanya sementara, kita ber'cucuk tanam' disini..hasilnya kita akan dapat nanti..InsyaAllah..terpulang pada interpretasi memasing kehidupan apa yang kita cari kat dunia ni...kita nak jadi doktor,blaja ilmu kedoktoran...maka kau dapatlah jadi doktor..nak jadi usahawan?blaja bidang perniagaan misalnya..jadilah kau..Jika kau kejar erti kehidupan yang sebenar?

p/s- Apa yang ada...jarang disyukuri..apa yang tiada,sering dikesalkan...Dunia ibarat air laut...
Diminum hanya menambah HAUS....

aku merujuk : Ilmu syarat utama kenali kehidupan , Adab menuntut ilmu




Melayu hilang tuan...

Salam..utk entri kali nih,aku tertarik nak kongsi dengan korang tentang hal ni...isu ketuanan melayu...akhir2 nih, banyak pihak memperkatakan perkara ni..terbaru,bekas Menteri Kesihatan..hehe..merangkap timbalan presiden MCA,Datuk Seri Dr Chua Soi Lek..mengatakan bahawa ketuanan melayu sudah tidak lagi relevan.. huh? tak RELEVAN?(perkataan yang kerap sangat kite dengar skrang...kui3)...kenyataan beliau terus disangkal beberapa pihak seperti pertubuhan bukan kerajaan NGO,GPMS dan sebagainya...belum pun settle,Ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun pula menyokong kenyataan yang dibuat oleh timbalannya dalam satu seminar di Subang Jaya,yang mengatakan ketuanan melayu sudah tidak relevan lagi...menurutnya lagi,walaupun pendapat mereka tidak selari dengan parti komponen yang laen(upsss...politik???kotor...),namun apa yang penting adalah semangat kerjasama antara mereka...kononnya generasi muda sekarang telah memberi satu isyarat kepada pemimpin mereka bahawa parti mewakili kaum tidak lagi relevan..(lagi sekali..)

Yang aku nak tarik perhatian korang semua...Majoriti dalam negara kita adalah Melayu...dan kaum Melayu adalah satu2nya kaum yang diiktiraf beragama islam..(tak ingat mane resources aku dapat..)..persoalannya...

*Apakah dengan KETUANAN MELAYU dalam konteks situasi sekarang,bermaksud kita jadi 'tuan' kepada kaum2 yang lain?

*Apakah dengan kenyataan yang dibuat dianggap biadap akan membawa provokasi antara kaum(seperti 13 Mei 1969) ?

*Apakah dengan kenyataan ini juga akan wujud perkongsian kuasa pentadbiran di Malaysia?

Semua warganegara Malaysia harus memperakui akan hak keistimewaan orang Melayu...begitu juga seperti yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia yang mengiktiraf agama islam sebagai agama rasmi di Malaysia...namun begitu,semua kaum bebas mengamalkan budaya dan agama masing2...

Tak apa jika kita semua tak bersetuju dengan kenyataan tersebut..(aku pun tak setuju..)..cumanya...kita semua perlu muhasabah balik diri kita...kemudian masyarakat kita...remaja2 kita sekarang...aku risau tengok gejala sosial zaman sekarang...banyaknya yang terjebak ,anak melayu(mintak maaf..) sangat banyak kes jenayah juvana yang berlaku.cuba kita bayangkan jap ek....kita dah berkahwin,ade anak2...bahagia kan?tapi..tanggungjawab kita sangatlah berat utk mendidik anak2 kite,bagi tarbiyyah yang secukupnya agar tak tergelincir mahupun tersungkur di lembah sosial yang melampau..anak2 kita nanti yang akan menjadi penyambung warisan Ketuanan Melayu yang kita pertahankan sekarang...kalo anak2 kita nanti (khususnya Melayu yang beragama ISLAM) majoritinya terjebak dengan masalah sosial...camne kite nak pertahankan lagi ketuanan melayu tu???

Cukup setakat tu dulu...aku sebenarnya kurang jelas maksud ketuanan melayu tu sendiri..bagi aku...ISLAM adalah segalanya...the way of life...tak mengira kaum,warna kulit seseorang..bezanya cuma satu TAQWA...buat kawan2 n teman bloggers sekalian,teruskan ber'blogging'...tak kiralah apa yang korang tulis atau nukilkan tu..janji ia membawa sesuatu yang bermakna buat kita...sebab rata2 bloggers yang aku kenal adalah bangsa aku sendiri,seagama dengan aku...MELAYU & ISLAM..hehe...entri ni wat aku cam nak ubah stail aku berkarya la plak...huhu,cane yek?=p



Penyambung Warisan

Dari pena kimiadanaku

Semua post yang dibuat @ telah dibuat dalam laman ini hanyalah sekadar idea dan pendapat peribadi penulis. Tiada niat untuk menyinggung atau meniupkan sebarang bentuk provokasi, fitnah mahupun penipuan. Komen dan kritikan yang bernas amat dihargai.

Followers

dasdasdsadasdasdasdasdas

Rakan Paatz