Penjara Pudu-==-Mansuh UPSR dan PMR


Sepertimana yang kita semua maklum, tembok ini akan
dirobohkan. Tembok yang memisahkan dunia 'gelap' sang penjenayah dengan
masyarakat luar. Tempat ini begitu signifikan dengan diri Paatz.
Mengimbas kehidupan 19 tahun yang lalu,di waktu ayah masih lagi bertugas
sebagai pegawai penjara.Inilah kawasan kami bermain



Manis rasanya zaman itu.Penuh dengan riang.Sarat dengan keseronokan walaupun
tanpa internet,facebook,mahupun astro.Membesar bersama Gaban,Suria Perkasa
Hitam dan Ultraman.Hehe..

UPSR dan PMR Dimansuhkan

Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin ada memaklumkan
kementeriannya (majikan Paatz) bercadang untuk memansuhkan dua peperiksaan
awam Malaysia,iaitu UPSR dan PMR sebagai langkah menyediakan pembelajaran
holistik yang lebih berkesan tanpa terlalu berpusatkan peperiksaan.

Satu langkah baik bagi memantapkan lagi kokurikulum sekolah dan menyediakan
ruang yang secukupnya bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi Jasmani Emosi Rohani dan Intelek,selaras dengan Falsafah Pendidkan
Kebangsaan.

Pendapat Paatz,mungkin UPSR masih lagi relevan untuk memberi peluang kepada
pelajar yang benar-benar cemerlang ke sekolah berasrama penuh bagi
mengembangkan lagi potensi mereka.UPSR masih lagi relevan bagi memastikan
kesemua pelajar yang berada di peringkat sekolah rendah telah menguasai
kemahiran asas( menulis - mengira - membaca) secara total.Pengalaman tak seberapa Paatz ,masih lagi terdapat pelajar menengah yang belum fasih membaca.Ini menyukarkan pelajar tersebut untuk melalui proses pembelajaran.

Moga dengan langkah ini,akan lahir lebih ramai lagi insan yang berintegriti dan bersahsiah tinggi yang sentiasa berjuang untuk agama,bangsa,dan negara =)


Berikan komen korang,tekan saja Atom Bergerak dan Paatz pasti seronok berkongsi dengan korangSmile18.com

6 Atom Bergerak :

ziezue said...

sistem pembelajaran di msia mmg berpusatkan kpeada peperiksaan...mungin cdgn ini releven utk memnsuhkan upsr n pmr..n digantikn kp penilaian yg lain yg tidak terlalu membebankan....<3

p/s comel la awk paatz...heheh

paatz said...

@ziezue..betul tu,cuma Paatz rasa UPSR masih perlu dijalankan.

p/s-budak2 kecik dulu mmgla comel

Anonymous said...

paatz:he..taktaula..tp sy x stuju kalau mansuhkan upsr dan pmr..;)
ziezue:exam upsr dan pmr terlalu membebankan ke?;P

hamzah ian said...

UPSR NGAN PMR MMG PERLU MANSUH KOT.. SKRG NI BDK2 NAIK TINGKATAN SECARE AUTOMATIK, MAKNENYE BUDAK2 TAK PANDAI BACE PUN NAIK TINGKATAN. BUDAK2 FAIL UPSR PUN NAIK FORM1.. KALO KATE BUDAK2 TAK BLAJAR KALO XDE EXAM TU XDE KOT.. SBB KAN ADE SBP. SAPER NAK MASUK SPB KENE LA AMBIK EXAM.. BUDAK2 TAK PANDAI BACE TU BUAT LA LATIHAN PAPE KE

sharifah said...

UPSR & PMR patut dikekalkan, program lain tu sebagai tambahan..para pelajar perlu memenuhi masa yang terluang agar tidak terbuang dengan sia-sia, bangsa lain x pernah merungut tentang pendididkan sedangkan mereka sentiasa ingin memantapkan pendidikan untuk anak-anak mereka agar mencapai kecermerlangan, contohnya mengapa anak-anak mereka fasih berbahasa English. sebab itulah mereka maju daripada org melayu.nampaknya yang seronok untuk memansuhkan UPSR & PMR ialah org melayu.Anak-anak perlu dilatih untuk berusha dengan lebih gigih bagi mencapai kecermerlangan agar bangsa melayu mampu bersaing dengan kaum lain dan setanding dengan mereka.Mampu berdikari dalam pelbagai bidang agar tidak bergantung dengan bangsa lain.Jangan mewarisi bangsa yang mundur dan terhimpit dibumi sendiri.

cermin mata said...

artikel yang bagus sekali

Dari pena kimiadanaku

Semua post yang dibuat @ telah dibuat dalam laman ini hanyalah sekadar idea dan pendapat peribadi penulis. Tiada niat untuk menyinggung atau meniupkan sebarang bentuk provokasi, fitnah mahupun penipuan. Komen dan kritikan yang bernas amat dihargai.

Followers

dasdasdsadasdasdasdasdas

Rakan Paatz