Ops Sikap ke ops KIRE???



Hari tu(tak ingat bile ntah),pas aku ngan housmate bukak pose kat umah,b4 kitorang nak g solat tarawikh,Muaz rumate aku bukakla tv3 tgk brite jap,sambil mengempiskan perut yang 'overload' dek kerana tamak makanan..hihi..terdengarla dialog si pembaca berita 2...."Jalan Bandaran mencatatkan jumlah kemalangan paling tinggi dengan 541 kes, diikuti jalan Persekutuan (326 kes), jalan Negeri (177 kes), lebuh raya (102 kes) dan jalan lain (39 kes) dengan 8,860 saman dikeluarkan...." .."aaiii ni dah macam Ops Kira je...ke Ops Sikap???,"kata Muaz..

Seperti biasa Ops Sikap yang kita semua tahu,akan dilancarkan bila tibanya musim perayaan...Selalu muncul bile sambutan Hari Raya,Deepavali,tahun Baru Cina,dan sebagainya...Ops Sikap nih dilancarkan wat pertama kalinya pada 9hb Disember tahun 2001 bertujuan memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati dan berhemah ketika memandu...dari tahun ke tahun,statistik data kemalangan jalan raya yang berlaku dari tahun 1995 hingga 2007 menyaksikan bilangannya sentiasa meningkat dari 162,941 kepada 363,319 kemalangan dicatatkan..dan daripada perangkaan tersebut terdapat kira-kira 5000 ke 6000 kematian ...subhanAllah..

Kalo sapa yang blaja statistik tu,tau la betapa peningnya tgk nombor2 nih.asik ngadap ni je..tapi ni statistik kemalangan jalan raya,statistik yang boleh dielakkan daripada bertimbun2 nombornya...namun malang tak berbau..ya..sebab dia bukan sebuah makanan..erk..aku tak buat lawak...tapi 2 kenyataan..kite kene sentiasa beringat dan berwaspada.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 23hg September lalu telah melancarkan Ops Sikap ke-17 secara serentak di seluruh negara dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan dan membendung kemalangan maut ketika sambutan perayaan Aidilfitri..sekali lagi..bukan apa,dah 17 kali operasi ni dijalankan,dan selalu aku tengok bilangan memang menggerunkan..

Bukan apa,kadang2 sedih sebab dah brape kali dah Ops Sikap dijalankan,tapi pengguna jalan raya wat do know je...(termasuk la aku..huhu)..tahap kesedaran dan hati2 2 tak muncul bile kite dah ada dalam jalan.ada 2 kite dah berhati2,tapi org lain yang wat spoil...prob jugak..hurmm..speed limit kalo boleh nak lebih,walaupun kau bwak Kancil 660 cc..siap berhimpit kat dalam 2..tali pinggang kalo ada JPJ atau road block baru nak pakai,kalo ngantuk tak nak rehat..bile jem seket dah bising2...potong time kat double lane...tak penah nak bertimbang rasa..asik nak timbang berat badan ,nak tgk dah brape kg turun pose tahun ni..hah...camne kempen yang dijalankan nak berhasil?

Nak didik ketam yang dah sememangnya berjalan mengiring mmg susah tapi tak mustahil pada manusia..sebab ketam takda akal...manusia ada..tapi akal tanpa kewarasan dan pedoman pun tak cukup..sebab manusia ada NAFSU..yang sesuka hati die nak wat pe yang die nak...Bapak borek,anak rintik? haa...tang ni aku pun sama..yang aku daapt tgk,kadang2 cara pemanduan aku tu 2x5 je dengan ayah aku..sebab 2 kite kene ada kesedaran...SEDAR...camna nak sedar?bile kite dah 'terhantuk'...sepatutnya tak payah tunggu terhantuk.kan sakit 2.tgk org terhantuk pun dah cukup sepatutnya wat kite sedar..

Semua pihak wajib bersama2 mengurangkan kadar kemalangan jalan raya..sikap 2 mmg perlu diubah..mentaliti kene betul..cume kite ni manusia..sering LUPA..apa yang boleh kite wat?saling mengingatkan antara kite..2la fungsi kite..ni ada tips sket..korang leh baca..*tips pemanduan berhemah

apa2pn,sediakan payung sebelum hujan...nnt basah kuyup ko kang..demam....

0 Atom Bergerak :

Dari pena kimiadanaku

Semua post yang dibuat @ telah dibuat dalam laman ini hanyalah sekadar idea dan pendapat peribadi penulis. Tiada niat untuk menyinggung atau meniupkan sebarang bentuk provokasi, fitnah mahupun penipuan. Komen dan kritikan yang bernas amat dihargai.

Followers

dasdasdsadasdasdasdasdas

Rakan Paatz