Chat box 8tv kene tutup

Selamat Hari Raya semua...laa ni dah raya keempat,hari ni I'Allah dah start pose enam...aku dah balik umah dah.3 hari je kat kampung.tgh aku belek2 utusan online,terpapar la brite ni.."Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) menggantung serta merta perkhidmatan laman sembang yang disiarkan stesen televisyen 8TV selepas ia disalah guna oleh penonton untuk mencari pasangan seks..." oiitt..berpada2 la...

Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, penggantungan itu berkuat kuasa sehingga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyelesaikan siasatan terhadap laman sembang berkenaan.Beliau turut memberi amaran kepada stesen-stesen lain yang memiliki laman sembang supaya mengetatkan penapisan atau dikenakan tindakan serupa...


ni la padahnya kalo chat box 2 tak dipantau..kuar yang bukan2..antara isi dalam chat box 2 lebih kurang kuar gni.."mummy yang berumur 30 tahun ke atas, woi la saya k... saya perlukan khidmat anda, kalau anda memerlukan khidmat saya, woi la saya, area KL diutamakan”.macam2 g..bile sorang dah lepas tulis cam2,yang lain pe lagi...

apa tujuan chat box kat tv diwujudkan sbenarnya?menurut firasat aku,ade beberapa tujuan chat box nih:
  • Menambah koleksi pengunjung tv berkenaan
  • Menjadikan siaran mereka lebih menarik(interaktif)
  • Memberi keuntungan kepada syarikat telekomunkasi...hehe
  • tv lain ade,dpe pun nak la jugak wat...
seharusnya , chat box ni boleh dijadikan satu wadah atau ruang pengunjung2 @ penonton memberi komen atau reaksi secara maya dan spontan terhadap sesuatu perkara atau peristiwa(macam tv3 wat tyme buletin Utama 2 kot)..boleh juga chat box ni diguna pakai utk penonton bagi ucapan selamat hari raya ke,deepavali ke,tahun baru cine dan sebagainya..mencari kwan2 yang dah lama tak jumpe,saudara2 lama..

lagi satu,tang cas yang dikenekan pada penghantar msg tersebut..ada 50 sen, ada yang singgit, ada 1.50, rate die berbeza2...pada aku,rate ni dah mahal,tak bebaloi aku rasa kalo stakat nak nama kite kuar kat TV nk tunjuk kat org ramai...kui3...ada banyak cara lain nak meng'expose'kan diri...

ap2pun,benda ni tak salah,teknologi yang dicipta 2 utk memudahkan orang ...orang yang buatkan teknologi jadi satu masalah..pihak stesen tv kene alert lebih sket msg2 yang masuk,jangan sampai menyimpang dari tujuan asal..patuhi syarat yang dah ditetapkan...korang lak yang nak send 2,pikir la dulu b4 anta...

p/s- "Anda mahu ringtone ini????antakan YA kepada 999...

0 Atom Bergerak :

Dari pena kimiadanaku

Semua post yang dibuat @ telah dibuat dalam laman ini hanyalah sekadar idea dan pendapat peribadi penulis. Tiada niat untuk menyinggung atau meniupkan sebarang bentuk provokasi, fitnah mahupun penipuan. Komen dan kritikan yang bernas amat dihargai.

Followers

dasdasdsadasdasdasdasdas

Rakan Paatz