bersihkan hatimu itu...

salam....hari nih aku penat sket..tadi g kajang cari kedai print..hu.alhamdulillah,jumpa..dah print pun....hari ni tak larat nak ziarah kawan2 bloggers sume...penat dah 'berjalan' ni...untuk entri kali ni mari kita berkongsi rahsia membersihkan hati korang dan hati aku...semoga kita sentiasa di dalam keredhaanNya...

Review zaman dlu2 aku...zaman sekolah dulu , persekitaran aku semuanya baik belaka...alhamdulillah,diberi didikan ,dakwah dan tarbiyyah ..cuma kadang2 aku tak ambil endah tarbiyyah yang diberikan..membuatkan jati diri aku sekali sekala terumbang ambing dek kene ribut dan petir dunia...adusss...mujur ade 'payung',elak dari basah kuyup..namun,terkene jugak percikan air dan anginnye...di sinilah aku perlukan sebuah rumah utk aku berteduh didalamnya...semoga dengan rumah tu aku tak terkene selsema atau demam kesejukan....
bile terkene selsema dan demam kesejukan tu...aku perlukan ubat yang sesuai dan juga selimut...maka aku nak berkongsi dengan korang jenis2 ubat dan selimut yang sesuai digunakan ketika ini...

pertamanya...Solat....ni penting..ubat mujarab bagi penyakit selsema dunia ni...bila kita jaga solat kita ,dengan mudah kita dapat melawan penyakit tersebut...peringatan untuk diriku jua....huhu

kedua...baca Al-Quran...ni juga penting bagi recover blk tenaga kita....sebgai supplement ubat solat tadi...

yang ketiganya...zikrullah...mengingati Allah...selimut paling hangat....dapat melawan kesejukan yang dihidapi..kebanyakan dari kita gagal menggunakn selimut ni sebaik mungkin...lupa nak pakai besenye...yela...ade banyak sangat selimut agaknya...

keempat...tawakkal dan selawat ke atas junjungan SAW...semoga dlimpahi syafaat junjungan baginda...=)


p/s-"baiki diri jadi baik...bantu orang lain jadi baik...."

2 Atom Bergerak :

Anonymous said...

Hati hiba mengenangkan dosa2 y telah kulakukan...hati pilu mengenangkan diri yang hanyut lemas di lembah maksiat...ya Tuhanku terimalah..taubat hamba y berdosa padaMu.. =(

"Wahai Tuhan yang Maha Pemurah
Terangilah ku dengan nurimanmu
Hanya kau tempat ku berserah
Mohon magfirah di dalam syahdu

Wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Ampunilah segala dosaku
Laksana bumi di laut memutih
Hanyut ditelan gelombang nafsu

Hari hari yang telah aku lalui
Ingin ku tinggalkan terus bersemadi

Ingin aku kembali kepada fitrah insani
Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi
Bebaskan lah diriku dari di belenggu
Dosa noda nafsu durjana"

Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:

"Janganlah kamu banyak berbicara tanpa berzikir kepada Allah,
kerana sesungguhnya itu mengakibatkan hati menjadi keras.
Sesungguhnya orang yang paling jauh dari Allah
ialah orang yang berhati keras"
(Riwayat Tarmizi)

MOGA kudiberi kekuatan melangkah kembali hampir padaMu Rabbul Izzati. MOGA ku diberi kesempatan ketemu Doktor pengubat jasad dan rohani,merawat sakit duniaku yang nazak. MOGA diriku diterima Tuhan setelah jauh berpaling. MOGA ku x goyah pada taubat sebelum nyawa meninggalkan badan...ku pohon padaMu tuhan...dimatikan dalam IMAN

p/s mmm....sdih...byk dosa..doakan smge diberi kekuatan.

paatz said...

insyaallah..

Dari pena kimiadanaku

Semua post yang dibuat @ telah dibuat dalam laman ini hanyalah sekadar idea dan pendapat peribadi penulis. Tiada niat untuk menyinggung atau meniupkan sebarang bentuk provokasi, fitnah mahupun penipuan. Komen dan kritikan yang bernas amat dihargai.

Followers

dasdasdsadasdasdasdasdas

Rakan Paatz