Melayu hilang tuan...

Salam..utk entri kali nih,aku tertarik nak kongsi dengan korang tentang hal ni...isu ketuanan melayu...akhir2 nih, banyak pihak memperkatakan perkara ni..terbaru,bekas Menteri Kesihatan..hehe..merangkap timbalan presiden MCA,Datuk Seri Dr Chua Soi Lek..mengatakan bahawa ketuanan melayu sudah tidak lagi relevan.. huh? tak RELEVAN?(perkataan yang kerap sangat kite dengar skrang...kui3)...kenyataan beliau terus disangkal beberapa pihak seperti pertubuhan bukan kerajaan NGO,GPMS dan sebagainya...belum pun settle,Ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun pula menyokong kenyataan yang dibuat oleh timbalannya dalam satu seminar di Subang Jaya,yang mengatakan ketuanan melayu sudah tidak relevan lagi...menurutnya lagi,walaupun pendapat mereka tidak selari dengan parti komponen yang laen(upsss...politik???kotor...),namun apa yang penting adalah semangat kerjasama antara mereka...kononnya generasi muda sekarang telah memberi satu isyarat kepada pemimpin mereka bahawa parti mewakili kaum tidak lagi relevan..(lagi sekali..)

Yang aku nak tarik perhatian korang semua...Majoriti dalam negara kita adalah Melayu...dan kaum Melayu adalah satu2nya kaum yang diiktiraf beragama islam..(tak ingat mane resources aku dapat..)..persoalannya...

*Apakah dengan KETUANAN MELAYU dalam konteks situasi sekarang,bermaksud kita jadi 'tuan' kepada kaum2 yang lain?

*Apakah dengan kenyataan yang dibuat dianggap biadap akan membawa provokasi antara kaum(seperti 13 Mei 1969) ?

*Apakah dengan kenyataan ini juga akan wujud perkongsian kuasa pentadbiran di Malaysia?

Semua warganegara Malaysia harus memperakui akan hak keistimewaan orang Melayu...begitu juga seperti yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia yang mengiktiraf agama islam sebagai agama rasmi di Malaysia...namun begitu,semua kaum bebas mengamalkan budaya dan agama masing2...

Tak apa jika kita semua tak bersetuju dengan kenyataan tersebut..(aku pun tak setuju..)..cumanya...kita semua perlu muhasabah balik diri kita...kemudian masyarakat kita...remaja2 kita sekarang...aku risau tengok gejala sosial zaman sekarang...banyaknya yang terjebak ,anak melayu(mintak maaf..) sangat banyak kes jenayah juvana yang berlaku.cuba kita bayangkan jap ek....kita dah berkahwin,ade anak2...bahagia kan?tapi..tanggungjawab kita sangatlah berat utk mendidik anak2 kite,bagi tarbiyyah yang secukupnya agar tak tergelincir mahupun tersungkur di lembah sosial yang melampau..anak2 kita nanti yang akan menjadi penyambung warisan Ketuanan Melayu yang kita pertahankan sekarang...kalo anak2 kita nanti (khususnya Melayu yang beragama ISLAM) majoritinya terjebak dengan masalah sosial...camne kite nak pertahankan lagi ketuanan melayu tu???

Cukup setakat tu dulu...aku sebenarnya kurang jelas maksud ketuanan melayu tu sendiri..bagi aku...ISLAM adalah segalanya...the way of life...tak mengira kaum,warna kulit seseorang..bezanya cuma satu TAQWA...buat kawan2 n teman bloggers sekalian,teruskan ber'blogging'...tak kiralah apa yang korang tulis atau nukilkan tu..janji ia membawa sesuatu yang bermakna buat kita...sebab rata2 bloggers yang aku kenal adalah bangsa aku sendiri,seagama dengan aku...MELAYU & ISLAM..hehe...entri ni wat aku cam nak ubah stail aku berkarya la plak...huhu,cane yek?=p



Penyambung Warisan

1 Atom Bergerak :

Anonymous said...

tak paham politik sekarang!!

Dari pena kimiadanaku

Semua post yang dibuat @ telah dibuat dalam laman ini hanyalah sekadar idea dan pendapat peribadi penulis. Tiada niat untuk menyinggung atau meniupkan sebarang bentuk provokasi, fitnah mahupun penipuan. Komen dan kritikan yang bernas amat dihargai.

Followers

dasdasdsadasdasdasdasdas

Rakan Paatz