Ucapan takziah...

Salam...lama dah tak masukkan entri terbaru...sebelum tu..ucapan takziah ke atas keluarga Datuk Razali Ismail , Timb Menteri Pelajaran yang meninggal dunia pada 28NOv 2008 di Institut Aminuddin Baki..juga ucapan takziah buat mangsa2 yang terlibat dalam bencana tanah runtuh yang berlaku awal pagi tadi di Bukit Antarabangsa,Hulu Klang...pagi tadi aku tengok berita...hari ni takleh gerak sangat..blakang badan sakit..banyak duduk tengok tv je...tdo..sebelum tu kita dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh di KKB,2 nyawa terkorban...sayu dan sedih dengar n tengok berita tadi...Allah Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa..mohon perlindungan dari malapetaka...



foto The Star NADZRIN MOHD ALIM

Jurucakap Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) yang berada di tempat kejadian(Bukit Antarabangsa) berkata terdapat empat mangsa korban dalam insiden kira-kira jam 4 pagi tu.. PBSM juga melaporkan kira-kira 15 orang pula dilaporkan cedera dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapat rawatan, lapor Bernama.Banglo yang tertimbus itu melibatkan lapan unit banglo di Taman Bukit Utama dan enam unit di Taman Bukit Mewah, demikian menurut jurucakap bomba dan penyelamat yang berada di tempat kejadian.Kejadian tanah runtuh itu telah mengakibatkan jalan utama ke kawasan perumahan terbabit terputus dan beratus orang terperangkap di Bukit Antarabangsa.


foto : BERNAMA...Na'uzubillah...

Terus Perdana Menteri mengarahkan semua aktiviti atau projek2 yang nak dijalankan di kawasan bukit dihentikan serta-merta...satu tindakan yang mungkin agak terlambat...namun diharapkan akan ada tindakan susulan yang berpanjangan selepas ni daripada pihak yang berwajib..bukanlah tindakan 'hangat2 tahi ayam...mahupun tahi kambing..'...

0 Atom Bergerak :

Dari pena kimiadanaku

Semua post yang dibuat @ telah dibuat dalam laman ini hanyalah sekadar idea dan pendapat peribadi penulis. Tiada niat untuk menyinggung atau meniupkan sebarang bentuk provokasi, fitnah mahupun penipuan. Komen dan kritikan yang bernas amat dihargai.

Followers

dasdasdsadasdasdasdasdas

Rakan Paatz