Petisyen !!!



salam...entri kali ni nak kongsi dengan korang pasal petisyen yang mendesak krajaan ngan penguatkuasa tempatan supaya mengasingkan produk halal dan haram di pasar raya2 besar dan kedai2 runcit di Malaysia...Petisyen ni boleh dilayari dan ditandatangani secara online di Macom...

Menurut kata orang kuat Macom ( Persatuan Penggerak Pembangunan Komuniti Malaysia ) , petisyen nih dibuat kerana kedapatan kedai2 atau pasaraya besar yang mencampuradukkan produk yang halal dan yang haram khususnya arak dan daging babi..

Sepanjang aku membeli belah di pasaraya mahupun kedai depan umah...alhamdulillah barangan tersebut diasingkan ...kat 7E tak rasenye...bercampur dalam satu peti ...ermm...

Antara perkara yang turut disentuh oleh Macom adalah pengendalian barangan tersebut di pasaraya dan kedai runcit berkenaan yang seharusnya dilakukan oleh orang / pekerja yang bukan islam..

Teringat aku kat kes sorang dak pompuan yang 'bermesra' dengan babi dalam sesi lawatan kerja nya...ermm...menurut penerangan yang aku dapat,adalah tidak menjadi kesalahan pun pada pempuan tu...kita HARAM memakannya...bukan memegang ye...kalo pegang pun,dah jadi najis mughollazoh...sucikan la balik..ade jelas?

Jadi...pada sesape yang bekerja di mana2 premis yang menjual arak atau daging babi,terutama cashier,kalo bole mintak staf yang bukan islam handlekan jap urusniaga tu...kita boleh pegang tapi HARAM meminum dan memakan benda tu,namun hukumnya tetap berdosa andai kita yang mengendalikan urusniaga tu(yang melibatkan arak dan babi), kalo tidak mahu dikatakan bersubahat! senang cube cari keje lain...

Kalo kedai tu ade jual kedua2 benda ni,kita takleh beli barang kat c2??
Kita masih boleh lagi beli barang kat c2, asalkan barang yang halal dan yang haram diasingkan ...tidak bercampur...bile bercampur,carila kedai lain yeee...

p/s- g Maidin jap....

6 Atom Bergerak :

didi said...

ade soalan :
kedai tuh jual arak..tp dia x bercampur ngan tmpt len..masalahnye, kedai tuh dpt keuntungan dr penjualan arak tuh. tauke kedai tuh plak bayar gaji pekerja dgn menggunakan hasil pendapatan arak + barang2 len...boleh ke...??? erm...

FarhanaLicious said...

kawan saya ada pegi intebiu utk keja kat kedai serbaneka 24jam ni. soalan dia, sanggup pegang botol arak atau tak. org yang cakap sanggup dapat keja. n kawan saya cakap tak sanggup, tak dapat. mungkin kebetulan.

paatz said...

miz yana- pendapatan tu kire dah bercampur halal dan haram..tapi kita sebagai pekerja boleh bekerja disitu,asalkan dia ada sediakan kaunter lain untuk barang yang haram dan barang tu berasingan dengan barang lain...penjelasan lanjut leh tengok pada link ni

http://www.zaharuddin.net/content/view/508/63/

alien said...

susah citer bab halal haram nie, tgk je ah pendapatan kerajaan dari cukai arak..cukai judi..
duit tue guna buat bayo gaji pekerje.. pembangunan infrastruktor..
jadi?
pikir sindili la..

didi said...

syukran atas perkongsian link itu.. :)

Belog Cik Peanut said...

erm...
entah...susah gak menda alah ni....
kita sebagai owang muslim kena beringat lah...
kalu masih ade keja lain,
yang tak sangkut paut dengan menda alah ni...
patut cari kerja lain kot..
tapi, kalu tak de...
nak wat cam mane kan?

Dari pena kimiadanaku

Semua post yang dibuat @ telah dibuat dalam laman ini hanyalah sekadar idea dan pendapat peribadi penulis. Tiada niat untuk menyinggung atau meniupkan sebarang bentuk provokasi, fitnah mahupun penipuan. Komen dan kritikan yang bernas amat dihargai.

Followers

dasdasdsadasdasdasdasdas

Rakan Paatz