Hujung Nyawa Zionis



Salam semua..entri untuk kali ni paatz nak bercerita tentang satu konvensyen yang diadakan pada Sabtu lepas. lambat aku tahu konvensyen menarik ni.aku tahu pun lepas ajak Muazzin g Teluk Intan, tapi die tak dapat ikut. Dia kate nak pergi Konvensyen Berakhirnya Agenda Palestin...huh? eh..die silap type..Berakhirnya Agenda Zionis (KBAZ) anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) bersama Aman Malaysia ..di PWTC.

Dari tajuk konvensyen tu sendiri aku dah tertarik..aku fikir2kan balik,baik aku g..rugi tak ikut..jadi aku pun tangguhkan nak ke Teluk Intan tu dulu.lagipun takde sape nak teman aku ke sana....

Betul ke dah berakhir agenda Zionis??apa agenda mereka yang sebenarnya??Siapa dalang atau mastermind agenda ni??apa peranan kita dalam isu ni??semua persoalan tu membuak2 dalam kepala otak aku ni...


sumber: galeri PEMBINA

Maka bertolaklah aku ke PWTC dengan Nuar FFcrew awal pagi..kami sampai dalam pukul 7.30...aku teruja bile tengok punyelah ramai orang kat PWTC..hampir2 3000 peserta yang mengikuti konvensyen ni dan rata-ratanya belia2 Malaysia..Alhamdulillah.Disebabkan aku lewat mendaftar, jadi terpaksa wat walk-in registration..yang sedihnya,aku hanya dapat masuk dalam dewan pas pukul 11 pagi nanti..

Ahli2 panel yang dijemput adalah Dr Roslan Mohd Nor dari Malaysia, pakar isu Zionisme...Dr Azzam At-Tamimiy, Pengarah Institut Pemikiran Politik Islam, London yang Kerap muncul sebagai pengantara di rangkaian satelit Bahasa Arab iaitu al-Jazeera dalam bahasa Inggeris dan Arab, dan juga Dr Mohsen Saleh, Pengurus Besar Pusat Penyelidikan dan Perundingan Al-Zaytouna, Beirut, Lubnan,mantan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.Sebanyak lima kertas kerja yang dibentangkan pada hari tu.

  • Kejatuhan Islam dan Kewujudan Negara Israel
  • Sejauh Manakah Kesan Kewujudan Zionis pada Dunia Sejagat
  • Hakikat Zionis dan Agenda yang Dipropagandakan
  • Peranan Seorang Muslim dalam Menghadapi Musuh Zionis
  • Kebangkitan Islam di Palestin dan Status Agenda Zionis Masa Kini

Sepanjang konvensyen berlangung, aku merasakan masih cetek lagi rupanya pengetahuan aku tentang isu ini..banyak lagi yang perlu diketahui.Yang jelas kita perlu tahu membezakan Yahudi dan Zionis.Sewaktu ucapan perasmian,perasmi merangkap Mufti Perlis yang baru Dr Juanda Jaya ada menyebut, zionisme ni satu bentuk penjajahan yang telah berlaku di palestin yang menindas orang islam,malahan katanya orang2 yahudi dan kristian di sana...korang boleh lihat lebih lanjut beza keduanya di SINI..


bintang "star of david"

ISRAEL...sebuah negara haram yang ditubuhkan oleh pelopor Zionism,iaitu Moses Hess dengan menakluk Tanah Palestin pada 14 Mei 1948.

Antara elemen penting dalam agenda zionis adalah kewujudan “The Greater Israel” atau dikenali sebagai “Israel Raya”. Projek Israel Raya merangkumi seluruh kawasan di antara Sungai Nil di Mesir dengan Sungai Euphrates yang merentasi bumi Iraq dan berpusat di Baitul Maqdis.

Dan pada penghujung konvensyen ni, kami peserta2 diingatkan tentang peranan masing2 dalam menghadapi agenda zionis.perlunya umat ini bersatu-padu dan menguatkan ukhwah islam itu sendiri agar dapat berhadapan dengan agenda musuh.Ini adalah JIHAD kita katenye...

"Jihad kita adalah dengan pena,suara dan minda.Jihad kita ialah berusaha untuk kembali kepda sumber kekuatan kita;islam yang telah mengangkat darjat umat terdahulu".Ungkapan yang menarik dan meniup semangat aku yang kadang2 hanyut dek kelekaan DUNIA..

Sumber2 yang paatz rujuk (mesti baca dan aku harap korang leh cari maklumat tentang isu ini..nanti boleh kita KONGSI);

web PEMBINA
Berakhinya agenda zionis
PmFST UKM
suatuharinanti.wordpress

0 Atom Bergerak :

Dari pena kimiadanaku

Semua post yang dibuat @ telah dibuat dalam laman ini hanyalah sekadar idea dan pendapat peribadi penulis. Tiada niat untuk menyinggung atau meniupkan sebarang bentuk provokasi, fitnah mahupun penipuan. Komen dan kritikan yang bernas amat dihargai.

Followers

dasdasdsadasdasdasdasdas

Rakan Paatz