Restart

TAK NAK PPSMI

Salam semuanya...Paatz da datang balik..ngee. kemunculan entri sulung selepas mengemaskini diri selama beberapa minggu..ramai yang ingat paatz nak ugrade design blog ni,taklaa..paatz nak mengemasdiri sendiri yang dah berkecamuk skit dengan angan2 dan kemalasan yang memanjang...asik nak mengadap internet je...bergawi' malas kate orang banjar...
Untuk entri kali ni paatz ingat nak rangkumkan semua bende dan perkara yang dah berlaku di sekeliling paatz..

Sepanjang minggu2 sudah,macam2 perkara yang kita tengok,dengar dan baca...yang Paatz suke nak kongsi kat sini tak lain tak bukan,PPSMI yang dah dimansuhkan..secara tak langsung Paatz jugak terlibat terus dalam hal ni.

Tak nak ulas panjang2...menteri dah putuskan,kami di bawah menurut sahaja..BM ke BI, unsur dalam jadual berkala tetap 117,melainkan ade manusia yang menjumpai unsur baru...2x5 tetap 10 dalam bahasa apa sekalipun...kumpulan yang mendesak supaya dasar ni dimansuhkan bolehla lega seket noo,bagi depe yang mendokong pasti kurang senang dengan keputusan ni...

Paatz meraikan pemansuhan PPSMI?

tidak juga...sebenarnya,sejak dari timbulnya isu lulus BI dalam SPM lagi Paatz dah dapat agak keputusannya...mansuhkan PPSMI dan banyakkan jam waktu untuk belajar BI..PPSMI dimansuhkan atas bukan terletak pada faktor beza antara pelajar luar bandar dengan bandar sahaja(dari dulu rasenye ade jurang)...tapi pada keupayaan seorang guru itu menyampaikan isi pelajaran dalam BI...

Tertarik dengan pandangan dari Bahazain dalam Berita Harian semalam, antara petikannya

"perlu difahami bahawa penentangan PPSMI bukan penentangan terhadap bahasa Inggeris dan bukan kerana sebab utama PPSMI menyusahkan murid-murid walaupun itu faktor yang penting..Premis utama penentangan terhadap PPSMI ialah kerana ia akan membantut perkembangan bahasa kebangsaan negara sebagai bahasa ilmu."

Beliau jugak banyak memberi idea dan cadangan macam mana nak mempertingkatkan martabat Bahasa Malaysia itu sendiri supaya setanding dengan bahasa2 utama dunia...

Sains dan Matematik adalah bahasa saintifik dan kritikal..dalam bahasa apa sekalipun,kalo kita tak dapat nak memahami teori2 sains,mustahil kita dapat membentuk masyarakat yang celik dalam bidang ni...harus diingat juga,BI sememangnya bahasa no 1 dunia,tak dapat dinafikan..jadi adik2 semua (termasuk Paatz) wajib menguasai bahasa tersebut sebaik mungkin supaya orang tak "pijak kepala" dan perlekehkan kita...lagi,jangan pulak kita sombong dan bangga diri bila dah bole cakap omputih...jadikan satu bonus untuk memajukan diri sendiri dan agama kita...ok...tutup cite...mau kongsi??


Berikan komen korang,tekan saja Atom Bergerak dan Paatz pasti seronok berkongsi dengan korangSmile18.com

13 Atom Bergerak :

aien~s corner said...

aien antra sokong ke x.. sme je.. de ke x ppmsi ni sme je.. faedh still sme.. juz dr segi len je.. :)

lalink7 said...

saya sokong PPSMI di mansuhkan..tiada paksaan utk belajar BI...

fikirla pelajar2 di luar bandar sama..

If kiter ada kesungguhan utk belajar BI kemudian hari..tak kira di lubang mana kiter akan pandai juga akhirnya..

HuSna aNaK EnCiK aZaHaR said...

PPSMI ade kelemahan..ade kebaikan..sume bende pun begitu..xslh utk belajar math n science in english...tp perlaksanaan kenela dipantau...

husna xnmpk nape kene mule seawl standard 1..cm batch kiter n before kan paat..selamat jer blaja math n science in malay..cemerlang lg tuh..bkn nk bgga atau riak...tp itu hakikat..

klu nk wat begitu..lebih baik teruskan sistem pembelajaran british..ade eng n malay medium..betul x??bkn stakat luar bandar jer terkena tempias...yg dibandar pun lebih kurg jer impaknyer...bende ni perlu lebih kajian klu nk dilaksanakan..bkn dgn terburu2...

ZARA 札拉 said...

aku marah PPSMI dihapuskan~
amat marah!

paatz said...

to aien~s corner...tu la paatz cakap, 2x5 juga...ekeke

paatz said...

to lalink7..penah tau paatz bagi soklan math dalam bi,pastu dak ni tanye..cikgu puluh ribu dalam BI ap?dak tu dok luar bandar...=p

paatz said...

to husna...betul3...pendapat yang bernas...kaji sedalam2nya dulu sebelum meletakkan satu2 dasar...

paatz said...

to ZARA 札拉...hehe..aku tau nape ko x setuju...

mohdisa said...

betul tu, aku sokong pemansuhan PPSMI ini. bukannya menentang penggunaan bahasa inggeris. tp fikirkan bahasa ibunda kita. peace

paatz said...

to mohdisa...betul,kita tak menentang BI secara total,tapi fikirkan hak adik2 di luar bandar untuk mendapat kemahiran dalam matematik dan sains...

Syafansuri said...

aku dah penat tulis pasal PPSMI ni dalam blog aku

paatz said...

to syafansuri...teruskan sampaikan info yg berguna ayol...bagi depe jelas =)

fiza_sensei said...

bahasa apa pun p&p disamapaikan, tujuan kita nak ajar budak. yang penting depa paham.
ko banjar ke?

Dari pena kimiadanaku

Semua post yang dibuat @ telah dibuat dalam laman ini hanyalah sekadar idea dan pendapat peribadi penulis. Tiada niat untuk menyinggung atau meniupkan sebarang bentuk provokasi, fitnah mahupun penipuan. Komen dan kritikan yang bernas amat dihargai.

Followers

dasdasdsadasdasdasdasdas
There was an error in this gadget

Rakan Paatz