khalifah Umar bin Abdul Aziz

untuk entri kali nih,aku nak citekan ttg tokoh dunia islam pula...jarang aku update label tokoh ni..ermm,ok sebagai intronya, kita cite serba sikit ttg Khalifah Umar Abdul Aziz..dimana beliau merupakan seorang pemerintah yang adil,jujur, dan peka terhadap masalah dan sentiviti masyarakat di bawah pemerintahannya..

Umar bin Abdul Aziz dilahirkan di Halawan,iaitu sebuah nama kampg yg terletak di Mesir,pada thn 61 Hijrah,bersamaan dengan tahun dimana Saidina Hussain bin Ali,cucu Rasulullah dibunuh.

hidup beliau semasa kecil telah dekat dengan Al-quran sebagai teman sejati.dari kecik lagi beliau dah menghafal nya.Seorang yang sangat mengambil berat dengan ilmu dan akhlak.

Antara sifat dan akhlak yang terpuji beliau,sepertimana yang diriwayatkan oleh Musa bin Rabah,"telah sampai kepada kami suatu ketika Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah memasuki suatu majlis tetapi terus duduk tanpa memberi salam.Lalu beliau teringat bahawa semasa masuknya tadi tidak memberi salam.lalu dengan pantasnya bangun semula dan memberi salam kepada ahli mjlis dan kemudian kembali duduk".

beliau juga seorang yang tinggi cita2nya...kata Umar,"diriku juga mempunyai kegemaran dan hobi tersendiri.semasa mula-mula sampai di Madinah dulu(semasa menuntut ilmu),aku masih kecil lagi.Setiap hari aku bergaul dengan budak2 Madinah.Kemudian aku berminat untuk belajar mengenai bahsa Arab dan sasteranya.Aku berjaya mencapai cita-citaku yang kukehendaki.Kemudian aku berminat pula dengan pemerintahan,lalu aku dilantik menjadi Gabenor Madinah,beberapa tahun lamanya.semasa menjadi Gabenor pula,aku bercita2 kepada pakaian cantik dan mahal2...Setahuku,tidak ada seorang pun daripada ahli keluargaku dan orang lainnya memiliki kelebihan sepertiku.Kemudian aku cenderung pula kepada persoalan mengenai hari Akhirat dan menjadi pemerintah yang adil.Akhirnya selepas itu, aku hanaya mengharapkan agar apa yang diminati dan digemari oleh diriku hanyalah perkara yang dpat memberi manfaat kepada akhirat ku dan aku tidak bergaul dengan mereka yang boleh merosakkan akhiratku dengan kepentingan dunia mereka...".

Khalifah Umar juga prihatin terhadap orang miskin.,belas kasihan terhadap binatang,dan sikapnya yang berhati2 di dalam menjaga harta negara,dan kesungguhannya membasmi maksiat.

beliau wafat pada hari Rabu,25 Rejab tahun101 Hijrah di suatu tempat bernama Dair Sam'an di wilayah Khunasirah dalam negeri Syam,ketika berusia 39 tahun .banyak lagi maklumat dan riwayat yang korang boleh cari ,semoga kita dapat ambil manfaat dan teladan darinya.....


p/s- sumber dari buku Khalifah Zuhud Umar bin Abdul Aziz.tulisan oleh Tn guru Hj Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Maliki..

0 Atom Bergerak :

Dari pena kimiadanaku

Semua post yang dibuat @ telah dibuat dalam laman ini hanyalah sekadar idea dan pendapat peribadi penulis. Tiada niat untuk menyinggung atau meniupkan sebarang bentuk provokasi, fitnah mahupun penipuan. Komen dan kritikan yang bernas amat dihargai.

Followers

dasdasdsadasdasdasdasdas

Rakan Paatz